Kisah rakyat

Muka makcik ada kes̸an, mula2 bagitau takda ape. Bila bini slow talk, baru dia mnangis bagitau 4 tahun dah ken̸a. An̸ak2 pun sama.

Assalamualaikum. Aku harap tulisan ni sebagai ingatan kita dekat saudara mara kita yang lain. Apa lagi saudara mara yang jauh.

Aku ada sorang makcik, aku panggil mak lin dan mak lin ni adik mak aku. Aku waktu kecik agak rapat sebab bila mak ayah sibuk makcik aku yang tolong jagakan.

Kiranya rapat lah sampai aku tingkatan 4 waktu ni makcik aku ni kahwin. Jodoh dengan orang timur. Jadi waktu ni memang kiranya duduk jauh.

Awalnya kami duduk lembah klang. Tapi lepastu pindah ke selatan dan makcik aku pula ke timur ikut suami dia. Jadi memang terus terang jarang jumpa waktu ni. Kalau jumpa cuma setahun sekali waktu raya.

Itu pun kalau balik makcik aku cuma balik sekejap 2-3 hari lepastu balik timur. Waktu aku umur 19 tahun pernah lah pergi kelantan dengan keluarga aku melawat makcik aku.Sebab ibu aku cakap dia rindu memang lama sangat tak jumpa.

Jadi aku yang baru dapat lesen berselang seli drive dengan ayah dari selatan ke timur.

Fast forward tahun 2020 tahun pandemic aku waktu ni dah habis belajar dan bekerja. Tahu kan waktu pandemic ni memang lagi payah nak jumpa.

Tapi bernasib baik ada smartphone. Waktu ni mak aku selalu lah telefon kampung, telefon makcik aku. Waktu ni mak aku dengan adik beradik dia termasuk atuk nenek aku anggap semua anak anak okay. Pkp apa semua tamat, dah boleh merentas jauh apa semua. Aku waktu ni berkahwin masa pkp.

Tak dapat jemput saudara mara jauh setakat video call ramai ramai. Bila dah boleh gerak bebas aku balik kampung dulu bawa isteri jumpa atuk nenek jumpa saudara mara lain. Tahun 2022 isteri aku ada dapat hadiah package bercuti + duit.

Jadi kami berdua bercuti dekat utara Malaysia. Waktu balik tu aku macam terdetik nak melawat makcik aku yang kat timur. Berbekalkan ingatan umur aku 19 tahun dulu aku pun pusing sana sini.

Aku tak telefon sebab nak bagi “kejutan” lagi satu mak selalu kirim barang dekat rumah makcik aku ni jadi aku dengan isteri pun google dan akhirnya sampai. Sampai sana aku tengok depan rumah tu ada adik saudara aku, anak makcik aku dua orang.

Memang lama dah tak jumpa badan pun kecik. Jadi bila aku datang tu makcik aku dengan lagi 3 orang anak dia macam terkejut.Lepastu bila aku nampak makcik aku ni, aku memang terkejut sebab kawasan muka dia ada lebam.

Aku pun tanya makcik aku kenapa. Dia jawab terlanggar pintu. Aku diamkan je lah sebab lama tak jumpa borak punya borak dah dalam sejam. Isteri aku ajak lah macam “secret talk” gitu. Isteri aku ni lawyer, jadi dia bagitahu aku kesan dekat muka makcik aku ni keberangkalian tinggi bekas kena pvkul.

Dia cakap kalau handle kes domestic abvsed memang selalu nampak kesan macamtu. Aku pun tidur dekat situ, sambil tu aku tanya mana suami makcik aku. Dia cakap ada kerja jauh. Malam tu makcik aku tengah sibuk dapur dengan isteri aku borak dengan anak makcik aku.

Tanya rumah okay ke tak, cukup duit belanja ke tidak. Diorang semua angguk je. Dalam tengah malam aku slowtalk dengan makcik aku, aku tanya makcik aku dia betul ke okay. Aku dengan isteri aku lepas hampir 2 jam akhirnya isteri aku dapat yakinkan makcik aku cakap dengan jujur.

Makcik aku pun luahkan dah lama hampir 4 tahun yang dia asyik kena pvkul, tampar.Yang paling menyedihkan anak dia pun kena juga. Isteri aku masuk bilik dengan makcik aku, sekali check memang satu badan makcik aku banyak kesan lebam kena pvkul.

Anak makcik tengah tidur pun isteri aku check senyap memang ada jelas lagi kesan lbam. Aku tanya makcik aku, kenapa tak bagitahu mak aku. Jawapan dia sebab takut, sebab makcik aku ni tak kerja nanti tak ada tanggung duit.

Sampai subuh aku, isteri aku dengan makcik aku ni menangis dengar cerita. Suami dia pun rupanya dah ada 3 isteri lain semua kahwin thailand. Aku waktu dengar makcik aku bercerita memang remuk hati. Selama ni kami saudara mara anggap makcik aku ni tak ada masalah dan semua dalam keadaan baik.

Pagi tu juga aku suruh makcik aku bawa semua barang penting. Dari dokumen dan segala macam, nak bawa balik. Makcik aku mula-mula berkeras taknak dia takut. Tapi waktu tu aku tanya anak makcik aku.

Nak tinggal dengan ayah dia ke tidak, mula-mula diam. Tapi lepas 5-10 minit diorang pun menangis cakap tak suka ayah. Ayah selalu pvkul, tmpar, tr4jang diorang. Selama ni makcik aku nampak suami dia cuma pvkul anak dia depan muka dia.

Sekali bila anak dia cakap dengan betul baru terkejut rupanya selalu ayah dia pvkul. Tapi diorang tak kasitahu mak sebab takut mak dia kena pvkul. Akhirnya makcik aku setuju nak lari dan yang penting nak bercerrai. Aku pun drive dari timur ke sekatan.

Sambil tu aku bawa makcik aku dan anak anak dia bersinggah tempat macam beriadah tu semua dalam 4 hari. Waktu ni aku tak kasitahu mak aku dulu. Sampai rumah aku isteri dan makcik pun cerita.

Esoknya saudara mara aku nenek atuk aku pun berkumpul. Satu hari tu memang sesi air mata. Semua menangis sebab apa, selama ni anggap makcik aku ni hidup keluarga dia dalam keadaan baik.

Bayangkan makcik aku anak paling bongsu. Waktu dia kecik adik beradik dia iaitu pakcik makcik dan mak aku tak pernah pukol pun. Selalunya setakat marah.

Atuk dengan nenek aku pun setakat tapar tapak tangan dengan tapak kaki tak pernah pukul muka badan teruk sampai berbekas. 3 hari kami satu keluarga berkumpul. Hal proses cerai surat menyurat tu semua isteri aku yang tolong.

Alhamdulilah selepas hampir setahun proses akhirnya makcik aku selesai proses percerraian dia. Itupun selepas pak long dengan pak ngah aku pergi kelantan dan cari bekas suami makcik aku ni.

Sekarang ni makcik aku dia duduk dekat sekatan menyewa rumah dan setiap pagi jual sarapan. Sedara mara lain pujuk cakap duduk je dekat rumah. Mak aku pun cakap duduk je dekat rumah sini lagipun dekat rumah cuma ada mak ayah dan adik aku sorang je.

Tapi dia tolak dan cakap nak cuba hidup dengan anak anak sahaja. Kami pun okay sebab iyalah lagi selesa kan. Tapi bila fikir balik satu keluarga aku. Dari pakcik aku, makcik aku mak aku sendiri diorang rasa macam tu salah diorang.

Nenek aku pun bila dia tengok kesan lebam satu badan dekat makcik aku pun dia mengucap panjang sampai pengsan sebab terkejut. Aku bila fikir balik memang rasa geram dan sedih. Kau bayangkan dah bertahun makcik aku kena abused kami tak tahu.

Lagi satu agak bernasib baik sebab aku dengan isteri bercuti dan entah kenapa aku rasa nak melawat makcik aku.

Bekas suami makcik aku pun dah kena humban dalam pennjara. Aku harap para pembaca semua cuba check saudara mara tak kira jauh ke dekat. Cuba caritahu sama ada mereka ini betul dalam keadaan baik atau dalam keadaan yang tidak tenang. Tolong bantu.

– Muas (Bukan nama sebenar).

Antara komen komen netizen.

Netizen 1 – Tahniah muas. Allah gerakkn hati awak utk melawat makcik awak Tu mungkin asbab doa dia utk keluar dr kancah tersebut.

Alhamdulillah sglanya berakhir. Wahai para perempuan, hidup kita ni tiada jaminan rezeki dari suami.

Allah jua yg memberi segalanya pd kita. Allah yg mengatur rezeki ajal maut seseorg. Usah takut utk bertindak.

Kita milik Allah. Biar Allah urus. Wallahua’lam.

Netizen 2 – Saya terfikir macam mana perangai suami durjana tu. Boleh tu dia kahwin lagi 3 orang dengan isteri/anak2 memukul je kerjanya.

Ada pulak perempuan lain yang hendakkan dia. Mesti berjaya melakonkan watak macam orang2 baik, padahal perangai sangatlah durjana.

Alhamdulillah makcik/anak2 berjaya ditolong dari belenggu suami durjana.

Netizen 3 – Alhamdulillah ada isteri yang tau proses dan dapat membantu mak cik keluar dari kemelut itu.

Ramai dari kita kasihan dan empati tapi kemampuan untuk berhadapan proses mahkamah tu ramai yang tak mampu nak hadapi.

Netizen 4 – Puas hati baca..eloklah dah humban ex laki makcik mu ke pennjara. Terima kasih selamatkan makcik mu.

Asbab tu Allah SWT gerakkan hati mu mencari dia. Alhamdulillah pengakhiran yg baik hasil tolong menolong semua ahli keluarga.

Netizen 5 – Bagus sgt cerita kali nie…bila saya byk baca kes kena puk0l semua…saya selalu bincang dgn anak dan ingatkan mereka.

walaupun mereka dah berkahwin ada family sendiri tapi jgn lupa ada masalah bagitahu mamy Dady…

mamy Dady sampai akhir hayat akan tetap ambik tahu dan pastikan anak2 berada dlm keadaan aman..tiada istilah dah kawin tak boleh kongsi apa cerita sekali pun dgn mamy Dady.

Netizen 6 – Alhamdulillah beruntung makcik dapat anak buah macam tt yang cakna.Keluarga besar pun sangat2 membantu. Syukur makcik ada support system yang mantap.

Semoga Allah melindungi makcik tt sekeluarga dan mudahkan urusan beliau. Amin yra.

Sumber : Iium Confession.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *