Kisah rakyat

Ayah ba̸ngga sgt kono̸nnya brjaya da̸maikan dua istri. Lps jumpa ayah dan ma̸du, ibu balik dlm tan̸gisan. Aku nekad juaI̸ ruma̸h dan suami mula mer̸0yan.

Assalamualaikum kepada semua. Kisah yang aku ingin kongsikan adalah mengenai pengalamanku sendiri melihat dan merasai sendiri hidup bermadu. Aku dilahirkan didalam keluarga sederhana. Permulaan cukup bahagia. Ayah dan Ibu cukup segala kasih sayang walaupun hidup kami tidaklah kaya.

Ibu berniaga nasi lemak depan rumah untuk menolong ayah mencari nafkah untuk keluarga. Kadang ayah juga akan membantu dan aku melihat keluargaku cukup sempurna.

1) Pengalaman ibuku dimadukan.

Aku masih ingat lagi peristiwa itu. Apabila ayah kembali dan mengaku sudah jatuh cinta pada wanita lain. Wanita itu adalah kenalan rapat kami sekeluarga. Waktu itu aku tidak mengerti gelora perasaan ibu. Tapi aku hanya dapat melihat bertapa tenangnya ibu menerima kenyataan.

Ibu sendiri meminang wanita itu untuk menjadi madunya. Aku ingatkan ibu kuat, ibu selalu pesan kepada kami supaya menghormati keputusan ayah. Walaupun luaran ibu nampak kuat, tetapi setiap malam aku mendengar tangisan ibu. Setiap kali ibu solat, ibu akan menangis.

Ayah, tidak mengerti dan tidak mahu memahami jiwa seorang isteri. baginya, ayah melihat ibu kuat, so ibu tidak akan sedih. Duhai Lelaki, mengapa kamu tidak cuba memahami hati seorang isteri? mana mungkin isteri akan menerima dengan seikhlas hati apabila dimadukan?.

Ayah sudah berubah sejak beristeri dua. Tiada lagi nafkah untuk kami sekeluarga. Alasan ayah, dia perlu banyak duit untuk membina keluarga baru. Begitu mudahkan alasan seorang lelaki? kalau sudah tahu tidak mampu, mengapa ingin menambah keluarga?

Ibu setiap hari terpaksa buat dua kerja. Berniaga dan mengasuh. Krna tahu pendapatan kami tidak seberapa, aku usulkan untuk terus bekerja selepas SPM. Ibu tidak mengizinkan dan terus ke rumah madunya untuk berjumpa dengan ayah.

Malangnya ayah tidak ambil kisah untuk menolong aku meneruskan pelajaran. Baginya, seorang perempuan cukuplah hanya sekadar ada SPM. Melihat ibu balik dengan tangisan, aku tetap berjanji padanya yang aku akan terus belajar.

Alhamdulillah aku mendapat tawaran belajar dengan biasiswa JPA. Sepanjang pengajian aku, hanya ibu sahaja yang bersusah payah untuk kami adik beradik. Ayah sudah ada anak baru, faham-faham sahajalah tiada lagi ruang untuk kami sekeluarga.

Ayah dengan bangganya beritahu kepada orang luar, yang dia mampu untuk mengatur dua isteri, tidak bergaduh dan aman damai. Tapi masyarakat tidak tahu ibulah yang menjadi asbab ayah bahagia dengan keluarga baru.

2) Pengalaman makcikku dimadukan.

Kalau kusebut madu makcikku ini pasti seluruh Malaysia mengenali beliau. Madu makcikku ini anak salah seorang VV1P negara. Di media madunya punyalah menunjukkan keikhlasan dan sayangkan makcikku.

Tetapi hakikatnya, makcik memendam rasa seorang. Aku selalu menjadi teman mendengar keluhan makcik. Makcik aku ni family agak senang, berkahwin dengan pakcikku yang waktu itu tiada apa-apa. Apabila berjaya sedikit, tanpa segan silu pakcikku mengaku hati sudah terbelah dua.

Dan bakal madu itu bukan calang-calang orangnya. Demi menjaga imej pakcik, makcikku terpaksa menerima walaupun hatinya remuk seremuk-remuknya. Begitulah lelaki, apabila sudah senang, mula mencari yang lebih kaya dan cantik untuk dijadikan isteri.

Kemana majlis pasti dibawa si madu, makcikku hanya ditemani anak-anak sebagai penghibur. Madu itu pulak, giat berusaha kononnya baik dengan keluarga makcik, upload di media sosial, tapi hakikatnya……….. Makcikku cuba kuat kerana tidak mahu berbalah.

Wanita selalu berkorban untuk lelaki demi cinta dan kebahagiaan, tetapi adakah lelaki pernah terfikir, bahagiakah isterinya selepas dimadukan?

3) Pengalaman aku sendiri.

Aku baru berkahwin 3 tahun. Suami aku sudah tunjuk belang. Yelah, dia dah pangkat besar, dah lupa siapa yang sudi naik motor dgannya saat diawal perkahwinan dulu.

Naik je gred 44, semuanya ingin naik, termasuklah pasang isteri baru. Tapi yang sadis, kahwin lari di Thailand. Disaat aku pregnant anak kedua. Haha, macam kisah si Dai tu pulakkan.

Tetapi ramai sebenarnya isteri menjadi mngsa dengan alasan sunnah Rasulullah SAW. Aku masih teringat bagaimana aku melihat ibu menangis dahulu, aku tidak mahu anak aku melihat sekarang.

Dengan kekuatan yang ada, aku usulkan percerraian. Suami-suami yang selalu ingin pasang isteri ini banyak yang tidak mampu. Tetapi kerana pengorbanan isteri pertama yang mereka tidak sedari itu membuatkan mereka fikir mereka mampu. Aku mula stop membayar bil-bil, sewa rumah dan susu anak.

Aku biarkan anak aku nangis satu hari kerana susu habis, bukan kejjam, tetapi aku ingin dia melihat keadaan rumah kami. Suami pada mulanya marah kerana aku mengzaalimi anak, aku mengatakan susu habis dan kewajipan dia untuk beIi barang keperluan.

Surat-surat bill semua sampai dan peringatan untuk bayar. Pada akhir bulan sebelum kes percerraian kami, aku pindahkan anak-anak ke rumah ibu dan rumah itu aku juaI kerana atas nama aku.

Suami aku mer0yan bagai nak gilla. Rupanya dia plan nak bawa madu aku sekali tinggal disana. Para pembaca, gilla ke tak gilla? Tak tahu malu nak menumpang rumah aku? Aku mula dicopkan sebagai jaahat dan zaalim. Ibuku dihiina kerana sebab itulah ayah aku berkahwin lain.

Aku diam sahaja dan hasil dari jualan rumah itu aku besarkan rumah ibu, bawa ibu ke umrah dan investment untuk anak-anak aku. Alhamdulillah sekarang aku puas dengan kehidupan aku. Wanita, kalau diri tidak dapat menerima dimadukan, berpisahlah.

Percaya diri sendiri mampu untuk kuat dan bahagia selepas perpisahan itu. Kecuali kalau suami itu betul-betul mampu dan anda bahagia dengannya. Tapi percayalah kes2 bermadu ini kebanyakkannya suami tidak mampu.

Tetapi berlagak kerana isteri banyak support dalam segi kewangan.

Alhamdulillah aku bahagia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *