Kisah rakyat

Sbb tk sdp hati, aku msuk balik bnk, trgamam semua staf tiba2 bangun ucap Alhmdullilah smbil tepuk tgn.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Sekitar pukul 2pm aku tukar cash chaque kat C1MB Kota Kemuning nilai RM2000, bila dah dapat cash terus masuk poket tanpa aku kira berapa aku dapat.

Lepas 3 jam lbh kurang macam tu aku dapat panggilan dari C1MB untuk bertanya aku dapat duit not RM50 ke RM100, jadi aku jawablah dgn betul yg aku dapat duit not RM50 dan pegawai bnk yg call aku tu pun terima jawapan aku.

Dengan nada yg mendesak sambil bertanya semula “betul ye not RM50” dan aku jawablah dengan jujur “ya betul not RM50” dan dia pun menghabiskan perbualan.

Aku macam tak sedap hati lalu keluarkan duit dari poket yg aku terima dari bank tadi dan kira, sebelum kira aku terasa macam duit tu lebih sebab terasa tebal lain macam.

Bila aku kira betul ada RM4000 dan aku terus ke bank C1MB untuk pulangkan baki RM2000 tu.

Sesampainya dibank sekitar pukul 5 aku minta kebenaran pak guard masuk untuk pulangkan baki duit yg terlebih tu, aku terus ke kaunter dan beritahu nak pulangkan duit yg staf bank bagi lebih RM2000 tadi, tiba2 semua staf bank bangun ucap Alhamdulillah sambil sapu tangan dimuka tanda bersyukur sbb aku pulangkan duit yg terlebih bagi tadi dan semuanya ucapkan Terima Kasih pada aku.

Staf bank yg tersilap bagi duit lebih pada aku tadi sampai 4 kali salam aku ucap terima kasih dan tarik aku dari dalam kaunter nak pelok aku sambil cakap biasanya kes mcm ni hanya 1% jer yg pulangkan balik.

Jangan salah faham ye staf bank tu lelaki laa..hehehe. Lepas tu aku dihadiahkan payung C1MB kat gambar tu..hehehe.

Lepas aku keluar dari bank baru aku trfikir, kalaulah aku tak pulangkan duit tu ntah apa staf bank tu nak jawab dgn Branch Manager dia dan tentu Gaji atau Bonus dia kena potong RM2000..

Alhamdulillah Allah buka hati aku supaya tak gelap mata dengan duit yg tak seberapa tu, dan sudah membantu insan lain walaupun aku tak mengenalinya.. Begitulah cerita aku tentang Payung C1MB.. Kejujuran didalam hidup sesuatu yang berharga didalam diri kita.

Kejujuran sangat penting bagi memperolehi kepercayaan daripada masyarakat sekeliling.

Kejujuran juga bukti yang menunjukkan seseorang itu beretika atau tidak didalam menjalani hidup seharian.

Dengan adanya nilai kejujuran didalam diri membuat diri kita lebih disayangi dan lebih ramai orang suka berurusan dengan kita.

Seperti kisah ini,seorang yang dikenali sebagai Khairul Muhidin berkongsi kisah yang dilaluinya.

Satu hari pegawai bnk tersilap memberikan lebih duit kepadanya semasa berurusan di kaunter. Namun begitu,dengan nilai kejujuran yang ada didalam diri, beliau berasa bertanggungjawab untuk memulangkan semula wang tersebut di bnk berkenaan.

Tetapi alangkah terkejutnya,ini situasi yang dihadapi olehnya semasa proses pemulangan semula wang tersebut. Semoga kisah ini menjadi tauladan buat kita semua. Semoga bermanfaat.

Kredit Khairul Muhidin

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam berjalan-jalan di kawasan pasir bandar Madinah.

Baginda melewati selonggok makanan. Lalu baginda memasukkan tangan ke dalamnya, kemudian tangan baginda menyentuh sesuatu yang basah, maka baginda pun bertanya “Apakah ini wahai pemilik makanan?”

Pemilik menjawab: Makanan tersebut terkena air hujan wahai Rasulullah. Lalu baginda bersabda yang maksudnya: Mengapa kamu tidak meletakkannya di bahagian atas makanan agar manusia dapat melihatnya. Barang siapa menipu maka dia bukan dari golongan kami.

Muslimin yang dirahmati AlIah,

Sesungguhnya perkara yang sangat penting dalam mencari rezeki ituialah keberkatan. Rezeki yang sedikit tetapi diberkati AIIah itu adalah lebih baik berbanding dengan rezeki yang banyak tetapi tidak mendatangkan manfaat dan berkat.

Oleh itu, kita mestilah mengambil berat tentang kepentingan halal dan haram dalam berniaga atau apa-apa pun usaha dalam mencari sumber rezeki.

Ingatlah, orang yang mendapat rezeki daripada sumber yang tidak halal akan dimasukkan ke dalam api ner4ka.

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita semua akan terus berlaku jujur dan amanah dalam kehidupan kita seharian dan memperolehi rezeki yang halal lagi berkata dan mudah-mudahan kita sentiasa mendapat limpah kurnia, rahmat dan keredhaan AlIah Subhanahu Wata’ala.

Reaksi warganet

Dmas reall – Macam kes aku baru2 ni.. Bnk C1MB jugak.. Aku nak masuk duit ke akaun org lain.. Tersalah msk duit ke akaun org lain, angka Rm1400.00.

Org yg aku nk kenal apatah lagi jumpa.. Atas dasar bisnes selalu trnsfer duit atas urusan jual beli… Allhamdulilah..dia pulangkan balik duit sy dlm bbrapa minit saja… Org tu Bngsa C1na.

Juju jaja – Kalau jadi kes mcm ni, cepat2 PULANGKAN PADA HAK.. Berapa ramai org aku jumpa org, yg x jujur..

Cthnya jumpa hp, gi ambik, cabut simcard sbb x tahan owner hp tu bertalu2 call n msg (zaman tu xde wsp). AlIah bayar cash, istrinya kena c4ncer, skrg dah mennggal. Ni bukan org lain, pak sedara aku…

Kwn aku plak, pernah jumpa rm100 kat jalan, terus ambik. Bulan depannya, per0mpak masuk rumah dia, hilang sgala laptop, tv bagai, mujur org xde rumah.

Ada kwn aku, beli kuih borong kat sorang budak, budak tu kira2, ada la harganya.. tapi kawan aku tiaw balik, ckp kuih tu dah lama la, kalau dia x beli xdr sapa nk beli la, dgn muka sedih, budak tu iakan saja hrga yg kwn aku nak, skali harga sparuh drp tu, dia x jujur, 2,3 hari lepas tu cirit smp keluar darah, dekat seminggu gak la..

Pokok pangkal, kita rasa untung sekarang. Tapi, jgn igt xde balasan… ingt org yg susah teraniaya dia tadah tangan. DOA ORANG TERANIAYA TIADA HIJAB.. Jangan main2 dgn doa org teraniaya.

Mazliza – Jasimah Sahadan ingat tk dulu kita staf bank kat pekan.. Bank MAYBANK bkn bagi lbh tapi kurang.. Byk plk tu nasib baik kita masih dpn kaunter ..

Klu dah keluar mesti peg tu tk percaya.. Padahal kira guna mesin.. Guna manual lgi.. Pun kurang byk.. Tak tahu niat sbnrnya apa.. Klu silap mgkn rm50 aje.. Tapi ni byk. Hanya AlIah saja yang tahu niat staff tu.

Ct safia – Kes ni sama mcm suami sy, masa keluarkan duit tabung haji rm6k, terus beri sy simpan masuk dlm handbag, sampai rumah, th call betul x jumlah wang yg diberi staff.

Dpt call, terus kira dan mmg ada lebihan 1k masa tu. Esoknya suami pulangkan kat th dan staff tersebut berulangkali ucap terimakasih. Dpt juga gift pen tabung haji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *