Kisah rakyat

Hanya 8 bln, aku pulangkan blk suami pd mertua. Aku kegugguran, mertua hnya trtawa. Cukuplah aku lihat suami tersiksa.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Terima kasih kepada pembaca yang memberi sokongan dan galakan untuk diri ini terus hidup dengan bahagia.

Ada yang mempersoalkan mengapa saya tidak berterus terang? Memberitahu dan war war kan yang saya mempunyai segalanya? Maaf para pembaca, itu bukan diri saya.

Untuk part 1, klik link di bawah.

Jatuhnya talak gara2 mertua. Melopong mertua bila tau semua harta milik aku. Aku pulangkan blk anaknya hnya dlm msa 8 bln.

Jatuhnya talak gara2 mertua. Melopong mertua bila tau semua harta milik aku. Aku pulangkan blk anaknya hnya dlm ms 8 bln.

Saya dilahirkan didalam keluarga yang mementingkan kesederhanaan. Walaupun ibu adalah bekas professor di Universiti terkemuka dan berpangkat Datuk, tapi ibu tidak pernah mewar2kan pangkat dan darjatnya.

Hanya segelintir umum yang mengetahui mengenai latar belakang keluarga saya. Ibu selalu berpesan, menangkan hati seseorg dgn akhlak dan kebaikan. Tataterbit yang baik apatahlagi kepada warga tua.

Ibu sudah berpencen, dan hidup bahagia di kampung halaman seperti orang lain.Aruwah nenek cukup sayangkan ibu (menantu). Sampai keakhir hayatnya nenek tidak tahu sangat latar belakang ibu. Nenek hanya tahu ibu adalah cikgu.

Sewaktu nenek sakit, ibulah yang sanggup menjaganya dan nenek memberi kasih sayang yang tidak terhingga kepada kami sekeluarga. Saya mengambil contoh ini untuk kehidupan saya. Bukan saya terlalu berahsia, pertemuan pertama bersama bekas mentua juga menjadi alasan mengapa saya terus berahsia.

Bagi saya, sekiranya seseorang itu tidak memberi respek dan melayan orang lain dengan sama rata, dia bukanlah seseorang yang boleh dipercayai untuk kita beritahu segala latar belakang hakta pekerjaan sekalipun. Warga pembaca, bekas suami saya seorang yang baik. Tetapi dia bukanlah anak kegemaran ibunya.

Hanya dialah satunya anak yang tiada degree. Suami sebelum ini tahu serba sikit latar belakang saya. Kerana tidak mahu dia dipandang lekeh, saya tidak beritahu kepada family mertua tentang kelulusan saya. Suami kerap diperli dari kecil kerana tidak pandai.

Sehinggalah dia mendapat jawatan tetap di government, pandangan mereka sikit berubah. Selepas saya dih1na oleh bakal mertua dihari pertama kami bertemu, saya membawa diri dan putus segala kontak dengan bekas suami.

Bagi saya ibu adalah utama, sekiranya ibu tidak merestui, pasti perkahwinan ini akan jadi sia sia.

Tetapi disebabkan bekas suami mempunyai masa silam yg sulit, dia mempunyai tahap depr3si yang tinggi. Sehingga hampir membnuh diri kerana tertekan saya meninggalkannya. Berkat solat dan nasihat ibu, sy menerimanya dan memang dialah suami yang terbaik untuk diri saya.

Suami sebelum ini menyewa rumah saya bersama kawannya. Selepas kami kahwin, kami terus tinggal disitu dan sebab itulah mertua sangkakan rumah itu adalah rumah suami. Ibu mertua pernah mengatakan jika rumah itu rumah saya, dia tidak akan jejak kaki kerumah kami.

Sebab itu saya hanya diamkan diri kerana dalam hati saya, saya menghormatinya dan cuba untuk menjadi isteri dan menantu yang baik. Kebetulan mertua sakit, dan tiada yang sudi menjaganya.

Saya pula bekerja sendiri dan mempunyai masa sendiri. Saya pikul tanggungjawab menjaga kunci syurrga suami saya walaupun diri ini tidak disukai.

Ibu saya selalu menasihati, sekiranya diberi racun, balaslah kembali dengan manisan. Itulah yang saya lakukan sehingga 8 bulan.

Saya sudah cukup bertahan, sehinggalah saya hampir meroyan selepas dih1na dan dalam keadaan berpantang akibat kegugguran.

Mertua.. ketawakan saya apabila suami beritahu saya keguguran. Baginya tidak perlu ada anak bersama saya kerana saya keturunan orang miskin. Mengapa saya memohon fasakh? Ini kerana mertua saya terlalu mendera emosi suami sehingga dia tidak dapat bekerja buat sementara waktu.

Suami sudahlah memang ada depresi, ditambahkan lagi dengan sikap mertua yang tidak sudah sudah membennci saya. Saya menjadi rasa bersalah kerana ini adalah disebabkan saya suami ditudoh anak derhaka.

Saya slow talk dengan suami, saya mengatakan jika kita pertahankan perkahwinan ini, kami berdua akan sakit.

Dia tidak dapat memilih antara saya dan ibunya kerana dua dua adalah nyawanya. Sebab itulah saya memilih untuk membawa diri. Para pembaca sekalian, bukan mudah untuk saya membuat keputusan ini.

Memang dengan menyebut 8 bulan usia perkahwinan itu dikatakan terlalu awal, tapi bagi kami yang merasai sendiri diibaratkan 800 tahun lamanya kesakitan yang kami rasai.

Suami bukan tidak mahu bercakap benar, dia sendiri mengatakan buat apa kita beritahu war2kan harta untuk orang sayangkan kita?

Dia tidak pernah culas memberi nafkah. Buat dua tiga kerja kerana ingin cukupkan nafkah untuk saya dan ibunya. Dia memberikan rm700 dengan harapan ibunya akan diam dan tidak menyerang saya. Tetapi harapan hanya tinggal harapan.

Sikap ibu mertua makin hari makin tidak ada pertanda untuk berubah. Saudaraku sekalian, kita tidak perlu membeli hati manusia dengan harta benda apatalagi sekiranya kita adalah wanita.

Kerana tugas mencari rezeki adalah tanggungjawab sang suami. Memang ada yang katakan dunia sekarang kita perlu sedikit show-off, but ini bukan prinsip saya sekeluarga.

Saya maafkan semua orang yang pernah sakiti saya. Dan suami juga sudah redha dengan keadaan keluarganya dan tidak mahu mendera perasaan saya lagi.

Sebab itulah keputusan perpisahan adalah terbaik buat masa ini. But mana tahu satu hari nanti kami dijodohkan semula? Itu urusan Allah yang kita tidak boleh menduga.

Biarlah saya merawat hati dan pulihkan keadaan diri saya sendiri dahulu. Apa yang saya ada sekarang adalah datang dari rezeki Allah dan usaha penat lelah yang tidak patut dipersoalkan oleh sesiapa.

Ingatlah pesanan dari seorang pujangga.. Jika seseorang boleh menerima dirimu disaat kamu tiada apa apa, percayalah dia akan bersamamu disaat kita mempunyai segalanya.
Sekian… Salam kasih, Laila.

Reaksi Warganet

Nerges Mat Said – Saya pernah melihat kes seperti ni. Pasangan bercerrai selama 11 tahun kerana mertua. Masing masing tak berkahwin. Sebelum mak mertua meninggal dia minta anak dan bekas menantunya berkahwin semula.

Sekarang pasangan tu hidup bahagia dengan cucu cucu. Semunya aturan Allah, ada hikmahnya.

Asnidar Anuar – Macam tak boleh diterima akal masa mula mula baca. Tapi tak boleh dinafikan, manusia ni memang berbeza beza perangai dan perwatakannya. Keputusan pun dah dibuat. Mungkin TT cuma nak berkongsi cerita supaya dia pun tak depr3ss.

Tak perlulah kita nak nilai betul ke salah. Mungkin jodoh diorang memang sampai sini je.

Namun, sekiranya masih ada sayang dekat suami tu, berbaiklah. Ujian rumahtangga tu bukan mudah. Lain lain ujiannya nak capai bahagia.

Kita perlu bijak atur strategi. Kita juga perlu bijak letakkan diri kita supaya diri dihargai. Ada hikmah disebalik segala ujian. InsyaAllah.

Song Onim Circle – Bagus merendah diri, tapi jangan smpai memperbdohkan diri. Berbaloi ke gadaikan perkahwinan kerana sebuah prinsip?

Hak kita, nyatakan dengan jelas supaya tak timbulkan fitnah. Kita sendiri jangan buka lubang untuk orang mengata. Dalam hidup ni, acah naif tak kan bawa kita ke mana.

Menyatakan kekayaan kita bukannya bermaksud untuk takbur. Tapi menggelakkan kesan mendatang. Contohnya macam sekarang la…

Nea Lily – Orang yang bijak belajar tinggi tinggi pun belum tentu ada kemahiran untuk handle isu rumah tangga. Hal kehidupan ni perlukan EQ. Maaf saya rasa TT kurang dari segi EQ. Tak semestinya beritahu status sebenar tu salah. Dalam kehidupan ni bersikap jujur sahaja.

Kadang kadang orang melayu ni memang complicated. Terlalu beralas, terlalu banyak protokol. Sebenarnya hidup yang baik adalah jujur sahaja. Jujur pada diri sendiri dan semua orang.

Puan perlu tackle isu puan dengan lebih bijak, memang mertua tu t0xic, tapi ada benda kena jelaskan utk dia faham. Walaupun dia tak akan faham, tapi sedikit sebanyak mesti masuk juga dalam kepala die apa yang berlaku.

Lagi 1, hal rumah tangga tak perlu terlalu campurkan dengan hal mertua. Sepatutnya TT boleh bagitahu husband untuk faham macam mana untuk main peranan as husband dan anak.

Communication antara husband dan wife sgt penting. Bila bercakap tu kena ada sekali fakta untuk sokong apa yang TT rasa, dari situ baru husband boleh faham dan react sebaiknya.

Mawar Nor Solehah – 8 bulan, mesti kahwin masa PKP kan. Kalau TT bagi tahu perkara sebenar dekat mentua, ia akan merendahkan lagi pandangan mertua terhadap suami TT.

Suami TT bukanlah anak yang dibanggakan oleh ibunya sendiri. Setiap orang ada pendirian. Harta, pangkat, yang kita ada bukan untuk mendabik dada.

Bukan untuk menundukkan orang. Kita sedia maklum zaman sekarang zaman duit. Lagi lagi musim PKP ramai yang struggle kehilangan kerja sebelum ni. Kalau orang berbaik dengan kita semata mata harta. Ada dua keadaan bakal mendatang.

Pertama, dia akan ampu kita untuk keseronokan batin dia.

Kedua, kalau orang daripada awal tak suka kita, dan tak tahu latar belakang kita yang sebenarnya, bila tiba tiba dia tahu, dia akan bertambah tambah bennci dan mereke reke pelbagai andaian fittnah,

serta penghinaan yang bakal di lempar kan terhadap suami nya. Makin direndah rendahkan martabat suami oleh mertuanya.

Kalau manusia jenis macam ni, daripada awal memang dah minde set dia kerja cari salah, cari buruk, hina mengh1na.

Kau longgokan segunun intan berlian pun dia tetap akan pertikaikan. Manusia yang penuh dalam diri dengan toksik ni. Susah nak ubah tanggapan dia dalam sekelip mata. Kita dah biasa dididik dengan merendah diri.

Untuk apa kita nak ubah sikap kita semata mata nak puaskan hati seorang insan yang memang buta hati?

Sumber – Laila (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *