Kisah rakyat

Tiada satu hr pun ibu xmnangis, kami balik keje je mesti nampak mata ibu sembab walaupun dia senyum.

Jangan Sakiti Bidadari Syurrgaku

Assalamualaikum semua. Nama saya MY, umur 26 tahun. Apa yang saya nak cerita ni bukanlah tentang diri saya tetapi tentang ibu saya… bidadari syurrga saya.

Beberapa tahun lepas, ibu dapat tahu baba bernikah satu lagi dan masa ibu tahu tu baba dah ada anak dengan wanita tu. Hati ibu hancur sangat. Kalau pinggan pecah masih boleh dikutip tapi hati ibu boleh dikatakan dah jadi serpihan halus.

Takde satu hari pun ibu tak menangis, kami balik kerja mesti nampak mata ibu sembab walaupun dia senyum. Ibu cuba sorok sakit dia dengan buat cerita lawak, ketawa tapi kami anak yang dah lama duduk dengan ibu tetap boleh nampak.

Ibu tak bahagia.

Hari yang kami semua dapat tahu perbuatan baba. Antara kami 4 beradik, kak long orang yang mengamok paling teruk.

Segala m4kian keluar dan dipukolnya baba sekuat hati. Rasanya kalau ibu tak halang mungkin baba boleh m4ti. Saya anak kedua cuba menjadi neutral demi 2 orang adik kecil. Saya simpan perasaan mrah dan kecewa saya sedalam yang mungkin.

Sepanjang sesi “confrontation” saya hanya mendiamkan diri. Saya main dengan adik2.

Namun satu hari tu, saya gagal kawal perasaan saya. Saya berdiri depan baba dan saya tanya baba.

“Apa kurangnya ibu?”.

“Takda yang kurang”.

“Bohong! Lelaki takkan berp0ligami secara sembunyi melainkan dia rasa isteri dia ada yang kurang”.

“Ibu tiada yang kurang”.

“Baba nak anak lagi ke? Ibu tak jaga makan minum baba? Ibu tak jaga rumah tangga? Ibu tak jaga m4ruah?. Mesti ada yang kurang!!! Kalau tak baba takkan buat ibu macam ni!

“Baba taknak buat m4ksiat”.

“M4ksiat? Kalau baba tak dapat kawal nfsu, Allah hadiahkan baba ibu…apa yang perempuan tu ada, ibu ada. Kenapa baba tak mendatangi ibu?”

Baba diam sahaja…

“Rasulullah S.A.W bernikah banyak pun sebab nak selamatkan k4um wanita, nak naikkan darjat wanita bukan sebab nfsu! Baba ingat kakak tak tahu, perempuan tu muda dan masih anak d4ra. Baba ingat baba boleh b*d*hkan kami semua”.

“Baba minta maaf”.

“Baba, you have to accept the fact yang kami mungkin akan layan baba berbeza selepas ni. Ibu adalah berlian yang baba dah lepaskan. Kakak boleh senaraikan satu satu pengorbanan ibu.

1. Masa awal2 kahwin dengan baba, ibu makan taugeh hari-hari. Ibu tidur beralaskan toto nipis.

2. Ibu hantar kami ke sekolah jalan kaki hari-hari tanpa mengeluh.

3. Kakak pernah terjatuh masa pergi sekolah. Dahi kakak terkoyak besar! Ibu call baba, langsung baba tak jawab. Ibu merayu mintak tolong orang bawak kakak pergi klinik.

4. Baba pernah tak bagi kak long duit belanja. Ibu keluarkan duit ASB dia.

5. Baba accident motor, ibu berjaga malam teman baba.

6. Ibu cerita dekat kakak yang baba mintak ibu ikat sebab taknak ada anak lagi. Baba janji takkan cari orang lain. Sekarang apa yang baba buat?. Baba mungkir janji. Inilah dia baba.. bidadari yang baba sakitidan siakan”.

Baba hanya tunduk manakala saya gagal mengawal tangisan. Untuk pertama kali saya menangis semahunya. Setiap kali hati saya sakit mesti terbit dalam fikiran. Kalau saya rasa sakit macam ni, ibu macam mana.

Walaupun benda tu dah berlaku lama, kesan dia pada ibu sehingga kini. Ibu lagak macam okay walhal dia tak okay. Pernah saya cakap dekat baba, kalau baba dah tak mampu bahagiakan ibu… lepaskan bidadari syurrga kakak. Jangan sakitkan dia lagi. Baba diam.

Bidadari saya ni seorang yang kuat tak pernah sekali dia minta baba lepaskan dia dan yang paling saya respek tentang ibu. Teruk macam mana pun perbuatan baba, tetap dia pesan kepada kami.

“Baba adalah baba. Hormat dia, tak boleh nak tunjuk sayang tak apa…hormat dia sebagai baba kak long, kakak dan adik2. Faham?”.

Hebatkan ibu?.

Moga Allah kurniakan ibu syurrga. Moga Allah permudahkan semua urusan ibu di dunia dan diakhirat. Kakak sayang ibu sangat2. Kakak janji akan terus berada disisi ibu selamanya.

Reaksi reaksi win warganet.

Wan Vibu – Sebagai anak berd0sa besar tengking, pukol orang tua kita. Bab yg tu perlu minta maaf.

P0ligami tak salah, yg salah bila ia tidak adil. Sis, dik, abg, tuan n puan, jangan sebab p0ligami babah, buat ibu masuk neraka.

Ingat tu. Cuba positif side, mungkin ini jalan yg Allah bagi untuk jadi asbab si ibu masuk syurrga. Sy ingatkan utk diri sy juga.

Norhuda Kamal – Sedihnya la hai… walaupun ibu awak kehilangan sebahagian kasih sayang suami yg telahpun berpaling tadah kepada pucuk muda,

ibu awak bertuah sangat2 kerana berdiri di hadapan, belakang, kiri dan kanannya anak2 yg sangat menyayanginya.

Teruslah bahagiakan ibu awak kerana kasih sayang anak2 penguat semangat seorg ibu yg telah kehilangan cinta drpd suaminya.

Hemo Hemi – P0ligami tak salah . Tp si pelaku yg gagal yg buat p0ligami nampak buruk . Nak mengemudi sebuah kapal pn gagal apatah lagi dua ? Semoga Allah kurniakan syurrga buat ibu confessor .

Ara Bella – Org kuat mcm bidadari syurga awk kakngah, mmg Allah bg ujian kaw2 sbb tmpt bidadari syurrga ni nnt, tmpt yg ultimate the best.

Didoakan bidadari syurrga awk, dikurniakan keredhaan dan kesabaran yg tnggi. Begitu juga utk kalian adik beradik. Bertahanlah. Syurrga itu mahal. Utk org2 hebat sprt kalian.

Noor Zalina Habidi – Dear, tu jodoh yg Allah dah tetap kan. Awak adik beradik dan ibu awak tetap kena hormat baba awak sbg ayah dan suami. Anak2 Terima itu hakikat perkahwinan mereka. Tugas awak kena bahagia kan hati ibu tu..

Pujuk ibu… Allah sebenarnya dah ringankan tugas ibu awak utk jaga baba awak.. Allah dah beri masa utk Ibu awak fokus pd amal. Ibadah dan diri dia sendiri. Syukur.. Nanti bahagia tu datang sendiri.

Cik Puan Kembara – Maafkan saya andai apa yang saya tulis ni agak kej4m.

Saya pernah berpendapat.. pakcik2 tua yang teringin nak berbini muda ni tapi dalam masa yang sama taknak lepaskan yang pertama.

Sebab diorang sendiri berkemungkinan ‘sedar’ diri.. nanti esok dah terbaring, s4kit, makan minum menjejeh air liur.. ‘yang muda’ mula bagi alasan xnak jaga,

paling teruk minta lepas atas alasan mereka masih muda dan perjalanan hidup masih jauh.. maka balik la ke rumah ‘yang pertama’.

Lieyaa Lie – Pengorbanan yang disiakan.. Kesetiaan Yang Dikhianati..Bila nfsu menguasai.. Rela Korbankan perasaan isteri dan kebahagiaan ank2 demi kebahagiaan sendiri.

Di hujung usia sepatutnya mencari Allah, bkn menjunjung dunia… Sedihnya hidup bila masih lagi mengejar nfsu.. Currang itu pilihan, jangan salahkan takdir.

Puan Manggis Comel – memang sakit nak terima hakikat… tapi kan, esok2 bapak tt tu dah tua sakit tak larat.

biar bini muda dgn anak baru dia pula take turn jaga… biar bini muda pula rasa susah senang nak besarkan anak dgn laki tua.. korang tak yah pening2.. jaga ibu bagus2.

Mokhzani Mohamad – sbb tu pada aku p0ligami pada hari ni hanya rosakkan hubungan keluarga yang dah sedia ada.

Amelia Zainuddin – Biarkan baba kau bdoh. Sebab umur mcm dia sepatutnya happy2 dengan anak bini, tunggu je anak2 nikah n timang cucu.

Bukan semakkan kepala ngan kerenah bini muda n baby kecik. Dh pencen nanti masih menanggung anak sekolah. Tu namanya susah yg sengaja dijemput.

– MY (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *