Uncategorized

Mak ayah tolak keras cadangan nikah gntung, Akhirnya kami nekad buat ssuatu tanpa pngetahuan famili.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Salam.. Kebahagiaan itu Milik AIlah.. salam semua,sekadar ingin berkongsi cerita.diharap cerita saya dapat di jadikan teladan buat anak2 muda.

Pada tahun 2011, ketika saya masih berada di universiti untuk menghabiskan degree saya, saya ada berkenalan dgn seorg lelaki (saya nama kan dia sebagai F) yang merupakan pelajar perubatan. Beza umur kami 4 tahun. semuanya indah ketika bercinta.. sampailah kami rasa banyak melakukan d0sa ketika couple. couple kan berd0sa.

Jadi kami mengambil keputusan untk berkahwin (walaupun tak ada duit dan masih belajar). asyik terikut ikut budaya ‘nikah gantung’ dengan niat berkahwin dan tidak mahu terus melakukan mksiat. Si F datang berjumpa mak ayah saya dan menyatakan niat untuk bernikah gantung. tiada kenduri, hanyalah akad nikah (secara tertutup) dan hanya dihadiri keluarga.

Tiada nafkah yang akan diberikan buat si isteri dan segala keperluan si isteri masih dibawah tanggungan keluarga. Cuma bezanya hubungan kami akan halal. tapi mak dan ayah tidak bersetuju kerana nikah gantung dilihat akan membuatkan si suami tak brtanggungjawab atas isteri dan hanya ingin sedap sahaja.

kami berdua kecewa dengan keputusan mak ayah saya. jadi kami membuat keputusan utk nikah di siam senyap2 hanya diketahui oleh kawan baik saya dan kakak saya, itupun selepas kami bernikah. Selepas seminggu bernikah, semuanya dilihat baik2 sahaja. semua rahsia disimpan rapi oleh kami berdua.

selepas sebulan bernikah, mulalah timbul pergduhan. kami tinggal berasingan kerana masih belajar. cuma sebulan sekali jumpa dan tinggal di h0tel 1 malam. Betullah orang kata, bernikah dengan membelakangi orang tua dan tanpa restu ibu bapa, memang rumah tangga tak kan bahagia.

Macam2 F lakukan pada saya. dia menolak hak saya, saya minta nafkah rm 50 sebulan. hanya bulan prtama di berikan. Bulan2 sterusnya, dia mula m4ki, mnjerit, mend3ra emosi dan fikiran saya.

Dia pernah lempar duit ke atas muka saya hanya disebabkan saya menuntut hutang RM 150 darinya. Dia pernah menjatuhkan talak 1 ketika kami baru 3 bulan bernikah. pda bulan ke 5 pernikahan kami, hubungan kami makin teruk. pelajaran terganggu.

Setiap malam saya menangis. alhamdulillah, kawan baik saya sentiasa di sisi. dia banyak memberi semangat kpd saya. Pd 1 hari, Akibat terlalu tertekan saya drive sorang2 naik ke Genting untuk tenangkan fikiran saya tak minta izin dari F sebab dia dah banyak hari abaikan saya.

Call tak angkat, wassap tak reply. alasan sibuk belajar. balik dari genting, F call saya. Dia tanya saya pergi mana sebab saya tak agkat call dan balas mesej dia. saya cakap saya naik Genting untuk tenangkan fikiran.

Dia tudoh saya naik dengan lelaki dan ketika itu juga dia lafazkan cerrai talak 2. ketika dalam tempoh edah, si F berkata dia tidak berniat untuk rujuk dengan saya dan sedang dalam hubungan dengan seorang perempuan jurusan yang sama dengannya.

Sejak dari itu, saya sedar selama ni, saya di permainkan oleh jntan tak guna seperti si F. Mudahnya jatuhkan talakk dan mudahnya cinta beralih pada perempuan lain.

Saya dekatkan diri dgn AlIah, abaikan semua mesej dari F, dekatkan diri dengan keluarga, tumpukan perhatian pada study. Mudanya saya menjadi janda, iaitu ketika baru berumur 20 tahun. Allah maha Hebat, Dia temukan saya dgn suami pada ketika saya berumur 23 tahun. berkawan 10 bulan, terus bernikah.

Kali ini dengan restu ibu bapa dan kenduri diadakan besar besaran. alhamdulillah, suami saya sempurna segala galanya. dia juga seorg dktor. dari keluarga yang baik2. sangat2 bertanggungjawab walaupun sibuk dgn kerja, baik budi pekerti, hormat orang tua, lemah lembut sangat.

Tahun ini masuk 3tahun usia perkahwinan kami, dikurnikan seorang anak lelaki berusia 1 tahun 2 bulan. Allah juga kurniakan saya mak ayah mertua yang sangat baik, tak dapat nak ceritakan semua kebaikan mereka, hanya Allah saja yang tahu.

Saya sangat bahagia dengan apa yang Allah berikan pada saya. tak semua orang dapat merasakan bahagia sepertimana yang saya rasakan. Saya bersyukur AlIah temukan saya dengan suami saya sekarang.

Atas segala keperitan yang pernah saya lalui sebelum ini, dengan penuh kesabaran dan kuat pegangan pd kehebatan AlIah, AlIah kurniakan segala gala yang saya tak pernah bayangkan.

saya doakan semua pasangan yang membaca ketika ini, juga dikurniakan kebahagiaan dalam rumah tangga. Walaupun masih panjang perjalanan kehidupan rumah tangga kami, saya harap semua dapat mendoakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat.

Semoga cerita saya dapt dijadikan pengajaran buat anak2 muda yang mahu bernikah dengan membelakangi keluarga. Perkahwinan bukan mainan. perkahwinan penuh dgn tanggungjawab dan belas kasihan pada pasangan. perlunya give dan take.

Fikirlah sebaiknya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.Tolonglah jangan terikut2 dengan budaya kahwin sbb nak jauhi mksiat. Betulkan niat utama untuk berkahwin. restu dan doa mak ayah adalah kunci utama kebahagiaan rumah tangga.

Kepada yang pernah gagal dalam perkahwinan, sesungguhnya bahagia itu milik AIlah. Yakinlah dengan sepenuh keyakinan pada AIlah, pasti AIlah temukan bahagia buat anda. Maafkan saya jika ada perkataan atau bahasa yang menyinggung mana2 pihak. semoga dapat dijadikan teladan. tq. wsalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *