Kisah rakyat

Baru tau aku rupanya ank luar n1kah lps 12 thn kawin dan dah beranak pinak. Yg paling sadis nikah difaraqkan sekelip mata je aku hilang semuanya suami dan anak2.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku Ayla, sudah berkahwin dan mempunyai anak anak. Umur aku awal 30an. Aku pernah buat silap ketika zaman remaja aku. Akibat dari tu aku mempunyai anak luar nikah. Ya aku bukan anak yang baik. Aku sedar. Aku jalani hidup aku seadanya.

Aku terima saat aku dibuang dihantar jauh. Bertahun tahun. Aku terima. Aku tak salahkan sesiapa. Salah aku. Aku yang memilih sendri. Saat aku dicampak jauh, suami aku yang sekaranglah yang menerima aku. Dia menerima aku seadanya. Dia jaga aku dari aku belum melahirkan lagi (dia bukan ayah kepada anak aku). Sampai sekarang dia tak pernah bezakan anak aku.

Cukuplah salam perkenalan dari aku. Apa yang aku nak ceritakan dekat sini adalah. Bila kau dah menerima seadanya hidup kau. Kau terima salah yang kau dah buat. Kau terima layanan dan pandangan buruk orang pada kau. Sebab apa. Sebab kau tau yang buat salah tu kau.

Tapi semuanya berubah sekelip mata bila kau tahu orang yang buang kau, yang hantar kau jauh jauh, yang malu dengan salah yang kau dah buat, pun melakukan hal yang sama dan lebih teruk lagi. Mehh aku terangkan. Rumah tangga mana yang tak diuji. Selama 12 tahun macam macam aku lalui. Tapi tak sehebat yang ini.

Aku ditunjukkan dengan satu persatu rahsia. Hakikat yang aku anak luar nikah terbongkar. Ya. Aku anak luar nikah. Haha. Aku tak tau rasa apa yang patut aku tunjukkan. Marah. Kelakar. sakit hati. Semua ada. Yang paling buat aku rasa berderai pernikahan aku selama 12 tahun difaraqkan (dibubarkan kerana tidak sah nikah) kenapa tidak sah nikah?

Kerana aku berwakil walikan pak sedangkan aku sepatutnya berwakil walikan hakim. Lagi pula nama aku dalam ic dan surat beranak berbintikan pak. Jadi memang aku tak syak apa apa. Jadi korang rasa apa yang aku patut rasa masa tu. 12 tahun pernikahan aku dibubarkan sekelip mata. Jadi orang asing.

Kata mudahnye ibarat kau berz1na 12 tahun ni. Suami aku? Tak. Dia tak mem4ki h4mun aku. Sepertimana dia menerima aku pada permulaan dulu begitu juga dia menerima tentang perkara ni. Cuma dia hancur. Sekelip mata hilang gelaran suami, hilang gelaran ayah. Katanya bukan dia tak sayangkan aku tapi kerana orang tua aku.

Aku faham. Semenjak dia jadi suami aku amat payah diri dia nak diterima masuk dalam keluarga. Macam macam yang mak duk kata dekat dia. Tapi dia tetap cuba ambik hati. Bila jadi camni dia rasa selama ni kau tak terima aku dalam keluarga kau macam kau tak pernah buat silap tapi rupanya bila pekung kau terbuka kau lagi teruk dari aku.

Aku ni yang terima anak kau, yang jaga anak kau, terima cucu kau walau bukan anak aku tapi kau tak pernah nampak tu kau tak pernçah hargai aku apatah lagi nak ucap terima kasih. Sekarang, ini pula kau bagi pada aku (macamtula yang suami aku rasa) dan cakap dekat aku sebelum dia keluar dari rumah.

Sekarang kes aku dah dirujuk ke pejabat agama dan naik ke mhkamah tinggi syariah. Dah genap setahun aku lalui semua ni sorang. Naik turun mhkamah sorang. Tak selesai selagi mak tak hadir bagi keterangan. Dorang pula tak nak hadir, tak nak ambik tau sebab katanya tak ada yang salah dulu dulu boleh saja. Katanya aku yang memperbesarkan perkara. Maka tersisihla aku dari keluarga.

Usaha? Bukan aku tak usaha aku cari saudara yang boleh membantu kes aku jadi saksi aku tapi semuanya berjanji sampai masa bayang pun tak ada. Aku letih berharap. Aku penat mengemis minta tolong. Besarnye pangkat mak pak tu sampai susah nak akui silap sendiri.

Bila masa aku yang yang buat silap kau tolak aku jauh jauh, aku lah yang terpaling jhat. Tapi bila salah kau pula yg terbuka rupanya kau pun sama macam aku tapi sekurangnya kau bukan an4k h4ram. Tapi aku. Aku nak h4ram kau yang sekarang hidup aku dah tak ada apa apa. Sekelip mata aku hilang keluarga, aku hilang tempat aku bergantung. Kau ada ambik tau? ada kau tanya cucu cucu kau macamana?

paling sedih ada kau tanya anak haram kau ni ok ke tidak. Tak ada kau tak pernah tanya, kau penting diri, kau ego kau tetap rasa aku yang salah. Sampai bila kau nak hukum aku atas dosa dosa kau. Proses mhkamah tak kan selesai kalau kau tak hadir. Sedangkan aku dah setahun hidup dengan anak anak tanpa suami. Egonya kau.

Kau pernah terl4njur macam aku sebab tu adanya aku sebagai ank h4ram kau. Tapi sekurang kurangnya keluarga pak terima kau baik. Tapi aku, kau campak sedangkan kau pernah lalui apa yang aku lalui patut kau lebih rasa apa yang aku rasa.

Lagi satu walaupun kau ada anak haram iaitu aku tapi kau diri kau sendiri bukan anak h4ram. Sedangkan aku diri aku sendiri anak haram dan aku juga buat silap macam kau. Kau pernah terpikir tak apa aku rasa lalui semua ni sorang sorang. Kau pernah terfikir aku ok ke tak. Tak pernah.

Suami aku keluar dari rumah, aku tunggu kau datang mak, pak jenguk aku tanya aku ok ke tak tapi korang tak pernah datang malah makin menjauh. Jangankan nak akui silap tapi kau ungkit segala salah aku. Bukan senang aku nak hidup dengan anak anak nak bangun bangkit dengan setiap kisah perit hidup aku.

Aku kena pikul kena tanggung akibat dari kesalahan yang aku tak buat. Bukan aku saja. Bekas suami aku, anak anak aku turut sama menanggung. Aku. Hanya aku sorang. Mana aku dapat kekuatan? Entahh aku tak kuat pun. Aku hanya menjalani hidup. Anak luar nikah tu tak minta nak dilahirkan begitu, tak h1na pun tapi manusia sekeliling membuatkan diri anak luar nikah itu rasa terh1na.

Betul, salah ke betul mak tetap mak tak ada kata anak terasa hati dengan mak. Tapi maaf aku masih tak sekuat itu untuk menerima dan memaafkan. Sangat berat untuk aku. Doakan aku kuat doakan aku terus berada dilandasan yang betul. Kalau kira hilang pedoman aku berkali kali terasa nak bnuh diri.

Rasa malu yang kau bagi pada aku lebih hebat dari malu yang aku beri pada korang. Diusia aku yang macam ni dengan ada anak anak aku kena hadap ulah dr prbuatan korang. Akhirnya aku yang menanggung semua sendiri.Menanggung akibat dari salah orang lain. Jangan pandang remeh hkum tuhan.

Jangan rasa dulu boleh sekarang tak boleh. Hkum Tuhan tetap hkum Tuhan. Aku punya bukti yang yakin kuat dan mhkamah juga menyatakan apa yang terjadi ini adalah salah jadi siapa kau mak pak yang masih nak kata betul. Maaf kalau yang membaca rasa aku keterlaluan.

Aku akui aku keterlaluan marah, sakit hati, kecewa, sedih, benci. Maaf aku hanya meluah. Penulisan aku ini yang boleh diambik sebagai iktibar ambik lah yang tak elok korang baca diam diam jela. Jangan malu punya anak luar nikah. Takdir hidup kau sudah tertulis kau tak boleh memilih menukar takdir hidup.

Akui kesilapan yang paling penting tak kiralah kau ibu bapa atau kau anak. Ank luar nik4h, Ayla.

Antara komen komen netizen.

Netizen 1 – Awak carilh sesiapa yg layak ,ceritakn masalah dan akad nikah semula, walau tdk diiktiraf undang2 dunia, tp yg penting sah disisi agma..tp klu bolh buat yg sah dua2, dlm hkum ag4ma dn undang2 negara pun lbh baik.

Abaikn mak awk tu dik..serah pd Allah sj… Org yg paling buruk perangai dlm dunia ini, ialh bila bdoh tp tak mahu belajar..

awk jaga dn didik ank2 baik2, jngn sampai mewarisi sikp burok laku mcm tu.

Netizen 2 – Kamu org yg terpilih bersabarlah dgn semua dugaan ini ada hikmah dihujugnya nanti. Kuatkan semangat berdoalah muga selesai Masalah ni. Saya medoakan agar kamu kuat Dan tabah.

Netizen 3 – Awak suami isteri x bersalah. Nk tunggu mak pak bagi keterangan kat mahkamah mmg susahlah.

Boleh je kahwin semula. Kan tuhan tu maha pengampun dan maha mengasihi…so kuat kan semangat n move on.

Kredit : kisah rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *