Kisah rakyat

Pel̸ik kereta suami masih dalam garaj waktu kerja, terkejot tn̸gok dalam bilik nampak wa̸nita wa̸rga asi̸ng atas ka̸til.

Nama ku J, Seorang surirumah. Suatu ketika dahulu aku adalah seorang pensyarah di salah sebuah Universiti Swasta, Namun ku korbankan kerjaya demi memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak dan rumahtangga.

Perkahwinan ku telah berusia 17 tahun dikurniakan 3 cahayamata 15, 13 dan 10. Suamiku seorang yang baik, bertanggungjawab terhadap keluarga, anak-anak dan kedua ibubapa nya dan juga ibubapaku.

Seorang yang ringan tulang membantu kerja-kerja dirumah. Justeru sesiapa sahaja yang mengenaliku merasakan aku adalah wanita terbahagia.

Namun tiada siapa yang mengetahui. Suamiku mempunyai sisi gelap di dalam rumahtangga kami. Aku mula mengetahui perbuatan suamiku setelah setahun mendirikan rumahtangga. Suamiku gemar melanggan wanita diluar.

Di awal perkahwinan suamiku tertangkap olehku membawa wanita balik ke rumahku.

Allah Maha Pengasih.. Tergerak hatiku untuk pulang kerumah dek kerana tertinggal bag kerja ku ketika itu. Hairan melihat kereta suamiku di garaj rumah lantas ku segera ke bilik kami.

Suami ku bersama seorang wanita warga asing di atas katil kami.

Long story short, Selama 17 thn perkahwinan Aku terus menyimpan dan memendam rasa demi menjaga aib suami.

Sama sekali aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa pon perihal sisi gelap suamiku. Suami tidak pernah serik sering bertukar-tukar pasangan.

Pernah ku beri kata dua kepadanya namun dalam diam dia masih lagi dengan kegiatan sisi gelapnya.

Berkali-kali ku beri peluang kepadanya

Ku mohon dia bertaubat. Namun semuanya sia-sia. Seringkali ku terjumpa bukti-bukti kegiatan nya (kadang-kadang terjumpa kondom, resit hotel dan pernah terjumpa coli di dalam bag kerjanya)

Aku tak cerdik?! Biarkan diriku diperlakukan sedemikian? Ya aku tak cerdik!! ketak cerdikan aku adalah demi pengorbanan ku untuk orang lain.

Untuk anak-anakku yang sememangnya amat rapat dengan suamiku. Berkorban untuk kedua ibubapanya. Ibubapa agak uzur dan pasti dah dapat menerima jika mengetahui sisi gelap anaknya.

Tiada siapa mengetahui masalah rumahtangga kami. Siapa sahaja yang mengenali kami pasti merasakan kami adalah pasangan yang bahagia. Suami ku tetap ‘portray’ kan dirinya seorang yang baik.

Dan layananku terhadap suami masih sama. Makan, minum nya tetap kujaga walaupon hatiku amat hancur.

Kini genap 5 tahun suamiku tidak menyentuh dan menunaikan nafkah batin kepada ku. Pelbagai usaha ku lakukan untuk menarik ‘minat’ nya terhadap ku.

Ku berhias, membeli lingerie yang hot dan s3xy namun suamiku langsung tidak mempedulikan ku. Walaupon kadang-kadang aku berasa jijjik ingin bersamanya dek kerana suami masih melanggan wanita diluar.

Ya katalah aku tak cerdik. Aku terima… Cuma satu aku minta Doakan aku terus kuat untuk hadap semua ni.

Kuat demi anak-anak dan kedua ibubapanya.

– Mdm J (Bukan nama sebenar).

Antara komen komen netizen.

Putri Pellangi – Kuatnya puan berperang dengan emosi dan iman puan sendiri..kejamnya seorang lelaki terhadap diri dia sendiri….

Saya doakan puan sihat sejahtera dan sentiasa Allah pelihara…saya tahu puan menghalang maksiiiat suami puan dengan hati

itulah cara menghalang makksiat dengan serendah2 iman….tapi setinggi2 sabar …puan memilih bahagia anak berbanding diri sendiri…

Saya rasa puan stay sebab suami puan ayah yg baik buat anak2..tidak pernah memukul puan…memberi nafkah yang cukup ,tempat tinggal,

keselesaan pada puan dan anak2…kiranya markah 9/10…puan juga tidak yakin untuk memulakan hidup baru bermula 0…

yang mana kehidupan selesa anak2 akan direntap sekelip mata…mungkin juga anak2 akan memilih untuk tinggal bersama ayah mereka (kerana dimata kasar,

suami puan adalah ayah dan suami yg baik).pastinya puan takut kehidupan dan masa depan anak2 musnah, jika puan ingin bercerai(betapa agungnya kasih seorang ibu ibarat menjadi lilin membakar diri)…

saya yakin puan tidak takut jika puan sahaja yg tak cukup makan, menumpang rumah org sementara nak mulakan hidup baru.tapi bukan anak2 puan….itu lah sebab puan bertahan dalam erti sebenarnya….

Maaf puan, entah2 suami puan dah ada penyakit tertentu (yg mgkn dia je tahu)…mungkin juga dia dah insaf dgn kegiataannya dan dia xbersama puan sebab dia takut puan akan dapat penyakit yg sama.

5 tahun tu tempoh yg panjang….wallahu aklam…saya doakan moga suami puan diberikan hidayah dan kembali ke pangkal jalan dan puan akan temui bahagia puan dengan jalan yg Allah redhai….aamiin ya rabb….

Moga dipermudahkan semua urusan puan.aamiin ya rabb….

Cik Puan Ria – Rasa kesian, tapi benda tetap silap atas pilihan sendiri ..tapi yalah…bukan mudah, demi anak anak kan..

tapi bagi saya, sbb sis masih terus memaafkan perangai suami tak berubah..moga saja ada jalan lebih baik utk sis dan anak anak sis…

Sementara hati masih berbelah bagi, simpan segala bukti perbuatan suami ya sis…orang yang pandai berpura pura,

risau sis yang disalahkan orang sekeliling satu masa nanti bila segalanya perlu diceritakan….

Semoga kuat dan Allah beri jalan terbaik…aamiin.

Zaidah Zaki – Saya rasa Puan confessor kena cari kekuatan keluar dari toxic marriage.

Suami Puan jer yg rasa bahagia dlm hubungan ni manakala Puan sebaliknya. Sangat x adil. Dlm hal ni dah kena selfish,

boleh mohon fasakh sbb yg suami ada bukti buat maksiat zina. Dah bertahun jaga aib dia.

Sedangkan suami tu x jaga aib dia sendiri. Dah bertahun tp masih x bertaubat. He is not worth it all. You deserve a better life .

Pergi mahhkamah, failkan pencerraian.

Bainun Azinuddin – Astaghfirullah. Ni bukan tentang kes cerdik tak cerdik ni Puan. Tapi Puan telah menz4limi diri sendiri dan meletakkan diri Puan ke lembah kebinasaan.

Puan juga menumpang dosa suami Puan. Selagi mana Puan berdiam diri, selagi itu lah Puan berdosa sebab bersubahat dengan suami dalam berz1na.

Selagimana Puan berdiam, selagi itulah Puan bersetuju dengan perbuatan z1na suami Puan. Ni bukan soal a1b suami.

Puan SALAH meletakkan a1b pada tempatnya. Ini dosa z1na. Selagi mana Puan menunggang agama atas alasan menjaga a1b suami.

Selagi itu lah Puan sama2 berdosa. Perbuatan Puan ni seolah2 Puan redha dengan dosa z1na suami. Puan biarkan diri diperlakukan begini. Puan tak sayang diri Puan.

Bahkan Puan tak sayang suami Puan. Puan tak sayang rumahtangga Puan. Puan taknak Allah melimpahkan kasih-sayangNya & keberkatanNya pun dalam runahtangga Puan.

Sebab tu Puan selesa diperguna mcm ni. Allah memerintahkan isteri taat pada suami. Tapi taat pada tempatnya.

Taat selagi mana suami berpegang teguh pada ajaran Islam. Apa yang Puan buat ni, bukan taat.

Ni meletakkan diri ke lembah keh1naan. Puan sendiri meletakkan maruah Puan seh1na-h1nanya sebagai isteri.

Puan bersetuju dengan dosa suami Puan. Puan bersetuju dengan peny4kit bawaan s3ksual hasil drp perbuatan z1na suami Puan.

Ya Allah puan. Ny4wa kita ni tak panjang. Sekejap je Allah boleh rentap. Sekejap je kita boleh berpindah alam drp alam dunia ke alam barzakh.

Bertaubat la puan. Puan sepatutnya tahu apa yang perlu dibuat. Keluarlah drp lembah keh1naan. Naikkan semula martabat Puan sebagai wanita yang berm4ruah.

Sampai bila nak hidup macam ni Puan? Apa sebenarnya yang Puan cari dalam rumahtangga sebegini?

Apa sebenarnya yang Puan harapkan? Apa sebenarnya yang Puan nak gapai drp rumahtangga mcm ni? Jangan menunggang agama atas alasan menjaga a1b suami, jangan.

Sumber : iiumc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *