Kisah rakyat

PeIik bila Ustz suruh pusing keliling rumah cari pkok bunga raya dan korek dalam tu, yg hairannya mak tk pernah tanam pun.

Hai salam semua, Meremang bulu r0ma aku tgk Sham time tu. Akak pula tiba2 pengsan slepas Sham lalu melepasi akak kt atas pelamin tu. Suasana memang kecoh time tu.

Allah… Tetibe akak pengsan pulak.. Nampak riak Sham tersenyum sinis tgk akak jatuh pengsan di majlis perkahwinan. Xsampai sejam akak kt atas pelamin, sekejap je, seperti semua di rancang.

Seperti mahu merosakkan majlis akak, lauk ayam masak merah juga dlm pkul 1 da basi.
Memang majlis akak bnyak gangguan. Walau mcm mana pun majlis dpt dihabiskan walaupun bnyk dugaan yg datang.

Akak cuma terbaring dari dia pengsan pukul 12, sampi la ke malam. Kesian aku tgk Rahim, terpaksa bz dgn nk cari ustaz nya lgi,majlis nya lagi. Kesian akak.. Aku harap akak akan lebih kuat hadapi dugaan ini memasuki fasa perkahwinan.

Lepas majlis tu, memang akak masih tak sedarkan diri. Ramai tetamu masih binggung dgn keadaan akan macam tu. Ramai yg tanya akak aku ni skit ke, keadaan cuaca panas sgt ke buat akak pengsan? Akak ko tu skit ape?

Dan soalan paling kelakar akak ko tu mengandung da ke smpai pengsan? hahaha. Akak meracau terok juga di hari perkahwinan. Kali ni Rahim sah jadi suami akak tak kan duduk diam lagi.

Dia mintak aku tgk2 kan akak jap dalam rumah supaya kejadian tidak di ingini berlaku. Rahim keluar pergi untuk menjemput ustaz yg lebih arif dlm gangguan mcm ni. Da la dgn lauk ayam masak merah nya da basi.

Yang tinggal kuah kari kosong je. Kesian tetamu yang datang. Memang nampak muka ibu dan ayah aku tension sgt dgn apa yg berlaku. Ayh aku berkali2 pergi ambil wuduk utk tenang kan hati dia atas musibah yg berlaku.

Sejam selepas itu nampak kelibat Rahim bersama ustz sampai. Ustz melangkah kaki massuk ke pintu depan rumah kami dgn muka berkerut dahi. Atas bawah dan sekeliling rumah ustz tengok. Cuma ustz ada tnya kan sudah berapa akak terkena meracau mcm ni.

Ayah cuma cakap ” tak lama ustaz, seingat saya time dia bertunang hari tu, hinggalah sekarang dia akan kerap meracau slepas asar kadang dan kadang2 lepas magrib dibawa nya sampai subuh esoknya pagi” Ustz mengelengkan kepala sambil bristighfar.

” Benda ni da lama ada dalam rumah kamu, kamu semua je tak perasan, mungkin benda yg menghantar ini ditanam dalam tanah dikawasan skeliling rumah, cuma kita tk tau trletaknya benda tu dimana.

Cuma ustaz cakap kita akan cuba iktiar”

So, meremang bulu roma kami selepas ustz cakap camtu. Cuma harapan aku akak kembali pulih seperti sedia kala.

Ustz buka je pintu seperti ada angin yg ditiup. Akak mencangkuk macam katak betul2 tenung tajam ke arah ustz. Dia lompat dari lantai ke atas katil mcam tu je. Sambil tersenyum tgk ustz.

Ustz berdiri tegak sambil mulut terkumat kamit membaca ayat suci al qu ran. Meminta kami bawa kan garam dan juga lada hitam. Ustz memulakan sesi rawatan seperti biasa.

Ustz: Assalamualaikum.. Ko islam ke kafir?

Akak: Ko sibuk nk buat apa? Ko siapa? Ko balik la ustz! Aku bennci tgk muka ko.. Rasa nk terkenncing! Tiba2 nampak kain pengantin akak basah. Ye, sudah mmg akak kenncing betul2 dalam baju pengantin dia tu.

Rahim dgn selamba, bawakan tuala lembap lap kan kain bini (akak) dia. Memang terharu sgt. Kali ni ustz bacakan ayat suci yg buat akak menggelupur atas lantai seperti cacing kepanasan. Nampak perubahan muka akak memang nampak garang dan menakutkan.

Akak: Arghhh .. Arghh… Kenapa nikahkan aku dgn Rahim.. Aku bennci dia! Cerraikan aku!

Ustz suruh Rahim bertenang dan jgn dengar cakap akak aku kerana suara tu bukan akak, makhlok tu. Ustz suruh Rahim banyakkan istighfar dan jgn ikutkaan hati. ‘Benda’ tu mmg nk tgk rumah tangga yg baru dibina ini berkecai dan haru biru.

Semua pintu dan tingkap dibiarkan terbuka, ustz tiba2 suruh kami carikan cangkul dan pergi di sekeliling rumah cari pokok bunga raya. Aku pon dgn bantuan sepupu yg lain melihat kejadian tu bergegas cari sekeliling rumah pokok bunga raya.

Yang peliknya, mak aku memang tak tanam pokok bunga raya di sekeliling rumah. Baru aku teringat dekat depan rumah dekat laluan nk masuk rumah aku memang ada perasan mcm bunga raya.

tapi bunga takde.. daun je.. Sepupu aku pun cuba gali.. da dekat sekaki lebih sekeliling pokok tu mmg jumpa beras, dgn kain balutan kuning. Sah ini memang sihiir pemisah! Aku ambil balutan tu dgn berlapik kain lain dan tunjukkan dekat ustz.

Astaghfirullah hal azim… Uztz teros kan dengan bacaan ayat suci sambil buka balutan tu.. Allahu. Keadaan akak yg sememangnya teruk tiba2 penngsan, nafas akak tercungap2 semput. Ibu ambil air dan renjiskan dekat muka akak bg akak sedar. Alhamdullilah selamat.

Ustz cakap ada orang yg minat kt akak.. Dia tak sanggup tgk akak kahwin dgn abg Rahim. Pada mulanya dia nk akak bencikan Rahim.Tapi akak hati kental, al qu ran dan solat sunat tak pernah dia tinggalkan sejak 1st time dia penngsan dikilang dulu. So, orang yg sukakan akak ni, mula2 hantar yg suam kuku je.

Lama kelamaan “benda” yg dihantar tu macam susah nk masuk dekat badan akak, itu yg 2 3 kali dia cuba hantar lagi hingga tanam “barang” terus depan rumah kami. Selagi benda tu tak dibuang, selagi tu lah akak akan diganggu.

Ustz minta agar kami sekeluarga bnykkan solat tahajjud minta dijauhkan lagi anasir2 jhat yg datang ke rumah. Lembutkan hati orang yg hantar “benda” tu. Dalam masa yg sama, ayah juga tnya siapakah yg sanggup hantar shir kt akak.

Rupa rupanya orang yg hantar tu orng yg rapat dgn akak. Yg selalu ambil berat tentang akak, selalu belnja akak makan bila keseorangan. Bila tergamam la akak bila dgr ustz cakap mcm tu. Memang ada seorang dua je yg agak rapat juga dgn akak dekat tempat kerja dia, cuma akak tak nak menudoh.

Akak kembali normal dalam 2 3 minggu lepas tu, cuma kadang2 magrib akak tak boleh keluar rumah, sbb badan akak masih lemah.
Sejak dr tu, akak ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa.

Time akak nk hantar surat perletakkan jawatan tu, Sham masih ingat episod pertama?
Akak cakap muka dia mmg nampak gelisah dan tak tenteram. Dia cuba mengukir senyuman di hari terakhir akak di kilang tersebut.

Sempat juga dia mendoakan agar akak bahagia dgn Rahim, dalam msa yg sama nampak muka kekecewaan Sham kerana akak semakin pulih dr drita shir yg dihantar..Aku tak tudoh, cuma dari segi lenggok akak cerita kan dekat aku, mungkin Sham yg hantar. Sebab ade beberapa ‘hint’ sham mcm terkantoi dan terlepas cakap.

Syukur, genap 6 bulan akak berkahwin sekarg dan akak disahkan mengandung 2 bulan. Memang seronok sgt dpt berita ni..Dalam masa yg sama akak kena kuatkan diri dekatkan diri dgn Allah, takut juga kalau ada mulut2 yg berbunyi akak da mengandung, risau dihantar “benda” tu balik, memang kecoh lagi rumah kami ni.

Sekian dari aku, cuma doakan kt akak aku agar urusan dia mengandung dan bersalin nnti dipermudahkan dan diselamatkan. Pada yg kaki hantar shir, santau tu bawa2 la bertaubat. Sesungguhnya tiada yg lebih berkuasa dari Kekuasaan Allah s.w.t. Assalamualaikum…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *