Kisah rakyat

Pada hari prkah̸winan, muka kakak tiba2 berubah jadi burok dan mnje̸rit2 dalam bahasa tha̸iland. Ayah dah agak terus panggil usta̸z.

Hai Assalamualaikum Sedikit latar belakang mengenai diri aku seorang gadis berumur 24 tahun dan bakal berkahwin pada awal tahun hadapan. Aku mempunyai 6 orang adik beradik dan kesemuanya perempuan.

4rwah ayah aku merupakan seorang pengamal perubatan Islam. Keluarga kami sering diuji dengan kisah s!hir, histeria dan hasad dengki manusia.

Ok straight to the point,. Kebiasaan nya orang tua tua sering cakap bila kita nak kawin ibarat kita ingin membina masjid.

Oleh sebab itulah confessions ini bertajuk, Disebalik Masjid Yang Dibina. Cerita yang ingin aku sampaikan ini berkaitan dengan urusan perkahwinan kakak kakak aku.

Kakak no 1 (K1) & kakak no 2 (K2)

Majlis perkahwinan K1 dan K2 berjalan serentak. Majlis akad nikah berlangsung di masjid.

Selesai sahaja sesi akad nikah dan keluar pada masjid K2 menjerit jerit kerasukan. Dibawa pulang ke rumah dan ayah memanggil beberapa orang ustaz untuk sesi rawatan bersama.

Sepanjang sesi rawatan tetiba K1 jugak turut kerasukan. Menjerit jerit menangis dan mula bercakap bahasa asing, tapi aku syak bahasa thailand.

Boleh korang bayangkan situation tu, dekat luar tengah sibuk dengan majlis perkahwinan tapi pengantin dekat dalam rumah kerasukan.

Dan macam biasa lah mulut makcik makcik bawang mula lah menjadi astr0 aw4ni.

Macam- macam versi cerita lah ada memandangkan kakak kakak aku h1steria dia majlis perkahwinan mereka. Alhamdulillah sesi rawatan selesai.

Selepas zohur mereka bersanding tapi dengan kawalan ketat oleh ayah dan kawan kawan ustaz nya yang lain.

Saat itu wajah ibu dan ayah aku kelihatan sangat sedih dan gusar. Parents mana yang tak gembira bila dua orang puterinya ingin membina masjid tapi majlis yang berlangsung penuh kerisauan.

Tapi masjid yang meraka bina tidak berkekalan lama. Untuk K1 jodohnya hanya bertahan 2 tahun dan untuk K2 jodoh nya bertahan untuk 3 tahun sahaja.

Kami redha dengan segala ketentuan dariNya.

Kakak No 3 (K3)

Setelah 3 tahun, Majlis perkahwinan untuk K3 pula. Ujian untuk K3 sangatlah kuat.

Sebulan sebelum majlis ini berlangsung 4rwah ayah kembali menghadap penciptaNya. Bermula lah dari situ ibu lah yang mengambil alih semua urusan.

Dialah ayah dan dialah ibu. Seminggu sebelum majlis muka K3 seolah olah terbakar dan mula ada jerawat yang besar.

Muka nya jadi bernanah dan berair. Rawatan diteruskan di Darul Syifa dan banyak tempat.

Ustaz yang merawatnya mengatakan bahawa K3 terkene santau wajah. Sesiapa yang memandangnya akan merasakan dia seorang wanita yang sangat buruk dan berupa seekor beruk.

Waktu ketika itu aku sendiri pun jadi gerun lihat wajah K3. Wajahnya menjadi gelap dan kusam. Pada majlis berkahwinan nya mak andam meletakkan make up yang tebal bagi menutup segala jerawat, nanah yang ada di mukanya.

Dia mengadu yang muka nya jadi sangat pedih sewaktu majlis persandingan berlangsung.

Korang bole bayangkan majlis perkahwinan sepatutnya hari kebahagian untuk setiap pasangan pengantin tapi bertukar menjadi tragedi buruk.

Selasai sahaja majlis perkahwinan suami kepada K3 membawanya untuk teruskan rawatan dan ruqyah.

Kami sekeluarga sangat bersyukur kerana suaminya merupakan seorang ustaz di sekolah. Suaminya mula belajar rawatan Islam dr Darul Syifa dan mula mengubati K3 sendiri.

Rumah tangga Masjid yang dibina berkekalan hingga sekarang. Mereka hidup bahagia dan sekarang dikurniakan dua orang puteri yang sangat comel.

Kakak No 4 (K4)

Dua tahun kemudian majlis kakak no 4 (K4) pun berlangsung. Kisahnya bermula pada malam doa selamat sehari sebelum majlis bermula.

Untuk makan kami ambik tempahan dari luar dengan menu nasi arab dari Kak Ani. Pada pukul 8. 30 malam makanan sampai. Nasi menjadi mentah dan keras.

Menurut kak Ani sewaktu dirumahnya nasi masak dengan elok. Tapi sesampai nya rumah Kami nasi menjadi mentah.

Memang pelik lah. Keadaan menjadi kelam kabut. Kak Ani beritahu ini kali pertama perkara begini jadi sepanjang 7 tahun dia menguruskan katering.

Dan alhamdulillah keesokkan hari nya majlis bersanding berjalan dengan lancar.

Kakak No 5(K5)

Majlis perkahwinan K5 berlangsung pada awal 2021. Time tu negara kita dilanda wabak Covid 19.

Majlis dibuat antara keluarga sahaja dan alhamdulillah majlis berjalan dengan baik dan tanpa sebarang perkara pelik2 yang berlaku.

Itulah antara dugaan kakak kakak aku sewaktu mereka berkahwin dan membina masjid bersama pasangan mereka.

Banyak lagi perkara yg pelik pelik berlaku but i keep it short. Sampai sekarang aku tak paham kenapa ini yang terjadi pada keluarga aku.

Aku ingat lagi sewaktu aku sekolah menengah kakak sulung aku di serang histeria dan hampir 3 tahun ibu dan ayah meruskan rawatan kepada nya. Sewaktu dia tidak sedar kan diri.

Dia akan bersilat, menampar, pecahkan cermin tingkap dan yang paling bahaya dia pernah untuk terjun dari apartmen di tingkat 8 rumahnya tapi sempat diselamatkan.

Paksu aku pernah jumpa kain kuning yang dibalut kemas di depan pagar rumah aku dan apabila dibakar apinya setinggi pokok kelapa.

Pada 2 tahun lepas aku juga diserang sakit yang pelik. Tubuh aku kurus, wajah ku makin kusam.

Sehingga ada yang tegur muka aku sangat gelap dan takut untuk melihat wajah aku.

Aku mula mimpi perkara yang pelik-pelik. Nampak kelibat yang bukan bukan. Aku dapatkan ustaz dan buat rawatan.

Dengan hanya tubuh yang berat 50 kg ni sahaja aku muntah hampir dua baldi. Muntah hitam dan sangat busuk.

Banyak rawatan aku buat dan alhamdulillah aku kembali sihat seperti biasa. Banyak lagi nak cerita kesan sihir dan santau ni tapi macam dah panjang sangat.

Ok lah pesan aku kepada semua pembaca perbuatan sihir, santau, hasad dengki ini hentikan lah perbuatan khurafat dan syirik ini.

Ia tidak menguntungkan malah membawa malapetaka kepada kita. Jujur jauh di sudut hati aku. Aku takut nak masuk alam perkahwinan ini.

Dan aku harap semua pembaca doa kan perjalanan majlis perkahwinan dan masjid yang akan aku bina ini berjalan dengan lancar dan diredhai oleh Allah. Terima kasih.

– Si Tulip (Bukan nama sebenar)

Antara komen komen netizen.

Roha Nasuha – Teringat tentang kakak ipar. Keluarga mereka kalau nak buat kenduri kawin, lagi 2-3 hari barulah maklum pd jiran tetangga..mmg tiba2 je buat majlis..

majlis pun x bsr mana wlpun sesama ahli keluarga dh plan lama.abg pun sama hari bertunang sekaligus nikah..

ini semua gara2 nk elak dari kena sihir..sbb bimbang dgn hasad dengki org.. maybe tt pun jgn war2kan dulu@ buat akad nikah senyap2 dulu..

n buat kenduri 2-3 hari baru maklumkan. mmg ada yg hasad dengki. paling mudah buat majlis simple saja.terbukti kakak kawin time covid selamat kan.

Nur : Cerita di kampung saya, ada keluarga 5 orang anak perempuan, setiap kali majlis kahwin pasti histeria.

Alam perkahwinan sentiasa diganggu. Yang sabar bertahan, yang tak sabar kahwin cerrai. Ketika ustaz rukyah dipanggil, terdapat satu buluh berbalut kain kuning ditanam dalam tiang seri rumah oleh datuk moyang keluarga ini.

Buluh ini ditunjuk oleh anak bongsu yang histeria setelah dirukyah. Katanya di dalam buluh tersebut tempat tinggal jin Penjaga rumah yang dipasang oleh bmoh ats permintaan datuk moyang dengan harapan rumah akan terjaga dari kecuriian, kebakaran dll.

Bila berkahwin dianggap pengantin lelaki menganggu anak gadisnya dan dibawa mengikut suaminya.

J1n itu akan cuba mengembalikan anak gadis itu dengan menganggu perkahwinan dengan berbagai cara.

Ustaz yang merukyah akhirnya memutuskan perjanjian dan menghalau jin tersebut dari rumah itu dengan pujukan dan anc4man.

Sumber : iiumc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *