Kisah rakyat

PeIik tgk lantai bilik air basah bila smpai rumah tp istri bgtau kwan tumpang. Terus aku ikut istri rapat2, trkejut bila dia brhenti dpn h0tel.

Salam semua. Terima kasih admin siarkan cerita ini. Aku ada sorang kawan rapat. Namanya Tokan. Umur lingkungan hujung 20an dan berkahwin. Punya sorang anak lelaki. Alkisahnya Tokan ni lelaki yang baik. Solat, puasa tak tinggal. Bukan kaki prempuan dan jauh sekali berjuddi atau minum ar4k. Bukan jugak ustaz. Biasa-biasa je macam kita semua.

Satu hari Tokan mengadu pada aku. Dia syak isterinya curang. Tokan ni pendiam. Jarang dia nak cerita hal peribadi. Nampak ceria je di tempat kerja. Menurut Tokan, satu hari dia off day. Waktu dia nak balik, dia mesej isterinya dan maklum nak on the way ke rumah. Isteri Tokan juga bekerja.

Sampai di rumah, Tokan tengok biasa saja rumahnya. Anak mereka dengan pengasuh. Tapi Tokan terjumpa telefon sedang di charge. Tapi bukan isterinya. Kemudian lantai bilik airnya basah. Isterinya jarang balik waktu kerja. Telefon yang di charge tu bukan milik isteri Tokan, Salmi. Tapi Tokan tak syak apa-apa cuma mandi dan berehat.

Kemudian Tokan keluar buat job sampingan, Fp sementara menunggu petang isterinya balik. Kecurigaan Tokan ni disampaikan kepada isterinya. Telefon siapa yang charge.Menurut isterinya, itu telefon kawan sepejabat. Tumpang charge. Aku rasa Tokan ni naif. Dia percaya je.

Satu hari, Tokan outstation. Oleh sebab aku punya instinct spy yang tinggi, aku cuba recce pejabat Salmi. Aku tunggu waktu balik pejabat. Salmi keluar pejabat jam 6 petang dan terus ke parking kereta. Kemudian Salmi ke rumah taska ambil anaknya. Kemudian kembali semula ke pejabat.

Tak lama menunggu, seorang lelaki datang dan naik kereta Salmi. Mulanya Salmi duduk di bahagian driver, mungkin dia mengubah tempat duduk di bahagian sebelah driver tampa keluar dari kereta. Jadi lelaki tu masuk dan terus duduk dalam kereta beberapa minit sebelum kereta tu bergerak.

Aku pun jejak dengan kereta. Cuba follow kereta Salmi. Tapi disebabkan jalan jem dan aku cuba mengelak dikesan, kereta Salmi hilang jejak. Mungkin sebab lelaki yang drive, jadi cekap dia menyelit dalam jem. Aku balik dengan hampa. Tapi satu puzzle hampir terjawab. Isteri Tokan main kayu tiga.

Esoknya aku ulang perkara sama. Rutin Salmi masih sama. Keluar pejabat dan ke taska ambil anak. Tapi kali ni dia parking kereta di sebelah stesen minyak yang agak sibuk, kemudian muncul lelaki yang sama. Menaiki motosikal Ysuku. Parking berhampiran dan masuk ke kereta duduk di posisi pemandu. Sah. Salmi ni curanng. Kali ni aku bawa motor. Jadi senang menyelit. Pengajaran daripada semalam.

Aku follow pasangan durrjana ni. Lelaki berdebah tu (LB) memandu ke Mekdi dan memesan makan secara drive thru. Selesai, kereta bergerak ke lokasi berikutnya iaitu H0tel! Ya h0tel. Kereta park betul-betul depan h0tel bajet. Sedih betul aku dengan nasib Tokan. Isterinya curanng.

Aku ambil gambar beberapa keping. Dan tunggu pasangan tu naik ke hotel. Aku tunggu berdekatan kereta kot-kot mereka keluar balik. Tapi tidak ada pergerakan. Hanyut dibuai mimpi.. mungkin. Aku nak maklum kepada Tokan. Tapi aku kasihani dia. Apalah perasaan dia kalau tahu. Tokan penyayang. Punyalah dia sayang anak isteri dia. Aku takut dia gile kalau tahu.

Selepas beberapa hari peristiwa tu, aku berjumpa Tokan. Aku tenung muka Tokan. Tak sampai hati aku nak beritahu. Aku harap apa yang aku tengok hari tu silap. Jadi aku ulang kali ketiga, aku follow Salmi selepas waktu kerja nya. Hari tu Tokan balik lambat, dia ada mesyuarat di negeri jiran. Jadi kemungkinan balik atau tidak, belum pasti.

Rutin yang sama.. dan lelaki yang sama. Kali ni mereka tak pergi ke h0tel. Tapi bawa anak Salmi ke taman permainan. Punyalah mesra macam suami isteri bersama anak. Aku tenung lelaki tu, muka pecah pintu. Salmi ni manis. Tokan pula orangnya smart juga. Kenapa Salmi pilih curang dengan si LB ni. Hairan bin ajaib. Cannot brain this.

Oh lupa nak cerita, sebagai Sherlock Homes, aku periksa no plat si LB ni dan aku dapati nombor pendaftaran atas nama Salmi. Mengucap panjang aku bila tahu. Sudahlah curanng, belikan motor untuk LB tu lagi. Luluh hati Tokan kalau tahu. Satu hari aku beranikan diri tanya Tokan. Kau okay ke bro?

Dijawabnya tenang, aku okay.. Kemudian aku tanya Tokan secara berseloroh kalau-kalau dia ada masalah batin. Sebab aku syak itulah punca isteri dia curanng, tak dapat kpuasan b4tin. Sebab logiknya, Tokan ni ada rupa. Tapi Salmi pilih curanng dengan mangkuk hayun yang aku rasa kalau perempuan di luar sana tengok pun fikir banyak kali nk curanng dengan dia. Sebab duit? Salmi yang payung motor si LB tu.

Tokan jawab dia okay je bab tu. Jujurnya dia bagitahu isteri dia selalu menolak kalau nak bersama. Letih, tidur awal antara alasan. Aku tak korek lagi. Aku cuma percaya kata-kata Tokan. Mungkin ini permainan hati dan syaitan. Salmi dan LB terperanngkap dan terbuai dengan n4fsu. Boleh jadi mereka ni sedang bercinta. Sesuatu yang takda pada Tokan ada pada LB tu.

Aku tak sampai hati nak bagitahu Tokan. Aku takut aku jadi punca pergaduhan atau perceraian kalau terjadi. Aku sebagai suami pun kalau berlaku pada aku benda ni, aku sendiri mungkin hilang kawalan. Silap-silap m4ti si Salmi tu. Aku tahu mereka masih berhubung. Sebab belum kantoi. Tokan pun ada cerita yang Salmi selalu elak kalau anak nak tengok youtube kat telefon.

Kalau buka sekejap, bila Tokan ada dengan anak, Salmi akan cepat- cepat ambik telefon dan tutup. Biarlah anak menangis ke apa. Dia berkeras tutup. Something fishy. Tapi Tokan ni baik. Bersangka baik saja dia kerjanya. Aku malas nak korek hal rumahtangga orang. Tapi adakala Tokan akan buka cerita sendiri. Dia selesa dan percaya pada aku. Bukti aku simpan kemas.

Dan aku percaya kalau aku ulang balik follow Salmi macam sebelum ni dan kali ni bawa si Tokan, aku jamin yang Salmi akan kantoi.Cuma Tokan ni pendiam, aku rasa bahaya kalau dia meletup. Dia punyalah percaya. Tapi instinct sebagai suami yang dicurangi tu aku percaya ada. Aku tak sampai hati nak bagitahu. Perlu ke bagitahu Tokan apa yang aku tahu.

Satu hari aku ajak Tokan keluar. Aku bawa dia ke kawasan tempat kerja Salmi. Alasan aku nak tunggu COD barang. Tokan macam pelik sebab jauh daripada pejabat kami. Tapi macam biasa, dia jenis buat tak reti je. Aku cuba tanya-tanya dengan Tokan, wife kau kerja area mana. Aku nak tengok. Masa tu tengahari

Aku tanya Tokan, kau nak balik rumah ke. Sebab dah dekat. Aku boleh je hantar. Atau dia nak ambil anak. Tokan menolak. Dia ada kena hantar report petang nanti. Jadi nak selesaikan kerja di pejabat. Lagipun motor dia di pejabat. Sampai di tempat parking ofis Salmi, aku pun ajak Tokan keluar. Aku bagitahu COD tu dekat situ. Tokan follow je.

Sampai di bangunan ofis Salmi, pejabat dia gelap. Tokan mula pelik. Sebab setahu dia Salmi kerja. Kenapa ofis tutup. Tokan cuba call Salmi, tak berjawab. Kemudian kami cari kereta Salmi. Tak jumpa. Tokan mula syak sesuatu. Tapi dia ni bersangka baik lagi. Mungkin Salmi ada kerja luar. Tapi takan lah ofis tutup terus.

Kami pun lupakan perkara tu, mengeteh di kedai minum berdekatan. Aku pun tipu dia kata orang COD tu mintak hantar esok. Tokan percaya. Tak lama lepastu, Salmi balas call Tokan dan bagitahu dia ada di ofis. Dan kami pergi balik ke situ, ya. Betul ofis bukak. Pelik.

Ofis Salmi ni staf tak ramai. Dalam 4-5 orang termasuk bos. Tapi sekarang ada yang masih WFH lagi. Esoknya aku dan Tokan ke tempat yg sama. Kereta Salmi ada di pjabat. Aku pun keluar ke DIY dan beIi lampu suluh. Balik ke kereta aku tipu Tokan kata barang COD dah sampai. Dia tak peduli mana, belek-belek lampu tu dan teruskan dengan main telefon. Dia percaya aku dah selesai COD.

Aku kemudian sengaja ke tempat parking Salmi. Aku cakap nak emel sesuatu. Park kejap. Kemudian aku ternampak kelibat motor si LB dan Salmi! Tokan masih tak perasan. Sibuk dengan telefon. Kedua mereka berbual di celah tiang dan kemudian berpisah. Point ni tak cukup kuat untuk aku sabitkan Salmi curanng.

Sebab aku tak cerita apa-apa kat Tokan sebelum tu. Salmi menuju ke kereta, Tokan perasan dan cuma melihat.Aku bagitahu Tokan, jom follow Salmi. Tokan cuma mengangguk. Salmi meluncur laju ke Taska untuk ambil anak mereka dan kemudian terus balik ke rumah. Hampeh. Tiada pergerakan.

Kami pun balik ke pejabat semula. Peliknya Tokan ni, dia macam tahu aku nak siasat si Salmi. Tapi dia tak bersungguh pun. Mungkin dia malu atau tak bersedia kalau tahu hal sebenar. Next aku pergi lagi. Sendiri. Tak puas hati sebab kenapa masa Tokan ada takda benda pelik berlaku. Mustahil.

Waktu yang sama, rutin yang sama. Kali ni kedua mempelai tu berjumpa. Bawa ke taman permainan. Allah, aku bagai nak gugur jantong. Kenapalah tak berlaku masa Tokan ada. Aku follow pasangan tu sampai lah ke rumah Salmi. Mereka masuk ke rumah dan keluar balik. Pergi ke kedai makan. Langsung tak rasa bersalah.

Sampai di kedai makan, aku ternampak motor Tokan. Rupanya dia pun tengah follow Salmi. Aku perhatikan Tokan memerhati dari jauh. Celah tiang kedai. Sesekali menaip sesuatu di telefon. Tokan cuba merapat ke kereta Salmi. Aku pun cuba rapat. Aku rasa Tokan tak perasan aku. Waktu LB dan Salmi menuju ke kereta dan nak masuk, Tokan berlari dan tendanng lelaki tu. Terjatuh. Bergelut.

Waktu tu kawasan agak sunyi. Tak ada orang yang perasan sangat. Dorang parking belakang kedai. Tokan memaki lelaki tu dan Salmi terus masuk ke kereta diam-diam bersama anak. Aku biarkan saja drama tu. Aku tahu Tokan geram. Tapi aku tak nak campur. Biar Tokan selesaikan. Aku tahu Tokan boleh tumbangkan dia.

Selepas bergelut beberapa ketika, lelaki tu larikan diri. Salmi masih dalam kereta.Tokan cuba kejar tapi LB hilang disebalik kedai-kedai. Balik ke lokasi, kereta Salmi pun hilang. Kuranng ajar betul perempuan tu. Aku pun dtang ke arah Tokan yg tengah berserabut tu. Tokan nampak aku. Dia menangis. Aku peluk Tokan suruh sabar. Rupanya Tokan tahu aku follow Salmi juga.

Kami lepak mengeteh dan aku terus terang pada dia apa yang aku dah buat. Aku tunjuk bukti-bukti sebelum ni. Tokan diam dan menung jauh. Aku nampak Tokan tengah sedih gile. Tokan tak nak balik rumah. Dia ajak report p0lis. Nak mengadu kata lelaki tu kacau bini dia. Aku pun cakap, polis tahu ni kes suka sama suka. Tapi aku layankan aje si Tokan. Sampai di balai, Tokan buat report. IO tu bagus. Tapi kata dia susah nak lekat kes.

Selesai, Tokan ajak aku jalan. Kami ride ke Genting malam tu. Sampai di Genting, kami lepak dalam sejuk tu sambil mer0kok minum kopi panas. Tokan dan aku bercerita. Aku nasihat dia sabar dan fikirkan baik-baik masa depan dia. Aku ulang kali mintak maaf sebab tak beritahu. Aku pun ada anak bini, dugaan Tokan ni berat. Aku sendiri kalau kena kat batang hidung taktahu nak buat apa.

Tokan banyak diam. Memendam rasa. Aku pujuk Tokan balik rumah. Bincang baik-baik. Kalau dia nak LB tu, lepaskan lah dia. Tak guna simpan. Kalau Salmi nak Tokan, berubahlah. Tapi boleh ke dia terima selepas semua ni terjadi. Tak lama di Genting, kami balik. Aku follow dia ke rumah. Selamat sampai, aku pun gerak balik.

Esoknya Tokan ambil EL. Aku wasap Tokan tanya dia okay ke tak. Satu tick. Risau juga dia apa-apa kan Salmi walaupun aku pun benci gila dengan Salmi tu. Janganlah Tokan buat kerja b0doh. Tak berbaloi. Satu hari tu aku tak senang duduk. Rasa bersalah pun ada. Tokan tak jawab mesej atau call.

Kemudian aku nampak status wasap Tokan. Bunyi macam puitis. Kecewa. Aku call Tokan, dia bagitahu dia okay. Aku tak tanya lanjut cuma kata jumpa esok sembang. Sampai di pejabat pagi tu, Tokan buat kerja macam biasa. Waktu lunch kami lepak sekali. Aku ajak dia pegi kedai jauh sikit dari kawan-kawan. Nak sembang berdua.

Dan isteri dia ada mengaku yang bukan sekali tapi berkali-kali curanng dibelakang Tokan. Sedih aku dengar. Salmi bagitahu yang dia tak ada hati lagi pada Tokan. Gentlewoman betul Salmi. Tokan sedih tapi dia kata tak ada guna lagi hidup sebumbung. Dia nekad bercerrai.

Tokan ajak aku ke mhkamah esoknya. Aku apply AL dan bantu Tokan uruskan percerraian.Tokan cerita Salmi langsung tak mintak maaf. Aku respect dengan Tokan. Cool dia hadapi benda ni. aku pulak batu api ajak cari si LB tu.

Nak repeat. tapi Tokan kata dia dah lepaskan semua petang tu. Dia dah puas. Bengkak muka. Patah gigi mamat tu. Tokan bagitahu, Salmi mengaku anak dorang tu benih si LB. Allah, dunia apa yang tengah berputar ni. Aku macam tak boleh nak terima.

Sampai macam tu sekali Tokan kena game.Tokan kata dia redha. Dia sayang Salmi dan anak dorang. Tapi dia kata hati Salmi Allah yang pegang. Kesian aku dengan Tokan. Apapun dia tetap akan bela nasib budak tu. Patutla chemistry LB dengan Salmi ni lain macam, rupanya ada zuriat yang menyatukan.

Aku pulak naik gile memikirkan benda ni. Ketahian apa ni…

Salmi – mungkin ada kekurangan pada Tokan tapi aku tak setuju tindakan dia curangi suami sendiri. Benda boleh curang, buat apa bincang. Tapi part anak tu, melampau. Takda ayat nak luahkan apa yang dah berlaku.

Tokan – orangnya baik. Layak dapat lebih baik. Aku lega aku tak perlu sorok apa-apa dari Tokan. Aku kesian sebab dia naif. Tapi alhamdulillah akhirnya dia sendiri tengok depan mata dan terbongkar segala rahsia Aku doakan Tokan dapat jodoh yang boleh hargai dia. Allah ada.

LB – langsung tak rasa bersalah keluar dengan bini orang dan rosakkan kebahagiaan orang. Kalau aku jadi LB, Salmi bukan calon isteri yang sesuai. Eh, tapi dah ada anak luar nikah…eh, Dua-dua elok pegi mamp_s.

Aku – ya, menyibuk hal rumahtangga orang lain. Tapi sebagai kawan, aku rasa Tokan ni takut terima kenyataan sebenar. Aku gagahkan diri juga mengintip tanpa gaji. Sekurangnya aku lega. Aku dah bebas dari belenggu menyimpan rahsia Salmi. Dan, last tak nak buat dah. Serik oii.

– Sherlock Holmes (Bukan nama sebenar).

Kredit : iiumc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *