Kisah rakyat

Abg, baliklah. Anak2 rindu. Aku izin suami kawin lg lps pranakan diikat. Tp xsangka akhirnya suami lupa janji.

“Aku izinkan mereka bernikah”

Thanks admin sebab approve penulisan aku ni. Thanks jugak yang sudi bagi pendapat dan support aku. Aku nak kan semangat je. Salam dan hi korang. Aku istri pertama. Ye suami aku ada dua bini. Bini ke dua memang lagi cantik dan muda dari aku. Hati aku? Tak dapat aku gambar kan.

Aku ada 5 orang anak. Semua comel comel dan memang semua bijak pandai. Suami aku baru nikah dengan madu aku tu setahun lepas. Ye aku tahu. Aku sendiri terima dengan hati terbuka. Dari dia org buat maks1at belakang aku, aku bagi je izin dorang kawen.

Aku tak tau sakit nya macam ni. Sungguh aku taktau. Sakit sangat. Walau pun aku tahu aku sndiri yang bagi. Tapi. Ye m4du aku tengah pregnant sekarang ni. Dia muda dan orang kelulusan tinggi. Aku? Dulu belajar madrasah je.

Aku tahu aku tak berapa pndai nak bandingkan dia. Aku lahirkan anak anak aku secara czer. Yang last ni aku dah ikat. Sebab doc kata bahaya untuk rahim aku. Yang bongsu ni umur 2 tahun. Comel sangattt, hihi aku sayang anak anak aku.

Tapi sejak kebelakangan ni suami aku pelik, dia tak berapa hiraukan aku. Mungkin penat sebab madu aku tengah pregnant. Tapi aku perlukan perhatian jugak. Asyik pergi umah sana je.

Anak anak aku tanya, “ummi! Abiy mana?”. Apa aku nak jawab? Aku kata, _abiy keje dengan mommy kat luar”. Anak anak aku memang kenal madu aku ni.

Aku sedih, bila mana madu aku upload gambar sweet sweet dengan husband aku. Seronok aku tengok, tapi airmata aku jatuh. Aku sedih. Aku rindukan suami aku yang dulu. Yang selalu ada dengan aku. Mana dia pergi? Kalau sape sape jumpa, bagitau dia. Aku rindu ni. Hmm

“Dulu abang cakap takkan duakan…”

Dulu aku ingat lagi, aku kawen ngan dia, motor je ada. Dari kena brhenti keje sampai dah ada keje sampai dulu takde business sekarang dah ada business sndiri. Aku senyum je ingat balik kenangan kita semua. Abiy ingat tak agak agak nya ye?

Ye, madu aku sama. Pakai niqab. Budak Universiti. Aku tahu dia baik. Tapi hati aku ni kenapa tak baik baik. Hmm aku cuba redho. Allah kuatkan aku. Aku ingat lagi, dulu abang kata abang takkan dua kan saya. Abang akan sayangkan saya sampai bila bila.

Tapi lepas saya ikat dan tak dpat mengandung abang tak nak saya dah ke? Abang tahukan, saya perlukan suami disisi saya, saya tahu abang mungkin dah lupakan saya. Abang pun jarang balik dan jenguk anak anak. Hmm

Harini anniversary kita, abang tak wish pun. Syang tengok kat FB abang, abang upload pergi makan dengan dia. Happy nya abang. Hmm takpe lah. Mungkin abang terlupa, mana tahu kejap lagi abang balik surprise kan syang kan? hihi tak sabar nya.

Abang.. Ingat lagi tak, dulu kita naik motor sama sama sampai anak 2 orang, berpanas berhujan. Kita redah je. Abang ingat tak yang dulu kita pergi zoo bawak anak anak, kita amek gambar sama sama.

Abang ingat tak? Yang kita gelak kan Iman sebab dia kena kejar monkey tu. Lawak kan abang? Mana abang dulu?

Sayang rindukan abang yang dlu. Kalau ada sesiapa jumpa suami saya, suruh lah dia balik. Saya rindu ni.

Ingat tak dulu, tiap kali abang demam, abang mintak nak bubur sayang masak.

Sedap kata abang. Kalau abang tak sihat, abang balik lah. Sayang masakkan lagi untuk abang. Abang makan banyak banyak tau. Biar gemok hihi.

Abang.. Sayang rindu ni.. Raya pun abang raya dengan dia. Sayang tak marah, sayang cuma rindu. Sayang tahu, abang selalu marah kat sayang sebab sayang suka bebel.

Sayang selalu merajuk. Sayang suka nangis. Sayang janji tak buat dah. Abang balik lah. Sayang kesian tengok anak anak.

Sayang sedih tengok anak anak tnye abang. Baju raya abang pun tak sempat abang pakai lagi. Masih tergantung dalam almari tu.. hmm

Kalau abang dah tak marah, abang balik tau.. Kalau Intan ada baca ni, suruh lah abang balik Intan.

Kakak rindu. Anak anak rindu… Kakak tak marah intan dan abang. Kalau ada yang jumpa suami aku, suruh dia balik. Kami tunggu.. Istri mu yang merindui.

Antara komen komen ntizen :

Jamaliah liah : Dik usah susah hati. Adik dah buat yg terbaik bagi semua pihak. Demi masa depan, utk anak2 mendapat kasih sayang, pendidikkan.

Biarlah suami beralih arah sekejap ajer. Masa berlalu anak2 membesar, x perlu dirayu pada lelaki yg x ada hati, ikut nafsu dah tua akan lesu, didiklah anak2 dgn kasih sayang disitu ada kasih sayang yg sejati.

Biarlah org gembar gembur difb, gahnya x kemana. Realitinya adik dgn anak2 tenang. Buktikan hidup adik dan anak2 dah lengkap, anak bin dan binti tetap pada bapanya.

Usah dirayu org x sudi jengok x mti, anak2 tetap membesar dgn kasih syg ibu. Yakinlah pada Allah…syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

Alina Md Saad : Suami adalah pinjaman dari Allah semata2.bila2 Allah akan ambil.. berhenti meratap..berdoa pada Allah yang Maha Berkuasa..hanya Dia yang mengetahui kesengsaraan puan..

semoga puan ditemukan dengan kebahagiaan sebenar..kuatkan semangat beri perhatian pada anak2..InsyaAllah Allah mendengar doa dan rintihan puan..

Suhaila Zaidul : Klu pompuan tu baik,xlah dia hancurkan hati pompuan lain.pas tu menunjuk2 kt s0cmed.sabar la dik.dunia ni sementara.mengadu pd Allah.

Allah sentiasa ada bersama kita.jaga anak baik2.jadikan mereka hamba Allah yg beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *