Kisah rakyat

Jatuh ha̸ti dengan rakan sekerja, mak ayah senyap2 datang ofis. Malam tu aku meny̸esal kerana terlepas peluang.

Aku Farah dan First Love aku namanya Farhan. Tahun ini kami berdua sama sama 37 tahun dan pengenalan aku dan Farhan bermula selepas habis SPM sewaktu kami berumur 17 tahun. Aku dan Farhan sama sama bekerja sebagai sales assistant di kedai kasut sukan.

Staff disitu cuma 5 orang termasuk supervisor kami. Kami berempat yang lain semuanya lepasan SPM. Aku tak tahu apa yang buatkan aku suka dekat Farhan. Yang aku tahu Farhan ni pendiam dan sukar dibaca.

Dia juga sukar bergaul dengan perempuan disebabkan dia bersekolah lelaki sahaja. Tapi mungkin itu yang buat aku suka dekat Farhan, sukar didekati. Mungkin!

Aku ingat lagi aku jujur dengan abah aku malam tu selepas balik dari kerja. Aku cakap “ abah, Farah dah jatuh hati” then aku mengekek gelak. Abah yang tengah baring dekat sofa terus bangun terkejut “siapa?” Aku jawablah “budak sama kerja dgn Farah”

Mak yang terdengar ikut sampuk “bang, esok jom kita buat-buat shopping dekat sana” well, betul- betul keesokannya mak abah aku datang tempat aku kerja dan beIi seluar sukan. Masa tu Farhan tengah jadi cashier. Jadi parents aku ni buat- buatlah tanya pasal produk dan balik tu parents aku cakap sopan budaknya. Mak abah setuju. Hahaha

Masalahnya aku suka Farhan tapi Farhan tidak. Aku tahu sebab ada satu hari tu Farhan ajak aku lunch dengan dia.

Dia confess dekat aku yang dia tahu aku suka dia, tapi dia tak suka aku. Panjang dia explain tapi waktu tu telinga aku dah pekak terawang – awang. Nasi depan mata pun aku tak sentuh.

Nak menangis tapi aku tahan. Entah macamana aku dapat kekuatan aku cakap “takpe jangan risau, kita kawan macam biasa” then aku terus makan.

Dan semuanya berlalu macam biasa dan kami makin rapat. Aku walaupun kena reject tapi aku tetap suka Farhan. Lagu Daniel Bedingfiel “if your not the one” selalu on play dalam playlist mp3 aku, tak nangis aku meraung kalau dengar. Tapi Farhan tak tau. Hmm.

Walaupun Farhan reject aku tapi setiap minggu kami akan keluar sama- sama. Masa tu kami tak ada kereta atau motor.

Jadi naik bus saja menghala ke city square. Kalau bertuah aku tersama bus dengan dia kalau tak dia atau aku akan tunggu depan pintu vincci.

Lepas tu kami akan pergi makan dekat favourite cafe aku season’s cafe dan tengok wayang. Macam dating kan? Tapi tak weh, kawan je. Cuma itulah aktiviti kami bila keluar sama. Fast forward Farhan dan aku dapat tawaran sambung belajar.

Aku tak masuk U lagi masa tu sebab aku sambung STPM, manakala Farhan dalam diam merantau jauh sambung study. Selama kami berbual dalam phone m4ti- m4ti aku ingat dia dekat rumah, tapi sebenarnya dia dekat Universiti jauh dekat timur.

Sampailah kantoi aku call rumah Farhan dan adik dia yang angkat, bagitahu “kakak, abg study dekat _” ah sudah mnangis aku, tak taulah kenapa aku sedih sangat. One day aku dapat surat dari Farhan, dia explain kenapa dan dalam surat tu dia selitkan gambar berukuran pasport dan sampai ke hari ni gambar tu tetap ada dalam purse aku.

Aku putus cinta pun disebabkan gambar tu sebab ex aku tahu yang aku masih suka dan tak boleh lupakan Farhan.

Bila dapat gambar Farhan aku terkejut sangat. Sebab nak ambil gambar dia pun susah. Walaupun kami jauh tapi kami tetap berhubung melalui phone.

Bila dia balik JB, dia suka surprisedkan aku depan pagar sekolah. Of course aku excited tengok muka dia. Habis STPM aku merantau pergi KL sambung study dan Farhan masih di U yang sama.

Balik JB aku akan call Farhan untuk pick up aku dekat station bus. Farhan tak pernah kata tidak, lewat macamana pun dia akan keluar ambil aku.

Bila masing masing cuti belajar, balik JB dan selalulah keluar makan, movie atau buang masa pergi cyber cafe. Masa ni YM dan Mysapce tengah hot. Masa aku on YM aku, tiba tiba ada yang buzz aku, panggil aku “sayang” kau tak berderau rasanya bila aku tengok ID tu dari Farhan. Aku pun sambung bergurau dengan dia.

Sebenarnya banyak benda aku buat untuk ambil hati Farhan tapi tak kesampain dan entah kenapa sepanjang persahabatan aku dengan Farhan, hati aku terasa dia pun suka dekat aku. Sehinggalah suatu hari tu, malam dan rumah aku penuh dengan kawan kawan adik aku tumpang tidur sebab keesokannya ada game di area berdekatan rumah aku. Sampai bilik aku pun penuh orang tidur.

Farhan call rumah aku, lain sangat suara dia. Makin lembut cara dia bercakap. Aku berdebar. Sungguh! Disebabkan ramai sangat orang yang tengah tidur dalam bilik aku, aku terpaksa cakap perlahan2.

Pada malam tu juga, Farhan bagitahu dia sukakan aku, dia sangat sukakan aku. Aku terkedu, lama aku diam, berdebar sampai panas muka aku terasa. Aku kelu walau Farhan panggil aku banyak kali.

Bila ada kekuatan aku tanya dia dalam gelak terpaksa “eii main main kan” “Janganlah gurau macam ni”

Farhan kata “tak! Han serius dan tolonglah jawab Farah terima Han ke tidak”

Aku tak boleh jawab malam tu sebab aku rasa dia main main, dan aku geram time penting macam ni lah, ramai orang dalam bilik aku. Dan phone rumah pulak tu susah aku nak kehulur hilir. Aku kutok betul malam tu.

Aku tak jawab sebab banyak benda aku nak tanya. Tapi entahlah malam tu seakan hari terakhir hidup dia dan dia nak jawapan aku malam tu juga. Disebabkan aku rasa dia main main, aku dengan bdohnya dan ralat sehingga hari ni weh, aku jawab “Han, Farah dah ada BF” aku dengar suara dia hampa. Dan aku pun hampa sebab kau tiba tiba luahkan perasaan kau dekat aku.

Seminggu lebih kami tak contact each other hinggalah malam tu aku sms farhan explain yang aku dah putus dengan bf aku (bf yang tak adapun) sebab aku suka dia. Tapi jawapan yang aku dapat malam tu “Farhan dah ada gf” terus sepi keliling aku dan aku merayu dia bagi aku peluang tapi dia cakap,

“Farhan minta Farah peluang terima Han sebab ada perempuan di U dia sukakan dia since awal dia masuk U disitu dan dia minta girl tu tunggu untuk dia fikir”

Dan masa tu hati dia dekat aku, tapi bila aku tolak dia rasakan dia tak ada peluang jadi dia pilih girl tu yang kini dah pun jadi isteri dia. Aku tak salahkan Farhan langsung sebab knowing him dia memang tak berkawan dengan perempuan. Perempuan dia kenal rapat pun masa tu aku. Dan aku faham situasi dimana bila ada someone suka dia, selain aku dia tetap consider perasaan aku dahulu.

Dia balik JB dia cari aku samalah macam aku. Aku langsung tak marah dia bila dia tak dapat beri aku peluang kedua, sebab kalau aku dapat peluang tu girl yang tunggu dia pun akan sakit dan sedih ditinggalkan dan aku pun tak nak jadi macam tu dan aku akur.

Walaupun Farhan dah ada GF waktu tu tapi persahabatan kami tetap utuh, cumanya GF dia tahu kewujudan aku dan dia tak suka Farhan ada kawan baik perempuan. Farhan cerita pada aku, tapi kami tetap decide untuk berkawan dalam diam. Dan setiap kali GF dia call aku akan senyap supaya GF dia tak tahu.

Dalam hati aku sedih sangat sebab aku terlalu sayang Farhan. Persahabatan kami berjalan sampailah aku dapat kad undangan dari Farhan. Kad kahwin. Muka aku senyum tapi hati aku merintih sangat.

Tapi aku tetap gembira sebab aku tahu dia bahagia dan dia sangat sangat setia dengan GF dia. Aku ingat lagi waktu ke kenduri belah isterinya. Aku datang majlis waktu majlis nak selesai dah. Pengantin pun masa tu nak keluar photoshoot.

Masa tu Farhan datang dekat aku minta izin nak ambil gambar kami bersama sebagai kenangan dan Farhan cakap, “Han nak simpan, Farah pun tahu kan Han susah nak ambil gambar” aku angguk dan berdiri disebelah wifenya.

Sampai sekarang aku tak pernah tengok gambar tu. Aku ingat dengan masa berlalu dengan pantas dan lelaki lelaki yang aku kenal dapat hapuskan perasaan aku dekat Farhan, tapi ternyata tidak. Sehingga ke hari aku type ni, hati aku masih berdebar bila ingatkan Farhan dan Sehingga hari ni aku masih ralat dengan jawapan aku.

Kalau orang tanya peluang apa yang aku nak? Aku nak balik pada malam tu dan terima Farhan. Tapi aku ni Islam yang percaya tentang ajal, jodoh, takdir & rezeki. Farhan berpuluh tahun berlalu, dan tahun depan kita berdua nak masuk 38 tahun.

Han apa khabar? Gambar Han masih Farah simpan, kalau balik Jb Farah tengok tempat kita selalu singgah selalu teringat Han.

Han, Farah dah 37 tahun dan masih sayang Han, Farah tak tahu cara nak lupakan Han. Rasanya tak mudah sebab selepas SPM kita spend masa bersama sama, call, sms dengan email lagi.

Setiap hari Han kita sembang berdua, benda kecil benda bdoh pun Farah nak cerita dekat Han asalkan boleh dengar suara Han. Farah nak move on Han, macam macam orang Farah kenal tetap tak boleh.

Tak pernah kurang sekelumit pun perasaan ini dari awal Farah jumpa Han. 2023, Farah masih sayang Han, my First Love.

– Farah (Bukan nama sebenar)

Antara komen komen netizen.

Netizen 1 – Kita kena belajar redha sis..redha tu, senang disebut, tp payah diterapkn dlm kehidupan kita.

Sy juga hnya pernh jatuh cinta sekali sj seumur hidup..dn cinta itu ,tak pernh mnjadi kenyataan.tp sy teruskn kehidupan, khwin bila temui jodoh yg baik dn akhirnya anak² mnjadi cinta sejati sy.

Belajarlh redha dn percaya jodoh yg Allah pilih, adalh yg terbaik..Buang semua yg berkaitan dgn sidia..

krn selagi disimpan, selagi itu awk tak dpt move on..sedangkn dia sdh bahagia dgn ank isteri dia..

Cinta bukn segala²nya dlm hidup ddunia ini..Kita dlm perjalann yg masih jauh.. Belajar redha dgn takdir..

satu hari nnti, mungkin itu yg mmbuatkn Allah masukkn kita kesyurga..krn redha dgn takdir yg Allah tetapkn.

Satu yg sy pegang dlm hati sejak dulu..”Jika memang bukan untukku, aku belajar ikhlaskn hati untuk melepasknmu pergi”

Netizen 2 – Kisah kita dekat nak sama tapi tak serupa. Sebenarnyakan… Soal jodoh ni rahsia Tuhan.

Kita suka kat orang lain tapi dapat orang lain . Begitulah Allah memperingatkan kita dalam surah al-Baqarah ayat 216.

Netizen 3 : sy baca pun rasa, ya allah…knp la bt benda bodoh…sikiiit je silap, 1 penyesalan seumur hidup awak kena tanggung. sgt2 rugi.

move on je la. mmg sakit tp salah sendirikn. bab kasih sayang ni satu je, jgn menipu dan ego…kalau tak, sure korang dh bahagia dh

Netizen 4 – Fasa move on memang susah sis tapi awak dah berusia 38 tahun dan Han juga dan berkahwin mungkin dah ada anak.

Please sis lupakan cinta yang mnyakitkan hati dan belajar untuk melepaskan meski sukar.

Lagi pun apa perasaan isteri han kalau awak masih menyimpan perasaan pada han. Mesti sakit hati bukan?.

Awak kata awak dah kenal dgn lelaki tak boleh mungkin hati awak yang tak beri mereka peluang.

Netizen 5 – Awk kene redha..redha tu adalah perbuatan tanpa ada pertanyaan kenapa.. beriman pada qada dan qadar itu kewajipan.. walaupun hati ni merintih.

memang tak boleh lupe walau awk kawin nanti pun kenangan memang tetap akan ada..cuma jangan berharap pada orang yang sama..

semoga berjumpa jodoh yang lebih baik dan insha Allah semoga perasaan awk akan hilang untuk dia dan terima orang lain dalam life awk.

Sumber : IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *