Kisah rakyat

Ketika umor 3 thn, aku dipaksa tido dlm stor celah2 kotak. Dilayan mcm boneka hnggakan nama sndiri pun xtau. Mama pnggil aku w0i je.

Baru baru ni, hangat isu mengenai wanita sebagai mngsa nfsu lelaki. Macam confession confession sebelum ni, banyak cerita yang dikongsikan oleh mngsa mngsa dan apa yang sangat menyedihkan, benda ni berlaku bukan dari orang lain tapi dari keluarga kandung sendiri.

I was one of the vict1m. Trust me, 99% we as the viict1ms takkan beritahu sesiapa pun sebab bila melibatkan family sendiri, orang yang tak laluinya takkan pernah percaya. Cerita aku mungkin lain dari yang lain.

Mungkin kisah orang lain kebanyakkannya berakhir dengan babak kelam tapi cerita aku akhirnya indah umpama mimpi fantasi. Korang yang baca mungkin fikir kisah aku ni hanya dongengan.

Habistu, dari mana wujudnya dogeng kalau bukan realiti yang mewujudkannya dulu. Gitcheeww… Bismillahirahmanirrahim. Seorang lelaki, anugerah Tuhan dari langit. Babah, nama yang menjadi ‘zikir’ ku setiap hari.

Kembali ke 25 tahun dahulu, kisah aku bermula bila babah dan mama disatukan bukan atas dasar cinta, namun untuk menutup aib keluarga.

Bukan sebab mereka terlnjur atau ditangkap basah tetapi atas sebab yang tidak boleh disebut. Sebagai seorang yang optimis, babah terima mama seikhlasnya walaupun keluarga mama sangat bencikan babah.

Bagi mereka, mama sangat muda untuk berkahwin pada masa tu dan masih ada cita cita untuk dikejar. Tambahan pula, babah bukan lelaki pilihan orang sebab perwatakan babah yang lembut. Jelas, mereka hanya mengutuk luaran tanpa pandang melalui mata hati.

Setahun waktu bergilir, mama disahkan hamil anak sulung, iaitu aku. Hubungan babah dan mama masih umpama ribut taufan. Genap lapan bulan aku di dalam kandungan, ibu kepada babah iaitu nenek pergi mngalkan dunia buat selama lamanya. Sepemergian nenek, keluarga mama mendesak babah untuk cerraikan mama.

Babah bersetuju namun atas satu syarat, iaitu mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya terhadap aku. Tanggal 30 September, hari yang paling bermakna buat babah. Lahirnya Puteri sulung, pewaris keturunan babah.

Terketar ketar suara babah melaungkan iqamat di telinga aku sambil memeluk erat tubuh kecilku. Gugur air mata babah tatkala menc1um pipi halusku. Hari yang sama juga, babah dan mama membawa haluan masing masing.

Namun, janji manis rupanya bersulam racun. Keluarga mama bawa aku jauh dari babah. Sanggup berpindah negeri untuk sorok aku. Remuknya hati babah masa tu.

Hidup babah kosong selepas pemergian ibu tercinta, ditambah lagi dengan kehilangan Puteri kesayangan. Dan bermulalah kisah kelam aku. Dibawa lari bukan untuk disayang sayang. Namun untuk menyakitkan lagi babah, atas dasar terlalu bencikan babah yang kononnya merosakkan masa depan anak gadis mereka.

Bagi mereka, keturunan babah perlu menerima balasan setimpal. Tapi tidakkah mereka sedar, aku juga lahir dari keturunan mereka? Sedih sangat bila ingat. Seusia dua hari, aku dijaga oleh orang lain. Entah siapa yang mereka upah.

Sehinggalah kaki aku mula kuat menjejak tanah, berlari melihat dunia. Keluarga mama ambil semula aku untuk dijadikan boneka. Ditempatkan di stor, di celah celah kotak berlapikkan alas nipis, di situlah aku menumpang tidur. Bayangkan anak kecil yang belum faham erti dunia, yang ketagih kasih sayang dan perhatian orang dewasa dilayan seperti binatang.

Aku ditmpar, dipkul dan dis3pak s3pak bila menangis laparkan susu. Diherdik herdik bila ditukarkan lampin. Kenapalah tidak hantarkan saja aku ke rumah anak yatim.

Biar kurang disayang asal tak dilayan macam binatang. Seawal 3 tahun, aku dikerah membuat kerja rumah. Budak 3 tahun, apa ja yang dia pandai. Disuruh pegang penyapu pun tak reti.

Lalu disebat aku dengan penyapu tu. Disuruh basuh pinggan tak reti, dihempuknya aku dengan piggan. Berbirat birat, lebam, luuka di badan aku tak terkira. Belum kira iiblis bertopengkan manusia yang tinggal dalam rumah tu. Aku mula lega bila fikir masih ada yang sayang pada aku.

Rupanya ada syaiitan di sebalik kebaikan. Yaa, seorang lelaki yang mencalarkan maruah seorang knak knak suci yang belum pandai membezakan baik dan buruk. Bila aku dimarah dan dipkul, dia datang konon memujuk. Bawa aku ke bilik konon untuk cuci luuka padahal tangan liar entah ke mana-mana. Konon mandikan aku padahal ambil kesempatan.

Detik paling aku tak boleh lupa bila dia cuba memasukkan benda tu. Walaupun sedikit, tapi tersangatlah skit bagi budak kecil seperti aku.

Menangis aku meminta tolong tapi tangisan aku di rumah tu dah jadi makanan ruji mereka. Aku trauuma. Aku sangat takutkan lelaki. Semua tu berlaku di dalam rumah keluarga yang dihormati dan pada luarannya nampak harmoni.

Aku tak dibenarkan keluar dari rumah supaya aku tak jumpa orang dan mengadu domba. Menangislah aku sorang diri. Meringkuk di bilik berdebu mengharap keajaiban datang.

Zaman kanak kanak yang sepatutnya indah, menjadi gelap. Aku jadi pendiam. Aku tak lagi menangis, tak lagi melawan dan hanya biarkan aku dijadikan boneka lunyai oleh mereka. Lebih menyedihkan, aku tak tahu nama sendiri. Panggilan yang aku dengar saban hari hanyalah “woi”, “hoi budak”, “anak si4l”, “bod0h” dan entah apa apa lagi panggilan buruk.

Pada masa tu, aku tak tahu siapa mama aku. Aku hanya kenal mereka itu sebagai orang yang ‘menjaga’ aku. Hari hari aku berlalu dengan mengharap supaya nywa aku ditarik. Aku nak m4ti sebab aku tak sanggup lagi nak hadap semua tu. Sehinggalah aku tak ada harapan walau sebesar kuman pun, ketika itulah cahaya itu datang.

Bersinar sinar dan sangat indah. Yaa cahaya itulah babah, lelaki kiriman Tuhan dari langit untuk aku. Rupanya, babah tak pernah berhenti menjejaki aku. Mulanya, keluarga mama tak benarkan babah masuk dan nafikan yang aku ada dengan mereka. Lepas dapatkan bantuan p0lis dan jiran jiran di situ, babah berjaya dapatkan aku.

Meraung babah tengok keadaan aku masa tu. Korang bayangkan seorang budak kecil yang putus asa dengan hidup. Macam tu lah rupa aku pada waktu itu. Babah bawa aku ke hspital dan hasil pemeriksaan dktor meremukkan lagi hati babah masa tu. Lagi lagi bila dapat tahu aku mengalami gangguan s3ksual.

Aku yang pada mulanya sangat trauma dengan lelaki, mula terbiasa dengan babah. Terkedu aku bila dapat layanan umpama seorang puteri.

Babah suapkan makanan, cuci luuka, bersihkan aku, dandan rambut aku dan pakaikan baju yang cantik cantik. Setiap minggu bawa aku pergi terapi dan selalu bawa jalan jalan. Pada masa tu, babah ada mengambil seorang anak angkat. Muda 2 tahun dari aku. Jadi kawan aku setiap masa.

Tiada lagi panggilan “anak si*l”. Semua yang baik baik keluar dari mulut babah. Babah selalu panggil aku dengan gelaran “Puteri” walaupun nama aku tiada puteri sebab babah nak anak gadis dia dilayan macam seorang anak raja. Babah tatang aku bagi minyak yang penuh. Kalau dulu, pegang tangan babah pun aku takut tapi sekarang aku suka berada dalam dakapan babah.

Babah yang ajar aku kenal agama, dari Alif Ba Ta sampai khatam Al-quran. Babah yang ajar sampai kenal huruf walaupun aku lambat kenal semua tu dari kanak kanak lain. Setiap pagi, babah kejut bangun subuh solat sama sama. Babah yang ajar pakai tudung, tutup aurat.

Bila pertama kali datang bulan, babah juga yang ajar macam mana nak uruskan. Babah pimpin tangan, c1um pipi dan lambai setiap pagi kat pagar sekolah. Tak pernah lupa datang ambil report card. Babah jugak yang ajar lipat baju, masak macam macam.

Hebat kan babah. Walaupun aku tak pernah rasa belaian seorang wanita yang bergelar ibu, tapi Allah hadiahkan aku seorang lelaki yang mampu menggalas kedua dua tanggungjawab tanpa culas sedikit pun. Dulu masa mula mula duduk dengan babah, rumah cuma sewa flat. Hasil kerja keras babah, Alhamdulillah 2 tahun lepas babah dah berjaya bina rumah idaman sendiri.

Terharu sangat bila tingkat paling atas rumah babah khaskan untuk Puteri dia. Siap ade auto lock kat pintu. Hikmah bila Allah nak tunjuk yang sebenarnya tak semua lelaki jahat bilamana hidup aku dikelilingi oleh lelaki. Anak angkat babah 2 orang lelaki, pengawal keselamatan lelaki dan pembantu rumah lelaki.

Cuma seorang lagi pembantu rumah perempuan jarang jarang datang sebab dia cuma kemas kemas hujung minggu je. Seorang business partner babah yang kami anggap seperti keluarga juga lelaki.Kalau kalian persoalkan masa silam aku dengan kehadiran lelaki lelaki dalam hidup aku,

tipulah kalau kata aku dah tak trauuma. Aku pernah tanya pendapat babah tentang masa silam yang aku takkan lupa sampai bila bila.

Bagusnya, babah kata tak perlu paksa diri untuk lupa tapi jadikan masa silam tu untuk didik diri sendiri dan keturunan kita menjadi manusia yang lebih baik. Yaa, babah memang lembut tapi bukanlah dilabel sebagai bapok. Babah membesar dengan adik beradik yang semuanya perempuan.

Jadi tak hairanlah kalau lenggok tangan pun dah macam perempuan. Hakikatnya, babah adalah seorang lelaki sejati yang lantang suaranya tapi dalam hati ada taman syurrga. Penuh ilmu di dada tapi tunduk seperti padi.

Bangganya aku dengan babah, boleh jaga anak anak orang dengan baik macam anak sendiri. Sedangkan, ramai ibu bapa di luar sana yang tak menghargai zuriat sendiri. Babah kata maafkan saja mereka yang meluukai aku dulu, mungkin mereka masih jahil ketika itu.

Hari hari aku doa supaya hati ni ikhlas untuk memaafkan mereka walau parut masih dalam. Mana mungkin aku lupa setiap detik tu. Semua kisah di atas adalah ingatan aku yang tak akan pernah padam dan sebahagiannya dari cerita babah sendiri.

Pelik macam mana aku boleh ingat memori pada usia yang tersangat kecil. Tapi itulah hakikatnya, trauma yang aku lalui menguatkan lagi memori aku pada masa tu. Sejak tu, aku tak pernah jumpa lagi keluarga mama. Tapi melalui nama mama pada surat beranak, aku jumpa fcebook mama.

Mama sekarang dah ada keluarga baru. Mungkin itulah keluarga idaman dia.Tersenyum bahagia mama di samping suami dan anak anak. Iri hati aku lihat anak anak mama dapat kasih sayang dari mama. Dalam masa yang sama aku bersyukur sebab mereka tak lalui apa yang aku lalui dulu.

Pagi ni, selepas 20 tahun, rutin kami masih sama. Solat subuh berjemaah dan tazkirah pagi. Dari kecil babah ajar untuk bangun subuh walau terhuyung hayang pagi pagi. Babah ambilkan wuduk dan seret ke tikar sembahnyang. Babah tak pernah jemu nasihatkan kami tentang dunia dan ingatkan kami tentang akhirat.

Babah juga ingatkan anak anak angkat babah supaya mendoakan untuk ibu bapa mereka. Dan ingatkan aku juga untuk sentiasa doakan mama. Aku tak pernah malu untuk pel0k c1um babah. Tak pernah malu untuk pegang tangan babah bila jalan sama sama.

Dan tak pernah malu untuk berlari ke dakapan babah. Walaupun dah besar panjang, babah sentiasa pel0k c1um anak anak. Malah, kami tersangat bangga punya babah sebagai bapa kami. Babah semakin dimamah usia. Sayu aku bila pandang muka babah yang mula terbit kedut kedut halus dan rambut yang mula memutih sedikit demi sedikit.

Babah lelaki yang kuat. Babah lelaki yang paling baik. Disenangi ramai orang. Tenangnya wajah babah, bersihnya hati babah.

Babah, perpisahan tu skit kan. Semoga kita sentiasa bersama sampai syurrga macam yang kita selalu impikan. Terlalu banyak yang perlu ditulis tentang babah.

Tapi biarlah dunia tidak kenal, asalkan nama babah menjadi sebutan penduduk langit.Babah, Puteri sayang sangat kat babah. Terima kasih sebab sayang, jaga, besarkan, bagi didikan yang sempurna untuk Puteri dan adik adik. Terima kasih sebab LINDUNGI anak gadis babah ni. Terima kasih sebab jadi babah kami.

Terima kasih babah. Babah adalah segalanya bagi kami, syurga kami. Babah, lelaki kiriman dari langit yang tak pernah padam dalam doaku setiap hari.

Kredit : cite gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *