Assalam semua pembaca. Ini bukan kisah aku, tapi kisah close friend aku, nama dia siti. aku kenal siti lebih dari 10 thn. siti ni seorang yg berjimat cermat.
dari dulu, kalau aku dgn kwn-kwn lain nak makan sedap-sedap sesekali time dapat duit ptptn, siti biasanya tak pernah ikut.
pakaian dan kasut dia pon pakai je mana yg ada sampai lunyai. henbeg dia tak pernah lebih rm50.
Aku paham siti berjimat sebab keluarga dia susah. dia perlu berjimat cermat seboleh mungkin sbb taknak susahkan lagi keluarga dia. siti pon penah scouting kt bilik hostel aku sbb nak jimat duit sewa bilik hostel.
Siti bayarlah sikit dari sewa bilik tu. siti bawak tilam dan tido kat bwh. aku tak kesah nak tolong kwn-kwn walaupun aku bukanlah orang senang sgt. cuma family aku tak sesusah siti.
Mana yg aku boleh tolong siti, aku tolong. kalau siti tak cukup duit, aku bagi pinjam tanpa limit waktu. lagipun biasanya siti tak pernah lupa nak byr balik.
Bila siti dah berkerjaya, dia masih lagi perlu berjimat sebab keluarga bergantung harap pada dia.
oleh sbb dia dah belajar tinggi-tinggi mestilah mak bapak siti harap hidup mereka boleh berubah sedikit sebanyak.
Tapi bila dah berkerjaya siti kenalah spend duit sikit untuk penampilan. takkan 365 hari siti nak pakai kasut, baju dan tudung yang sama ke ofis.
walaupun mcm tu, siti masih berbelanja berpada-pada. henbeg dan kasut tetap tak lebih rm50.
Aku tau siti bukan kedekut, tapi dia sangat-sangat berjimat demi keselesaan keluarga dia. dia bahagia begitu. siti tak beli kereta baru, tapi dia pakai kereta iswara lama ayah dia yg manual dan ‘paut’ steering sebagai pengangkutan dia nak pegi kerja.
Sampailah waktu siti pon berjodoh. nama suami siti, mamat. masa mula berkahwin, mamat baru berpindah tempat kerja. jadi nak mulakan hidup baru, siti tak kesah pon mereka hidup semampunya saja.
Dia paham mungkin mamat masih nak stabilkan diri walaupun sebelum tu mamat dah berkerja 5 tahun di tempat kerja lama. dia pon bukannya tak biasa hidup susah. mamat sewa rumah murah flat 2 bilik untuk mereka berteduh suami isteri.
Siti syukur sangat-sangat, walaupun sempit tapi cukupla selesa untuk mereka hanya hidup berdua. walaupun tak selesa sebenarnya, kalau-kalau family siti or mamat nak tumpang tido.
Mula-mula masuk rumah, mamat ajak siti share duit beli perabut rumah. demi tagline hidup susah senang bersama, siti setuju je. tapi dia takde saving, kena tunggu la dia save duit gaji nanti baru boleh beli.
Tidurlah mereka atas toto sementara nak tunggu siti cukup duit sampai s4kit-saakit belakang siti. mamat tak suka mkn kat luar jadi siti masak pon dalam periuk nasi je.
Masa mula-mula kahwin, mamat cuma ada motor saje, lesen kereta pon takde. tapi siti tak kesah pon. siti lah yang drive kalau nak kesana kesini, duit minyak share-share itu pon mamat share kalau perjalanan tu untuk balik kg mamat.
Kalau yang perjalanan harian tu, siti la tanggung. kereta rosak pon siti tanggung, mamat kata tu kan kereta siti. lepas beberapa bulan berkahwin, alhamdulillah siti pon mengandung. dalam perot boyot tu, masih siti yg memandu ke sana kesini sampai perot boleh tersangkut steering.
Rumah sempit nak ke bilik air pon perot boleh tersangkut dgn mesin basuh sbb laluan nak bilik air tu sempit sgt. nak beli barang-barang dapor, siti nak kena mengangkut naik ke tingkat atas. siti kena beli barang dapor hari-hari, sbb rumah diorang takde peti ais lagi.
Sampailah satu ketika, siti dpt beli peti ais satu pintu seken hand sbb kwn dia nak pindah. kuranglah beban siti nak ke kedai hari-hari. bila balik kerja, boleh terus masak. dapatlah rehat awal sikit.
Lepas lebih kurang setahun perkahwinan, baru siti dapat tau gaji sebenar si mamat, berapa simpanan dalam bank, dan berapa bonus tahunan yg company baru mamat bagi.
Gaji mamat sebenarnye lagi banyak dari siti, simpanan ada berbelas ribu, dan bonus tahunan pon capai belas ribu kenkdgn boleh sampai lebih 20k.
Mula la hati si siti membengkak. sanggup mamat biarkan siti bersusah payah tido atas toto, dia tak nak beli katil dan tilam pun, masak dalam periuk nasi dan lain-lain padahal mamat lebih dari mampu untuk beri dia keselesaan. pernah siti tak larat nak bgn dan masak, siti mintalah mamat belikan burger kat stall bawah rumah tu.
Mamat cakap kat siti, masak ajela ape-ape yg ada kat dapur tu. masalahnya mmg takde ape utk dimasak cuma ada sebijik telur. tapi lapar punya pasal, siti terpaksa la masak nasi, makan telur dgn kicap je.
Aduhaii mamat, nak belikan burger utk bini yang sedang mengandung pon berkira dah mcm program bersamamu dah ha. bkn hari-hari bini mintak beli burger pon. bukan burger mcd pon.
Siti ada penah mintak mamat pegi amik lesen kereta, sekurang-kurang mamat boleh hantar dia ke hspital bila dah bersalin nnt. jawapan mamat cuma ‘krikkrikkrik’ je. mungkin taknak bazir duit nak spend untuk buat lesen. ape susah, siti kan dah boleh drive. jimat duit mamat.
Bila sampai hari siti s4kit nak bersalin, siti ditempatkan di w4d kelas ketiga. siti pujuk mamat untuk tukarkan dia ke w4d kelas kedua sbb w4d kelas ketiga tu tak selesa sangat. toilet jauhh kt hujung sana, kipas pulak kat tengah-tengah.
Berpeluh-peluh la bini tu dgn tahan saakit lagi. kalau mamat nak tolong belikan kipas kecik takpe jugak. mcm biasa mamat cuma buat tak tau je, w4d ketiga ke kedua ke skit bersalin sama jugak. tapi yg mamat tak tau, keselesaan tu jauh beza. w4d kedua, toilet tepi katil, bilik ada aircond. taklah tersksa siti nak ke toilet dan layan s4kit tu.
Dan masalahnye bukannye si mamat tak mampu, ditakdirkan siti bersalin melalui c-sect, lagilah azab si siti nak berjalan jauhh kalau nak ke toilet. kena pulak ibu yg bersalin c-sect ni terpaksa duduk w4d paling kurang 3 hari.
Berderai-derai airmata siti s4kit hati kenangkan sikap mamat. mamat pulak tersengih dapat jimat duit bil hspital bini bersalin. padahal beza kos w4d kedua bukannye sampai rm100 pon.
Bila dah ada anak, mamat bising siti ni asyik nak beli baju anak. baby ni kan cepat membesar. takkan anak dah setahun, boleh muat lagi baju newborn tu. sedangkan baby bila dah 6 bulan pon selalunye dah tak muat baju tu. lainlah orang dewasa ni, kalau body maintain tak membesar, 10 tahun pon masih boleh pakai lagi baju sama selagi tak koyak.
Belum kira selipar atau anak lagi. kenkadang baru beli 3 bulan lepas, tak lama tu dah tak muat dah. sesekali siti selit jugak baju-baju anak time nk bayar di kaunter. panjang muncung mamat sbb asyik nak kena beli barang anak je. bkn baju branded pon.
Aku tak pernah tgk la anak siti pakai baju branded. bila dah anak dua, dah tentulah mamat suruh anak kedua pakai baju anak pertama. masalahnya, kalau gap anak tu setahun dua bolehla. tapi anak mereka gap dalam 4-5 tahun ada baju mungkin dah rosak dan buruk.
Baju raya pon suh recycle anak pertama punya. siti pernah cadangkan untuk beli medical insurans untuk anak-anak. sekurang-kurang kalau anak s4kit, anak selesa dan siti pon selesa nak jaga anak yg s4kit kt hspital swasta.
Siti tak kesah nak share pon, tapi kalau dia nak bayarkan sorang-sorang dia tak mampu. tapi mamat tak mahu, membazir katanya. ditakdirkan Allah, anak siti s4kit dan masuk hspital.
Biasa w4d kanak-kanak, baby akan dapat katil baby je. ibu kena lah jaga dengan duduk atas kerusi. sampai bengkak-bengkak la kaki siti ni, sbb terlalu lama duduk. s4kit belakang tu tak payah cerita lah. siti jugakkk yg kena hadap.
Oleh sebab mamat terlalu berkira, buatkan siti selalu menjeruk rasa memendam hati. rumahtangga rasa tak bahagia. siti lebih rela pinjam duit dari aku atau kwn lain dari pinjam duit mamat.
Sbb kalau pinjam duit mamat, selagi tak byr selagi tu lah diungkit. walaupun duit tu siti pinjam sbb nak repair kereta ataupun siti tak cukup duit nak hantar anak ke klinik. dan walaupun nilainya cuma rm20, mamat akan tuntut.
Hutang tetap hutang walaupun dengan bini sendiri. nak bercuti jangan haraplah walaupun tido kat hotel budget. baik tido kat rumah sedara katanya, lagi jimat tak payah bayar hotel. nk belikan hadiah birthday setahun sekali pon susah sgt-sgt.
Mcm bini tu mintak barang kemas sekilo gayanye. setiap kali beli barang dapur, kena tunjuk resit kat mamat baru boleh claim. itupon mamat cuma akan byr untuk barang dapor dan keperluan basic anak sahaja. barang-barang siti selalunye tak boleh claim. baju untuk siti, mamat cuma belikan baju raya je setahun sekali.
Nasib jugak siti berkerja, jadi barang-barang keperluan dia bolehlah dia sediakan sendiri. mcm-mcm hal lagi lah jadi dek sifat ‘jimat cermat’ si mamat ni, panjang sangat pulak kalau aku nk cerita semua. kisah-kisah yg aku cerita ni, cuma sebahagian kecik je. banyak lagi hal lain yang menyakitkan. aku yang tgk pon rasa s4kit hati, geram, tension semualahh.
Jadi, konklusionnye aku cuma nak bagitau memang berjimat cermat tu amalan mulia. tapi kalau dah sampai tahap kedekut tu, Allah pon tak suka. dalam rumahtangga, isteri patut ikut cakap suami. tapi rumahtangga itu, perlu ada sakinah, maw4ddah, warrahmah.
Hal-hal ini akan ditanya oleh Allah pada suami di akhirat kelak. adakah suami dapat memberikan kebahagiaan pada isteri sepanjang perkahwinan. mamat beruntung punya isteri mcm siti. siti jaga kebajikan mamat dgn sepenuh hati, saakit pening, makan minum pakai semua terjaga.
Siti tak pernah masak ikut tekak sendiri. semua ikut selera mamat. kalaulah dapat bini pandai berjimat cermat, tapi kebajikan laki pon tak reti nak jaga dan suka menyakitkan hati, bagi aku tak guna pon duit-duit tu semua.
Banyak perkara yg tak boleh dibeli dengan duit. paling utama adalah kasih sayang. kau saakit terbaring, kalau takde bini yg nak menjaga dengan kasih sayang, ingat duit-duit saving kau tu boleh tolong jaga ke? sedap-sedap je layan bini tu mcm bibik.
Nak bagi reward sekali skala untuk gembirakan hati bini pon berkira mcm ape. siti tu dah lah memang orang susah, dapat laki pulak kedekut semakin menyusahkan. walaupun perangai mamat macam tu, tapi siti syg sgt-sgt kat mamat..aduhaiii..
Buat jejaka-jejaka sekalian, kalau sayang sgt duit sila jangan kahwin ye. sbb dah memang tanggungjawab suami untuk tanggung anak dan isteri dan juga beri keselesaan semampunya suami. kumpul je lah duit banyak-banyak pastu telek buku bank hari-hari.
Buat gadis-gadis, walaupun kamu seorang yg berjimat cermat belum tentu kamu boleh bertahan hidup dengan lelaki yg kedekut. kekekeke. seorang isteri mungkin boleh bertahan hidup susah, kalau benar-benar setakat tu je kemampuan suami.
Tapi susah untuk seorang isteri bertahan jika kita tahu suami lebih dari mampu, tapi haji bakhil taik hidung masin sampai menyiksa bini dan anak-anak. sekian.
kredit: kisahjalanan.