Kisah rakyat

Umor aku dh 25 thun. Tak sengaja trsuka bini org ank dah 3. Aku harap sgt dia gduh dgn suami dia.

Assalamualaikum. Terima kasih admin siarkan cerita aku. Aku harap ada yang pernah mengalami dapat tolong bagi solusi kepada aku. Nama aku Haqeem (semestinya bukan nama sebenar). Umur aku 25 tahun. Aku adalah mix.

Mak aku Pakistan dan ayah aku Thailand. Aku di lahirkan di Kelantan dan sekarang keluargaku menetap di Melaka. Aku graduan di salah satu Universiti di Perak dalam Jurusan Sistem Komputer. Itu serba sedikit tentang aku.

Selepas aku bergraduasi tahun 2020, aku menjadi pemandu food panda semasa negara di istiharkan PKP. Pada awal tahun 2021, aku mendapat pekerjaan sebagai IT Executive di sebuah Kilang yang agak besar berhampiran rumah. Sejujurnya, masa zaman belajar aku pernah berkawan dengan 2orang orang gadis. Bukan banyak scandal tapi bercinta putus bercinta putus.

Kedua dua mereka ni memang cantik dan gadis popular di universiti sebab cantik gila macam model. Tapi gadis cantik ni mereka ada perangai gadis “hot” yang tak serasi dengan aku. Mungkin tk semua gdis cntik berperangai macam tu. Aku tak nafikan. Sehingga sekarang aku masih single.

Dekat office aku bekerja, ramai juga gadis cantik dan hot. Aku pun ada cuba berkawan dengan gadis di tempat aku bekerja tapi hanya berkawan bukan untuk bercinta sebab aku nak hubungan kali ini yang lebih serius dan terus ke alam perkahwinan. Dipendekan cerita, setelah 4 bulan aku bekerja, ada seorang gadis baru masuk bekerja sebagai executive di tempat aku bekerja.

Kami berlainan departmen tapi meja dia berhampiran meja aku. Dari meja aku boleh nampak dia. Aku namakan dia sebagai Kelly. Nama english supaya orang tak tahu siapa dia. Kelly ni tinggi orangnya. Putih, pakai cermin mata bulat ala-ala korea, badan tak kurus sangat,berisi sikit dan bertudung agak labuh (tutup dada).

Antara tugas aku sebagai IT Executive ni adalah membuat setting laptop pekerja baru. Aku ada pembantu. Aku cuma setup kan email, akaun Teams dan laptop accesibility.

Selebihnya techician aku yang akan buat. Technician aku juga yang biasanya akan hand over laptop dekat pekerja baru. Tapi, sebab macam cinta pandang pertama, untuk Kelly ni aku sendiri yang buat. Aku sendiri yang serahkan laptop pada Kelly.

Walaupun musim covid, semua perlu pakai double facemask, pandangan mata Kelly sudah cukup buat aku tertarik. Pada awalnya, aku cuma tertarik sebab mata dia yang cantik dan dia orang baru. Tapi lama kelamaan, aku semakin suka pada Kelly walaupun aku tak pernah berborak panjang dengan Kelly.

Perwatakan Kelly cukup buat aku senang.Awal-awal aku sangka Kelly ni sebaya dengan aku dan bujang. Tapi rupanya Kelly ni dah berumur 31 tahu dan sudah berkahwin. Kelly sudah ada 3 orang anak. Terkejut kan? Tapi semua yang tidak terlalu rapat dengan Kelly akan ingat Kelly ni fresh grad. Serius tak macam mak anak 3.

Kelly pergi kerja sangat simple. Blouse labuh, seluar slack, tudung bawal dan beg laptop. Aku dapat tahu Kelly dah berkahwin pun daripada kawan perempuan department aku yang duduk di belakang meja Kelly. Kelly ni agak peramah. Dia suka menegur tapi jarang berborak panjang dan bercerita dengan orang. Dia biasa tekun buat kerja.

Kata kawan aku tu, dia terdengar Kelly bercakap dengan bos dia yang dia terpaksa balik on time sebab perlu menjemput anak dia di taska kerana suami dia tak dapat jemput sebab terpaksa balik lambat. Baru kami tahu Kelly ni sudah berkahwin. Pasal umur, aku terjumpa no IC dan maklumat peribadi Kelly dalam sistem HR yang aku tengah build up.

Tapi yang menjadi masalah sekarang ialah perasaan aku pada Kelly. Aku cuba untuk buang tetapi semakin hari semakin aku suka. Perwatakan dia yang sangat sopan, sentiasa cakap “terima kasih” walaupun just bagi laluan dekat dia. Sentiasa bagi salam bila sampai kerja.

Bagi yang tertanya, aku pernah nampak muka Kelly tak? Aku pernah nampak. Kelly letak gambar passport dekat DP Teams dia. Senyum sangat manis. Aku juga pernah nampak muka Kelly masa makan di kantin. Jujur cakap Kelly ni muka dia tak la cantik gile macam gadis yang aku bercinta dulu.

Tapi muka Kelly ni muka yang manis dan sedap mata memandang. Tapi mata dia memang cantik. Aku cuba pujuk diri aku untuk lupakan Kelly sebab dia isteri orang. Tapi makin aku buat makin aku suka Kelly. Pernah sekali tu Kelly datang kerja pagi tu macam biasa.

Dalam pukul 9pagi, kelam kabut Kelly kemas barang n balik. Aku punya risau, mngalahkan suami dia. Sana sini aku tanya kenapa Kelly balik. Rupa-rupanya suami Kelly positive covid dan Kelly close contact. Masa tu, aku cukup risau.

Aku berdoa supaya Kelly negative. Hari-hari aku suruh kawan aku tanya keadaan Kelly. Sampai la hari ke 3, Kelly pulak positive. Aku risau gila. Hari-hari aku doa supaya Kelly cepat sembuh. 3 minggu Kelly tak masuk kerja.

3 minggu juga aku rase xsemngat nak kerja. Hari-hari aku tengok Teams Kelly online ke tak. Macam orang tak keruan. Aku cuba untuk menegur dan berborak dengan Kelly. Tapi mcm biasa, dia akan tegur balik tapi untuk berborak kosong dia susah sedikit.

Mungkin menjaga batas atau dia memang jenis tekun bekerja. Sepanjang hampir 8 bulan Kelly bekerja, tak pernah lagi aku nampak Kelly berborak panjang dengan lelaki walaupun satu departmen.Aku berjaya dapatkan nombor telefon Kelly. Aku cuba whatapps Kelly. Kebetulan memang ada hal kerja aku perlu tanya dia.

Tapi Kelly 100% respon hal kerja sahaja. Dan dia tak layan gurau yang cuba aku buat. Pernah juga aku berdoa supaya Kelly jadi jodoh aku. Aku berharap yang suami Kelly melepaskan Kelly.

Kadang- kadang, aku terbayang yang Kelly bergaduh dengan suami, dan aku tenangkan dia. Bila aku tersedar, aku rasa diri aku teruk kerana berharap kehancuran rumah tangga orang. Aku pernah cuba berkawan dengan gadis single di office, kesudahannya aku yang sakit hati sebab aku tak berjaya buat Kelly cemburu.

Apa yang trigger aku buat luahan ni ialah baru-baru ni aku nampak Kelly jln terhincut. Aku punya risau, aku mintak kawan meja belakang Kelly siasat. Dia s1asat walaupun tak suka aku kacau bini orang. Rupa-rupanya Kelly terseliuh masa turun dari tangga production masa buat line sport check. Aku pulak yang serabut kepala sebab tak dapat tolong Kelly.

Lagi buat aku sakit hati bila aku nampak suami Kelly hantar Kelly ke office. Rasa cemburu yang membuak. Bila aku sedar, aku tak ada hak untuk cemburu. Aku perlukan pertolongan pada siapa yang ada pengalaman macam aku. Apa perlu aku buat. Maaf dengan penulisan yang terabur dan ayat tak berapa formal. – Haqeem (Bukan nama sebenar).

Antara komen komen netizen.

Netizen 1 – Bagi jela nasihat yg elok2. Mamat ni bukan over pon sampai nak kacau lebih2, atau smpai ada harassment ke ape, beria betul korang komen smpai nak cucuk mata la bagai.

Tu ujian utk dia, ujian utk kita pulak nanti ntah2 lagi hebat. Jgn persendakan org sesuka hati

Netizen 2 – Jangan dik…kalau pun tak fikirkan pasal suami dia,fikir pasal anak anaknya.Biarlah diorg hidup bahagia tanpa gangguan. Cuba cari jalan utk jauhkan diri dari dia.

Berhenti ambik berat pasal dia.Lagi awak cuba utk ambil tahu pasal dia,lagi sakit awak rasa nanti.Dah dah…gi ngorat org lain k

Netizen 3 – Kalau susah nk lupa, cuba move on dgn try tukar tmpt kerja.. hati kita ni Allah yg pegang maka berdoalah bnyk2 pd Dia supaya berjaya buang perasaan tu.. berdosa bila ade niat nak runtuhkan rumahtangga org.

Fikirkan jugak nasib 3 org ank kelly jika anda berjaya pisahkan ibu bapa mereka.. jgn jd manusia yg pentingkan diri sendri akibat terlalu turutkan rse hati.. ikut hati m4ti, ikut rasa binasa. Percayalah.. membina bahagia ats derita orang lain ni tak kemana.

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *