Kisah rakyat

Aku gera̸m sgt pd anak tir̸i yang berumur 5 thun. Mlm perta̸ma je kami dapat brsa̸ma, malam kedu̸a dah tak dap̸at.

Aku baru kahwin dua tahun. Kahwin dengan duda (cerrai) anak satu. Anak suami aku lelaki, sekarang 6 tahun dan hak jagaan anak jatuh pada dia atas sebab-sebab tertentu.

3 tahun lepas masa aku kenal suami, dia memang cakap pada aku yang dia duda dan selalu cerita tentang anak dia.

Aku jatuh cinta pada suami semuanya sebab aku nampak betapa dia sayangkan anak dia.

Aku mula nak kenal suami masa tu sebab anak dia, dia selalu tunjuk gambar dan aku rasa aku jatuh hati.

Lagipun masa tu budak tu baru 2 tahun lebih, masih comel dan belum tahu apa-apa. Sebelum aku kahwin, keluarga mertua pun sangat baik dengan aku. Maksud aku, SANGAN SANGAT BAIK.

Selalu masakkan macam-macam untuk aku, kalau aku singgah ke rumah mereka, siap offer tidur rumah dan sekatil dengan kakak ipar aku yang masih bujang.

Terasa macam sangat disayangi. Tapi tu bukan issue aku. Issue mertua ni hal lain. Aku nak cerita tentang anak tiri aku yang aku tak boleh tengok sekarang ni. Bennci aku pada dia meluap-luap.

Kalau ikutkan hati memang aku nak ketuk-ketuk, nak tumbok-tumbok nak sep4k-sep4k. Memang sangat bennci! Kebenncian aku bermula betul-betul disaat aku menikah.

Masa aku bersanding, family dia tinggalkan anak tu dengan kami yang tengah bersanding dan layan tetamu sebelah keluarga aku. Memang sakit hati. Malam pertama kami masih berdua tapi malam kedua sampai sekarang, terus mereka tinggalkan anak tu dengan aku,

Tak bagi ruang aku berdua-duaan dengan suami langsung padahal selama ni elok saja budak tu duduk dengn mereka sampai tak mahu berenggang.

Atas alasan, kesian dia nanti terasa ayahnya dah ada orang baru. Kemudian pada awak perkahwinan kami, kami menetap di rumah mertua di ibu kota sementara aku dan suami dapat rumah di Nilai.

Bayangkan setiap hari berulang alik dari KL ke Nilai. Masa tu anak tu dah mula tadika dan aku selalu dimarahi oleh mertua sebab katanya aku terlalu pentingkn pelajaran gara-gara aku suka tanyakan pasal kerja rumah dan tegas bila ajar dia buat kerja rumah.

Sedangkan orang lain semua ikutkan saja kemahuan budak tu kalau tak mahu buat kerja rumah dengan macam-macam alasan. Masa tu aku juga selalu cuba bagi dia main messy play sebab dia sangat pembersih, kurang sensory skill.

Aku biar dia main tepung, main tanah tapi juga dimarahi. Suami pulak ikutkan saja family dia. Makanya aku berundur.

Apa aku nak buat kat dia semua salah di mata orang lain. Termasuklah cuba stop pakaikan dia lampin (anak umur dah 5 tahun) dan minum botol susu. Anak tu juga tak suka makan nasi, buah atau sayur, cuma makan pizza dan fries.

Aku memang sakit hati sebab aku tak boleh paksa atau marah dia langsung. Dan lama-kelamaan, aku jadi semakin bennci dengan budak tu sebab aku tak boleh buat dia macam anak aku. Aku tahu aku belum ada pengalaman tapi aku yakin budak umur 5 tahun tak perlu pakai lampin atau gonggong botol susu. Apa lagi tidur asing dengan kami…

Sehinggalah sampai aku akhirnya berpindah ke rumah sendiri. Aku perlahan-lahan ajar anak tu untuk tidur sendiri, tak pakai lampin dan tak minum susu dalam botol. Alhamdulillah beberapa bulan latih, dia berjaya tapi suami aku selalu hantar dia ke rumah mertua jadi dia tetap dapat minum botol susu dan lampin bila hujung minggu.

Aku memang sangat geram! Boleh dikatakan setiap minggu suami akan hantar dia ke rumah mertua. Aku 50-50.

Happy budak tu tak ada depan mata aku dan menyampah juga nak kena menghadap mertua bila hantar atau ambil, dan apatah lagi bila anak tu dimanjakan macam anak raja. Setiap apa yang dia nak, nenek atuk beIi.

Semua dia nak makan walaupun aiskrim tengah malam, dia akan dapat. Suami aku faham dan dia pun kadang-kadang marah. Tapi aku tak tahu kenapa suami aku tak pernah nak pukol, jentik pun tidak.

Pernah masa anak tu ada hari sukan di sekolah, aku dan keluarga aku dari Perlis datang dan tengok dia, keluarga mertua langsung tak datang dan budak tu buat perangai tak mahu bersukan sampai cikgu pun tak boleh buat apa. Suami aku masih lagi pelok pelok dan usap kepala dia untuk pujuk.

Kalau aku, aku akan balik dan biar dia berdikari di sekolah sebab ibu bapa bukan perlu terlibat. Setiap kali suami marah kepada anak, hati aku memang rasa sangat puas.

Tapi dalam masa yang sama aku tahu benda yang sama akan terjadi lagi sebab anak tu pun dah tahu bila dia kena marah, sekejap lagi ayah akan okay dengan dia.

Cuma aku saja yang pernah berkasar dengan dia. Aku pun tak berani nak kasar sangat takut dia mengadu pada atuk nenek dia. Tapi ada sekali aku jentik telinga dia sebab aku tanya soalan banyak kali, kemudian aku terus bagitahu suami aku supaya tak ada salah faham.

Aku lebih banyak jauhkan diri aku dari dia. Bila dia ada dirumah, aku banyak habiskan masa aku dalam bilik. Aku makan pun dalam bilik. Bila aku masak, aku sediakan semua kemudian masuk bilik.

Sebab aku bennci nak hadap budak tu. Tak suka tengok dia makan, tak suka dengar suara dia. Dia bernafas tepi aku pun aku bennci. Aku lebih sayangkan anak-anak buah aku.

Mungkin sebab ni Allah belum bagi aku anak sendiri. Tapi aku takmahu anak aku manja macam budak tu dan perangai macam tu. Setiap kali mandi nak kena ayahnya tengok, setiap kali duduk nak kena riba.

Takut pada semu benda. Cikgu pun selalu complaint perangai dia tak boleh nak bawa bincang. Suka ikut mood sendiri dan t4ntrum. Meny4kitkan hati! Aku bertahan dengan budak tu sebab aku sayangkn suami aku saja. Tapi aku bennci sangat dengan anak tiri aku.

Dan setiap kali budak tu buat perangai, aku akan rasa mrah sampai tak mahu cakap dengan suami aku sebab suami aku masih berlembut dan boleh gelak ketawa dengan anak dia lepas tu. Kadang-kadang suami akan ignore saja aku sebab dia ingat aku yang moody.

Padahal aku geram dekat anak dia. Aku saja ke yang jhat? Aku sorang saja ke yang hati busok?

Aku selalu doakan dia m4ti supaya aku boleh berdua-duaan dengan suami aku tanpa fikirkan dia. Hati aku hncur bila suami rindukan anak dia bila anak dia takda.

Dan hati aku lebih hancur bila aku fikir kalau kami berdua lem4s, siapa yang suami akan selamatkan dulu. Mesti lah anak dia. Benncinya aku.

– Mak tiri (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Nadhirah Ira : Sebelum kahwin takde ke bawa anak tiri jalan2 sekali ke apa? Ke mmg dating berdua. Bila tahu dating dengan duda rsenye kena consider anak dia sekali. Duda jaga anak nie mmg lain sikit dgn duda yg tak jaga anak. Anak dia mmg priority. Kadang mmg rasa tak make sense bab duda nie jaga anak. Dari situ dah boleh fikir sepatutnya teruskan ke tak. Banyakkan bersabar. Jadi instant mother nie mmg menguji kesabaran. Nak adapt mmg ambil masa. Anak tiri tu budak lagi, lagi sng nk ambil hati consider dgn budak yg dah besar.Mungkin boleh layankan dulu. Sampai 2-3 kali buat tantrum, kena bertegas sikit. Mungkin dari segi penggunaan bahasa. Being firm. Lama2 budak tu ikut je ckp. Budak lg senang dibentuk. Dah usaha, doa banyak2. Semoga dipermudahkan confessor. Jangan stress2.

Zikri Zamani : Nak garang dengan budak tu ok je sbb budak2 kena ada satu figure yang dorang takut supaya tak pijak kepala tapi sampai nak benci, doa budak tu mati kau yg bermasalah.

Yg atuk nenek pun agaklah 5 tahun masih biar budak tu berlampin bagai.

Dah buy 1 free 1 ni kenalah terima natijahnya. Dah kau tertarik pun dgn sifat bapa yg penyayang dia kan.

Sofea Zaihan : Saya rasa puan perlu berbincang dgn suami. Ini bukan masalah anak tiri tu, tapi ini masalah org2 dewasa disekelilingnya. Puan kena tegaskan cara puan & suami mesti satu cara, tak boleh ada perbezaan. Saya rasa bila puan ada anak sendiri pun masalah akn timbul juga sbb mertua puan akn buat yg sama dgn ank puan. Sebagai seorg ibu tiri pada 2 ank lelaki yg ketika berkahwin mereka berumur 5 & 6 thn, nasihat saya sabar, betulkan niat puan mengasuh ank itu untuk mendapat keredhaan Allah, bykkan berdoa, InShaaAllah, ibu tiri adalah sama doanya dgn ibu kandung. Ingatlah anak tiri pun mahram kita juga. Beruntung puan dapat anak tiri, puan ada anak tanpa sakit bersalin & penat mengandung. Anak ni akn ingat & kasih pada yg membesarkannya & menyayanginya walau tak melahirkan mereka. Sy doakan Allah jaga hati puan & berjaya menjadi seorg ibu yg baik.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *