Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, pertama sekali maaf sekiranya bahasa aku kekok/ kaku/ salah dan bercampur sedikit bahasa Inggeris.
Ini adalah pertama kali aku tulis luahan hati disini meskipun aku pernah baca confession orang lain. Tujuan aku menulis adalah sebab aku sudah buntu, perlukan pendapat, jalan keluar dari masalah aku.
Aku Hana, berumur 24 tahun dan telah habis belajar jurusan kedktoran di luar negara, sudah pulang ke Mlaysia. Dari aku berumur 15, aku sudah tidak menetap dengan keluarga (duduk di asrama sampailah sambung belajar di luar negara).
Dan ini pertama kali aku menetap dengan keluarga dalam tempoh yang agak lama sementara menunggu panggilan utk berkhidmat di hospital. Aku mempunyai seorang abang, dan tiga adik lelaki (ya, aku seorang sahaja anak perempuan). Keluargaku orang yang senang, Alhamdulillah. (Aku memberi gambaran supaya mudah untuk pembaca faham)
Mslh bermula apabila aku sering berselisihan pendapat dengan keluarga. Ada saja perkara yang aku buat, apa apa pendapat yang aku beri tidak akan kena dimata orang tua dan adik beradik. Dan setiap kali berlaku pergduhan terutama dengan Ibuku, mesti akan jadi besar dan ibu akan lontarkan m4kian atau kata kata yang sangat pedih.
Aku fikir ini tempoh untuk adapt kembali? baiklah, mari aku cerita dan pembaca boleh menilai. (Aku tidak sempurna, aku akui perkara itu, tiada manusia yang sempurna dan kita sentiasa melakukan kesilapan). Bila aku pulang ke Mlaysia, aku excited, happy sangat sebab akhirnya aku boleh makan makanan yang aku idam sangat sangat yang aku tak dapat di luar.
Fast food sebagainya memang tidak halal di tempat aku belajar. Jadi bila aku balik ke rumah, seminggu sekali adalah kadang kadang aku suggest idea aku nak beli makanan itu ini sebagainya dan ini telah menimbulkan isu dalam keluarga sehingga ayahku berkata,
“Bila Hana duduk jauh, takda masalah dan kami (ahli keluarga lain) bahagia tapi bila Hana balik.. hmm”. Aku agak sedih dengar perkataan tersebut namun aku akui, salah aku. Aku cuma teringin setelah sekian lama tak dapat menikmati makanan di Mlaysia yang halal. Jadi aku hentikan semua kehendak. Isu pun solved.
Tak lama kemudian lagi banyak isu timbul. Ayahku mempunyai pnyakit Diabetes setelah sekian lama dan abang juga turut serta baru baru ini (abang sgt suka makanan brminyak, fast food). Aku sangat concern dengan isu ini dan aku cuba untuk bantu dengan memberi nasihat, menukar beras putih kepada brown rice, mengajaknya jogging sebagainya.
Dan dalam tempoh sebulan adalah masa yang sangat penting untuk abang kembalikan berat yang normal atau dia akan di diagn0s diiabetes dan memerlukan ub4t namun abang tidak endahkan. Sampailah akhir bulan, aku tegur lagi sekali bila abang suarakan hasrat nak beli P1zza Hut namun abang terus melenting, mem4ki hamun aku dgan perkataan,
“Celak4, ank har4m” dan ibu jugak mnyebelahi abang. Ibu cakap “biarlah dekat abang, itu duit dia, kau apa tahu? kau jaga diri kau cukup. Tak payah sibuk!”. Aku sedih sebab aku cuma risaukan kesihatan ahli keluarga, jauh sekali ingin menjadi biiadab. Mereka langsung tidak menerima apa apa pendapat kesihatan dari aku.
Adikku juga memberitahu bahawa semenjak aku balik ke Malaysia dan menetap dengan mereka, makanan fast food, manisan yang mereka gemari terpaksa dikurangkan, diberhentikan dan sangat menyusahkan mereka. Aku hanya terdiam. Next issue, aku dengan abang beli makanan pagi (breakfast mc-d). Dan setelah menerima pesanan kami, aku tak dapat check semua order sebab kertas balutan yang sama dan tidak dilabel,
Kemudian abang bengang dan terus bawa makanan makanan tadi ke pekerja dan minta untuk dilabel. Aku cakap tak perlu, balik nanti kita buka dan tengok. Pekerja tersebut telah buka makanan dan biar keadaan burger agak renyuk dengan kertas pembalut. Aku pun bersuara ke abang, “dah tak bersih dah sebab orang buka dan alih sana sini”.
Abang terus mengamok sambil membawa kereta dan cakap “bdoh! semua tak kena! kau ingat kau bagus? aku nak tumbok kau! aku nak terajanng kau!”. Aku pun jerit kembali dekat abang, “tumbokla kalau berani” sambil mnangis teresak esak dan abang terus balas “aku nak tumbok kau! kau tunggu! kau ingat boyfriend kau takkan tumbok kau? dia akan terajanng kau!!”
Wallahi aku sangat ketakutan dan aku sangat berharap ketika itu sekiranya abang boleh tinggalkan aku di tepi jalan supaya aku boleh balik dengan teksi. Bila sampai dirumah, ayah tegur sahaja abang dan habis disitu, tiada maaf atau apa apa diungkapkan.
2 tahun sebelumnya abang pernah tenndang aku di perut sehingga aku jatuh terlentang dan perutku kemerahan, sakit, atas isu yang aku pun tak dapat ingat. Ibu menasihati abang namun langsung tak berkata bahawa perbuatan abang itu salah. Seperti biasa, tiada maaf diungkapkan, mereka jalani hari hari seolah olah tiada apa yang berlaku.
Next, aku mempunyai kucinng di rumah, ibuku dan abang tidak menyukai kucinng. Bila abang balik ke rumah, kucinng akan menunggu di hadapan pintu dan bila abang masuk, kucing aku akan cuba nk keluar. Abang tolak kucinng aku dengan sangat kasar dengan rungutannya.
Aku tegur jangan buat kucinng aku begitu, tolak baik baik atau gunalah tangan untuk angkat kucinng tersebut instead of tolak kucinng dengan kaki yang sangat kasar, aku tidak suka. Aku sempat bergurau sekiranya selepas ini aku nampak abang berkasar dengan kucinng aku, aku nak bagitau kawan perempuan abang (pada ketika itu ibu dan ayah telah mengaturkan hubungan antara abang dan seorang dktor).
Ini telah menjadi isu yang sangat besar dalam keluarga. Abang terus mengamuk dan memaki hamun aku “kau ingat kau bagus? pukxmak! meh aku nak bagitau boyfriend kau perangai kau!” Ibu turut serta bela abang dan berkata “kau ingat kau bagus sangat ke? biar aku bagitahu boyfriend kau perangai teruk kau macammana” aku tergamam sebab BENDA TIADA KAITAN.
Abang terus cakap “kau sayang sangat kucinng kau tu, meh aku nak p4tahkan l3her kucinng kau tu!! bdoh” Aku terus tak dapat menahan marah dan isu menjadi sangat besar sehingga ayah terpaksa masuk campur dan menasihati abang. Again, tiada maaf atau apa apa diungkapkan dan esoknya berjalan seperti hari biasa.
SEKIRANYA PEMBACA SUDAH SAMPAI KE PERENGGAN INI, SEMESTINYA PEMBACA BOLEH MENILAI ABANG MEMPUNYAI PANAS BARAN YANG MELAMPAU.
Iya aku akui, dan adik pertamaku juga seorang yang baran dan suka mengherrdik, menenggking ibu.
Isu seterusnya adalah dengan ibu. Ada satu kejadian dimana aku bergurau dengan ibu (sebelum ini, adik adik, abang aku semuanya bergurau lebih dari itu dengan ibu namun ibu langsung tidak berkata apa apa). Apparently gurauan aku dengan ibu membuatkan ibu sangat marah, ibu terus mengamok dan cakap “anak tak guna, dahla tak membantu! mulut siial! siial! meh aku nak cincanng kau hidup hidup”
Aku sangat terkejut dengan ungkapan ibu terhadap aku, aku hanya mampu berdiam dan menangis seharian. Again, keesokkan harinya, ibu bercakap seperti biasa dengan aku.
Di rumah juga aku selalu membantu buat kerja rumah namun ibu tetap bercakap aku tidak membantunya walhal adik beradik lelakiku langsung tidak pernah membantu namun jika pertama kali abang turun dapur untuk mencuci pinggan, ibu akan terus memuji.
Aku jugak baru mengetahui bahawa ibu dan ayah sangat tidak menyukai pilihan hati aku iaitu Hairi. Hairi adalah rakan sekolahku semenjak di asrama dan kami sama sama melanjutkan pelajaran di luar negara.
Dia bukan berasal dari keluarga yang senang namun dia seorang yg sangat rajin berusaha, baik. Dia mempunyai keluarga yang sangat penyayang meskipun mereka tidaklah senang.
Ibu tidak menyukai Hairi sebab dia berasal dari keturunan keluarga yang susah dan gajinya tidak akan setanding dengan aku.
Kata ibu “Gaji Hairi tu tak banyak macam Hana nanti, macammana Hairi nak tanggung Hana? mereka tak sekufu!”
“Kalau Hana nak sangat pergila duduk pondok, rumah kampung” perkara ini semua berlaku dibelakangku dan adik lelaki aku yang beritahu. Aku sangat sedih, terkilan dengan mindset begini.
Pada aku, tidak adil sekiranya kita mengukur dari gaji. Hairi sentiasa berusaha untuk mengubah nasib dia dan keluarga dan banyak sangat penambahbaikan yang dia telah lakukan dirumahnya (renovate rumah sebagainya),Hairi juga mampu untuk mempunyai kereta sendiri, Hairi tidak pernah kedekut dengan aku dan keluarganya.
Pada aku, it doesn’t matter. Memang lelaki harus memberikan nafkah dan mengikut kemampuan lelaki tersebut. Namun sekiranya perempuan itu mahukan atau demand rumah yang mewah contohnya, pada aku tidak salah untuk berkongsi sebab nak hidup berdua?
Dan kehendak perempuan yg melebihi kemampuan suami, perempuan gunalah duit sendiri?
Aku akan bekerja, bakal suami pun bekerja, kasihanlah bakal suami sekiranya dia menanggung segala galanya.
Dan disebabkan aku pun tidak tahu KKM nak hantar aku berkhidmat dimana sekiranya aku sudah menjadi Med1cal Officer, aku suka dengan idea untuk menyewa rumah dahulu sebab aku tidak tahu dimana aku diperlukan untuk bertugas kelak. Aku lebih selesa untuk membeli rumah sama sama bila dah bersedia dan tidak terburu buru.
Aku suka dengan idea untuk tidak terbeban dengan hutang yang sangat banyak semata mata inginkan rumah berjuta juta dan tak dapat enjoy life (bercuti sebagainya).
Aku dan Hairi mempunyai interest yang sama iaitu travelling. Aku juga tak menginginkan majlis perkahwinan yang sangat besar dan menjemput ribuan orang. Aku lebih suka majlis yang tertutup buat keluarga, kenalan rapat namun ‘grand’ cara tersendiri.
Pada aku, untuk apa aku nak buat majlis yang terlampau besar dan menjemput datuk datin sekian sekian walhal aku tidak mengenali mereka langsung? Namun Ibu impikan aku untuk berkahwin dengan anak orang kaya, membeli rumah yang besar walaupun trpaksa menanggung hutang keliling pinggang,
Membuat majlis perkahwinan yang sangat besar dan menjemput ribuan tetamu, memakai kereta mewah dan hantaran berpuluh puluh ribu kerana aku ni ‘dktor’. Allahu, gaji doktor tidak gah seperti yang orang sangkakan, percayalah. Abangku juga tidak berkahwin sehingga kini, kerana ibu dan ayah sangat cerewet dengan pilihan hatinya.
Akhirnya abang tidak menjumpai sesiapa dan semua pilihan hatinya yang ibu ayah tolak telahpun berkahwin. Lebih banyak lagi isu, pergduhan besar yang berlaku. Aku buntu, aku tidak tahu bagaimana untuk hidup sebumbung dengan keluarga yang tidak sehaluan dengan aku. Jangan salah faham, aku sgt menyayangi keluarga aku.
Namun aku sedar, sekiranya aku duduk di luar, tiada masalah berlaku namun bila aku duduk sebumbung, bermacam macam masalah yang puncanya adalah aku dimata mereka. Aku juga buntu ibu dan ayah sangat tidak menyukai pilihan hatiku. Aku tidak tahu apa yang patut aku buat, ubah lagi.
Perkara ini sangat memberi tekanan terhadap emosi aku sehingga aku kehilangan berat 3kg dalam masa yang singkat dan setiap kali berlaku pergaduhan dlm keluarga, Aku brfikir lebih baik aku lemas dan ibu, ayah abang akan lebih bahagia kerana sekiranya ada aku, aku hanya memberi masalah dan menjadi anak tak guna.
Namun Hairi masih menasihati aku, memberi kata kata semangat dan aku percaya dan mengingati Allah, syurrga dan nerraka, namun kadang-kadang ‘su1cide idea’ menjengah di minda apabila pergaduhan menjadi terlalu teruk.
Segala teguran, pendapat pembaca aku hargai. Terima kasih.
Sumber – Hana (Bukan nama sebenar) via IIUMC