Kisah rakyat

Tiba2 mak ciom aku nangis2. Mlm tu mak pergi. Sjak tu mak ayah buat dosa tanpa malu dpn kami adik beradik.

Kakak Buntu, Patut Ke Cerrai?

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Aku Nur dan baru 18 tahun. Mungkin ada yang anggap aku terlalu muda nak buat confession. Aku nak luah je dan kalau ada komen komen positive/negative, aku okay je. Aku belum kahwin lagi, ni kisah parents aku. Sedikit info pasal aku. Aku sulung dan ada 2 adik lelaki, Epul dan Muhd. Mak 30an dan ayah 40an.

Pada malam 23 may, mak ayah aku gduh teruk dekat bilik sebelah sampai baling baling barang. Kuat kot sampai aku pun susah nak tido. Bunyi tempat kracker biskut besi yang berisi banyak duit syiling terhempas dekat lantai. Tiba tiba mak aku masuk bilik aku dan kiss aku nangis nangis.

Yang buat aku terkejut, dia bawa beg macam nak pindah rumah. Barang make up semua dia bawa. Dia start kereta dan terus jalan. Ayah aku pun macam baru lepas nangis and dia dekati aku cakap, “Kak, mak minta cerrai”.

Since then, mak aku tinggal berasingan dengan ayah. Tapi belum bercerrai ya. Kami masih tinggal di daerah yang sama. Tapi tu lah, jumpa sekali sekala je. Sejak dari hari tu, semua benda huru hara je dekat rumah.

Satu demi satu masalah jadi. Ada saja yang tak kena. Aku pilih masuk f6 dan tolak unisza (sedih sangat masa ni). So aku lah yang jaga rumah dan adik adik aku. Kemas rumah, masak apa bagai. To be true, ayah aku ni kaki ar4k. Bayangkanlah sehari, minimum dia minum pun 3 tin.

Aku tau sebab aku tengok, aku observe. Aku dekat sikit je, confirm bau ar4k. Aku kecewa sangat kenapa dia tak mampu nak cover cover sikit depan adik adik aku. Setidaknya kami adik beradik tak jadi macam dia. Sikit sikit teguk air haram tu. Terang terangan di depan kami. Jarang sangat la tengok dia minum air biasa. Perut dah memboyot sangat effect ar4k melampau.

Ada satu malam tu, kami pergi lawat kawan ayah di kampung. Dia boleh suruh adik aku epul, belikan diorang ar4k dekat kedai runcit sebelah.

Aku terus keluar pergi kereta, nangis macam nak mati sebab sedih plus marah yang teramat. Sampai nya hati dia suruh adik aku beli. Aku tak nak adik aku jadi macam dia. Aku nangis sungguh sungguh dan pandang langit.

Aku tadah tangan berdoa dan ada selitan kekesalan aku dilahirkan dalam keluarga toksik ni. Paling tak boleh blah, dia ni kaki perempuan. Setiap tahun dia akan kantoi curang, kadang dengan orang yang sama. Kadang orang yang berbeza. Dan mesej mesej berbaur lcah yang dia hantar pada anak dara, bini orang.

Bila mak aku tanya, kenapa buat macam tu? Ayah aku jawab, saja nak main main. Boleh pula benda serious macam tu ayah aku buat main. Masa aku 6 tahun, aku dan ayah aku nak pergi mandi kolam tanpa ibu.

Dalam perjalanan nak pergi, dia stop tepi jalan dan bawa masuk seorang gadis 20an untuk bersama sama kami menghabiskan hujung minggu. Aku baru tau gadis tu tinggal di apartment yang sama dengan kami. Eh macam kebetulan pulak kan. Nope. Ayah aku yang simpan dia dekat situ tanpa pengetahuan sesiapa.

Bila dia mabuk, dia start tak waras. Aku dengan mak aku masa tu pergi bundle. Kebetulan masa tu aku silent kan phone and mak aku pula bateri habis. Lepas je aku masuk kereta dan cek message, ada 8 missed calls ye gais dari ayah. Dan message dari ayah aku. Dia cakap,

“Apasal tak angkat phone? Dah mati ke semua orang?”.

“Kau ni memang si4l lah kak”.

“Kau ni memang bdoh”.

Aku pun apalagi, terkilan habis lah. Walhal tak lama mana pun kami dekat bundle tu. Aku mampu nangis dalam hati je. Bila aku jumpa dia face to face, buat buat tak tau je. Dia tak minta maaf pun sebab berkasar dengan aku. Masa hari raya, mak dan ayah aku balik rumah nenek berasingan. Aku ikut mak aku time tu dari rumah dia. Adik adik aku pula ikut ayah dari rumah kami.

Kami jalan lain lain hari. Perjalanan dalam sejamlah. Sepanjang dalam sejam tu, mak buka banyak cerita yang buat aku sumpah terkejut. Dia mengaku sepanjang duduk berasingan dengan kami, dia dah ada skandal baru yang baru berusia 27 tahun. Aku kasi nama Hazil. Start cerita pasal Hazil ni aku dah pening.

Ceritanya macam ni, masa 2017 ayah aku keja outstation dalam 4 5 hari macam tu lah. Mak aku hairan kenapa kawan sekapal ayah aku tak outstation sama.

Rupa rupanya kapal rosak dan mana ada outstation pun. So kantoi la ayah aku tak pergi outstation. Mak aku nervous lah, so dia usaha cari sapa yang tinggal area tempat outstation ayah aku yang boleh jadi spy. Last last terjumpa lah si Hazil ni yang boleh diharap jadi spy.

Spy punya spy, Hazil tangkap gambar ayah aku masuk hotel dalam keadaan yang mencurigakan. Buat apa kat hotel kalau tak jd outstation? Sedangkan rumah dekat je nak balik. Confirm jumpa perempuan lain dekat hotel. Tu mak aku yang cakap lah. Mak aku dengan Hazil ni kawan je mula mula. Tup tup end up bercinta. Sebab kononnya jalan cerita diorang sama.

Hazil ni pun kena tinggal wife dia sebab ada orang lain. Nak muntah pun ada. Childish punya grown-ups. Mak aku sambung lagi, masa malam diorang gaduh teruk tu ayah aku kantoi yang dia message lcah dengan perempuan lain. Untuk kali ke berapa, entah.

Siap send gambar gambar tak senonoh. Ayah sempat memburukkan mak aku dekat perempuan tu. You know what? Aku tak heran pun ayah aku buat benda benda tu. Sebab aku dah lama dah observe dia. Duk perhati perangai ayah. Dia je yang tak sedar.

Mak aku sambung nangis. Dan dia tanya, kalau dia bercerrai dengan ayah aku, aku okay ke tak. Aku diam je. Walaupun masa tu marah nya aku dekat mak ayah membuak buak. Mak aku cakap, dia masih sayangkan ayah aku even ayah dah berbelas kali curang dan patut ke dia mulakan hidup baru dengan Hazil. Atau better sendiri?

Pening doh. Kenapa budak Hazil ni muncul tiba tiba. Merumitkan keadaan. Mak aku selalu puji Hazil ni baik la, matang lah.

Syaiitan kalau dah cucuk jarum, memang semua benda indah je, mak. Nak je aku cakap macam tu. Kalau betul lah Hazil ni matang, kenapa dia nak bina masjid dengan meruntuhkan masjid lain? What a selfish move, man!

Hazil siap post dekat fb, video suami isteri tengah solat sama sama. Caption dia “one day..” haha, kelakar siot. Gambar dp pun pic mak aku. Aduhai anak muda. Ke mana akal waras dan matang mu yang mak aku selalu sebut sebut kan?

Sedar ke mak aku tu masih wife orang? Mak aku selalu pergi clubbing. Setiap minggu dia akan pergi club. Banyak sangat kenalan dia dekat sini. Maklum lah, dia ni cantik dan berduit. Kerja pun beautician. Korang fikir kalau pergi club pakai jubah berpurdah ke? Hmmm..

Kalau aku tido rumah dia, malam malam confirm dia dating dengan Hazil atau pergi club malam. Dia akan pesan jangan lupa kunci pintu apa bagai dan inform aku dia pergi mana. “Kak, mak pergi clubbing jap okay”.

Kami sangat rapat ye guys sampai kan tiada rahsia antara kami. Dia percaya aku. Mak aku anggap aku macam kawan dah. Sedangkan aku sangatlah benci dengan apa yang dia buat.

Kalau dia tau aku buat confession ni tanpa pengetahuan dia. M4ti gueh. Mak ayah aku, diorang dua buat salah memang tak cover cover dah. Tunjuk je terus depan anak anak. Diorang tak sedar pun dalam otak aku ni macam macam dah fikir nak buat apa one day.

Aku plan nak duduk jauh dari family dan bawa adik adik aku. Aku sanggup tanggung makan minum adik beradik aku. Dan tekad nak buat duit banyak banyak one day. Satu benda yang aku malas nak mengaku, yes. Aku masih sayangkan parents aku. Aku sedih bukan sebab perangai diorang je.

Tapi disebabkan diorang sangatlah baik dengan aku dan adik beradik. Ayah aku time mabuk je tak waras sikit. M4ki h4mun aku time m4buk. Bila dia tak m4buk, dia berubah jadi orang yang sangat lain. Lain sangat. Dia selalu minta maaf kat aku sampai nangis nangis. Belikan aku hadiah, cake untuk cover kesalahan dia yang semalam. Apa aku nak, semua dia try penuhi. Macam aku pula bini dia.

Baru baru ni belikan pula aku scooter supaya senang nak pergi sekolah (kan aku form 6). Aku benci bila aku rasa serba salah.

Aku benci bila nak kena lupakan kesalahan dia kat kami sebab tak mampu jalankan tanggungjawab as ayah yang baik. Haah, aku memang pendendam. Mak aku pula dia dah bekerja siang sampai malam, sampai sakit sakit. Kena pula breast cncer (walau belum tahap serious).

Dia tanggung banyak benda dalam rumah. Lampu, air, groceries. Siap berjaya buka kedai runcit kecil kecilan (pak cik aku jaga). Setiap minggu bagi aku duit belanja. Bukan sikit sikit ,banyak sangat. Dan dia lah orang yang selalu bagi aku semangat bila aku sedih atau akademik aku merudum.

Mak aku lah yang ceriakan suasana bila rumah kami kucar kacir sebab ayah buat hal. Kami dah lalui macam macam bersama as family. Kami jual ikan dekat pasar, jual baju bundle, sayur dekat pasar pagi. Sampai lah ada kedai runcit sekarang.

Ada 2 kereta, 2 motor. Walhal dulu kami hanya mampu beli motor sebuah. Sekarang tinggal di rumah yang quiet selesa. Aku rindu suasana kami jalan petang petang pergi taman dan singgah beli pisang goreng. Dalam kereta, makan gelak sama sama. Buat lawak hambar.

Aku rindu kami makan malam satu meja, di mana ayah tunjuk skill masak tomyam pedas ala ala restoran mahal. Mak puji masakan ayah tak sudah. Aku rindu kami bersihkan halaman rumah petang petang sebab kami tanam pokok cili banyak depan rumah. Dan semua orang happy je buat kerja.

Tapikan, semua benda tu lama dah kami tak buat sebab semua orang buat hal masing masing. Semua orang tengah sedih dan semua orang terluka sebab perangai masing masing. Nak nangis berduka pun malas dah. Harapan nak berbaik? Haha, mak ayah lama dah duduk asing asing. Memang salah di sisi agama dan dah kira jatuh talak sebab dah berbulan bulan.. Tapi, apa aku mampu buat? Aku budak je kot.

So how readers? Patut ke proceed dengan pencerraian?

Aku nak juga tau apa patut aku buat as kakak buntu? Apa aku patut nasihat parents aku?

Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *