Kisah rakyat

Gaji aku 4k, suami pula hanyalah pnoreh getah. Tp alat solek ak beIi kat kdai ECO je. Sbb duit habis byar semua bil.

Assalamualaikum Warga pembaca sekalian. Pertama sekali aku mengucapkan berbanyak-banyak terma kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan hati aku ini.

Namaku Zainab (bukan nama sebenar). Aku adalah pgawai krajaan gred 41 di mana gajiku mencecah 4000 sebulan dan telah pun brkahwin sebelum aku dapat kerja.

Utuk makluman semua, suamiku hanyalah bkerja kampung sebagai penoreh getah dgan anggaran pendapatan 60 sehari.

Jika hari cuaca hujan, memang langsung tak masuk duit apatah lagi bila tiba musim tengkujuh. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suamiku bekas pelajar madrasah pondok, tak belajar tinggi macam aku yang ada degree dari universiti tempatan.

Suamiku memang baik. Solat tak tinggal.Takde skanndal. Kawan-kawan perempuan pun takde. Tak pernah naik suara terhadap aku dan anak-anak, jauh sekali nak naik tangan. Dia selalu tolong aku uruskan rumahtangga. Anak-anak dia yang mandikan, tolong hantar dan ambik dari taska.

Kadang-kadang urusan dapur dia yang tolong settlekan bermula dari urusan beli barang dapur sehinggalah ke memasak dan kemas dapur termasuklah mengemop sisa-sisa tumpahan makanan anak-anak aku. Pendek kata, semua perfect lah. Kiranya aku balik rumah goyang kaki je sebab semua urusan rumahtangga dah settle bila aku balik kerja.

Cuma kadang-kadang aku rasa kecil hati.Sebab duit gajiku habis di hari kedua slpas terima gaji. Aku bayar l0an perumahan, loan kereta, yuran taska anak 2 orang, beli stok pmpers dan susu untuk sebulan, bayar loan PTPTN, bagi mak aku RM100 sehinggalah yang tersisa dalam akaun aku hanyalah RM50.

Dalam masa 1 hari duit gaji aku habis untuk selesaikan benda tu semua sampaikan nak reward diri sendiri pun tak dapat. Nak makan KF-C dan M-CD jauh sekali. Suamiku hanya keluarkan duit untuk beli barang dapur, minyak kereta dan bil elektrik.

Nak beli baju baru jauh sekali. Pakaian dalam aku pun tak pernah dibeli dan tak pernah nak offer untuk beli.

Tiap kali raya aku yang support semua, dari baju raya hinggalalah ke duit raya dan kuih raya. Aku pergi kerja hanya pakai baju yang sama hampir setiap minggu. Kadang-kadang aku malu kepada staff-staff lain dan cemburu bila tengok mereka pakai baju cantik-cantik walaupun mereka tu hanyalah kerani gred 19.

Alat solek aku pun aku beli di kedai Eco je (kedai RM2.10) sebab takde duit nak beli kat drugstore. Aku cuba nak mintak semua tu dari suami tapi aku rasa serba salah sangat bila memikirkan yang dia hanya kerja sebagai penoreh getah.

Dia pernah minta izin aku untuk buat kerja sampingan, nak cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yang nak uruskan anak-anak. Duit dari hasil menoreh getah itulah dia beli barang dapur dan isi minyak kereta serta bayar bil elektrik.

Duit beli baju anak-anak pun aku guna duit gaji sendiri yang berbekalkan baki RM50 sebulan. Dan aku ikat perut setiap hari di tempat kerja. Aku hanya mengambil sarapan pagi sahaja sebab nak jimatkan wang sehinggakan aku terkena gastrik.

Aku stress. Kadang-kadang aku terfikir seolah-olah aku ni ketua keluarga yang terpaksa menanggung semuanya. Wahai pembaca sekalian, adakah aku terlalu overthingking? Berdosakah aku berfikiran begini?

Derrhakakah aku terhadap suamiku? Adakah aku isteri yang tidak bersyukur? Tolong berikan aku kata-kata semangat. Aku cintakan suami aku sangat-sangat dan sayangkan perkahwinan ini. Sekian. Terima kasih.

Antara komen komen win netizen.

Ana Ahmad : Wahai puan pegawai gred 41. Itulah harga yg perlu kau bayar utk lelaki yg kau pilih..yg sanggup buat kerja rumah,urus anak2 dan cuba nk cari rezeki lebih(kau sendiri yg halang kan??).

Bygkan klau suami kau berpangkat besar mcm kau..silap2 balik kerja, tak sempat kau tukar baju, kau dah kena kedapur atau hilang time kerja utk urus anak2..mungkin jgk kat rumah kau kena perintah dgn laki kau itu dan ini.

Semoga kau faham erti bersyukur dan redho.. tanpa perlu org ajar tentang itu semua maklumla kau gred 41.

Widuri Manja : Kalau dah suami tu nak buat kerja sampingan lain sis yg tak bagi, jd apa pilihan yg sis ada…sis kena terima jelah apa yg ada kecuali suami sis kena mencari kerja lain..kalau suami kerja menoreh bermakna korang duduk di kampung…

bila tgk perbelanjaan sis mmg besar seperti duduk dibandar sampai balance duit tinggal 2 angka je…bermakna pilihan sis jugak membeli rumah n kereta tak ikut pendapatan bulanan korang.

jgn bandingkan dgn orang yg punya suami gaji besar sahaja tapi bandingkan dgn isteri2 yg punya suami gaji besar tp berskandal sana sini, tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami n ayah, ada suami pnagih, ada punya suami kaki pkul, penipu.

jgn bandingkan mereka yg mampu beli branded stuff, ada kemungkinan mereka tidak dibelit hutang rumah n masih menyewa..semua tu pilihan korang juga nak membuat hutang tp tak tgk income.

Saodah Ahmad : Gred 41. Pgawai kerajaan tak payah la rasa tinggi sangat darjat tu berbanding dengan penoreh.

Kalau laki sama lavel. Awak kena bangun 4.30 pagi urus makan minum anak. Hantar anak pi rumah pengasuh atau taska.

Balik kerja kena urus anak2, Sedia makan , Kemas rumah, kain baju. Duit pegasuh lagi.
Penat lagi. Bersyukurlah dapat suami yg Ambil berat tentang agama dan keluarga.
Duduk pula di kampung.

CADANGAN

Suruh suami buka nursery pokok.( buah buahan atau hiasan). Jual baja. Pendapatan lumayan, dia boleh urus sebab banyak masa di rumah. Kos tak tinggi. Kalau rumah bukan tepi jalan pun awak boleh promote online. Rumah cantik, keluarga terurus, pendapatan bertambah.

Sumber : kisah rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *