Kisah rakyat

Sbb bgaji besar, diam2 mertua hasut suami. Rasa nak mti, bila suami xnk cerraikn. Akhirnya suami brubah bila tindkn ini diambil.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Saya Acha. Bakal memasuki usia 40 an beberapa tahun lagi. Kisah saya tentang keputusan saya menerima jodoh yang ditentukan.

Sebelum menerima pinangan suami, saya pernah berkenalan dengan beberapa orang lelaki tetapi tidak berakhir dengan perkahwinan.

Sehinggalah usia saya hampir mencapai 30 tahun dan saya rasa bersedia untuk berkahwin, saya diperkenalkan dengan suami melalui senior di tempat kerja dan mertua yang kebetulan sedang mencari calon menantu.

Pada ketika itu, saya penjawat awam bergred 48 dan suami juga penjawat awam bergred 41. Sya telah membeli sebuah rumah dan mnyiapkan kelengkapan asas sebelum berkenalan dengan suami dan mempunyai kereta sendiri.

Alhamdulillah urusan perjodohan kami seperti di lalu dek air. Dipermudahkan. Tidak sampai setahun, kami diijabkabulkan. Bercinta selepas nikah bukanlah satu perkara yang mudah tetapi bagi saya lebih mudah untuk belajar mengenali dan bertolak ansur dengan seseorang yang kita tidak pernah letak sebarang harapan atau jangkaan.

Maka saya mulakan perkahwinan saya dengan kosong pengharapan kepada suami, hanya kebergantungan kepada Allah dan keyakinan bahawa dialah suami yang telah dipilih untuk saya.

Cabaran hidup seorang anak d4ra lewat berkahwin itu besar, cabaran menjadi isteri juga besar.

Di hari pertama perkahwinan, saya berterima kasih kepada suami kerana menyelamatkan saya dari fitnah anak d4ra kahwin lewat.

Pelbagai tohmahan yang pernah saya hadapi, siapa yang melalui pasti akan memahami. Terutama tanpa ayah & abang di sisi cuma seorang ibu tua yang gigih menemani.

Ketika itu saya berusaha menjadi isteri mithali, sediakan makanan pagi berusaha memasak untuk suami.

Menyeterika baju, membukakan pintu untuk suami pergi & balik kerja. Berusaha mencantikkan diri menunggu suami pulang lewat malam

kerana memikirkan jarak melebihi 50km yang suami perlu lalui untuk berulang dari rumah yang saya beli sebelum berkahwin lagi.

Suami juga pada ketika itu selalu outstation atas tuntutan kerja. Saya tidak mmpersoalkan kerana saya tidak memahami kerjayanya.

Sebulan lepas berkahwin, saya dikejutkan dengan messenger dari suami kepada ex nya yg sudahpun bekeluarga.

Dia menzahirkan ketidakbahagiaannya kepada perempuan itu dan mengatakan bahawa dia dipaksa untuk menikahi saya. Sungguh saya tidak menyangka kerana suami nampak sangat beria mahu berkahwin.

Barulah saya faham kenapa suami melayan saya acuh tak acuh. Sering meninggalkan saya sendirian walaupun ketika kami pulang ke kampungnya.

Terkontang kanting di rumah, di kenduri, & bila bersama keluarga mertua. Bila ditanyakan kebenaran kepada suami, dia menafikan sedangkan ayat-ayat tersebut adalah dari dirinya.

Kemudian kami meneruskan perkahwinan seperti biasa. Saya tidak lagi beria mengambil hatinya. Hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Tidak sampai setahun usia perkahwinan kami, saya kegguran. Suami merupakan anak sulong yang sangat mengutamakan keluarganya.

Sepanjang 10 tahun pernikahan kami, ada beberapa ujian yang kami hadapi bersama.

1. Kecurangan-suami gemar melayani perempuan yg menepati ciri-ciri idamannya. Putih, kurus, muda & lemah lembut.

Saya. Gelap, berisi(semakin gemok selepas kahwin kerana strss dan rawatan kesuburan). Setiap 2-3 tahun, saya akan menemui bukti kecuranngan suami.

2. Anak- Setelah hampir 10 tahun berkahwin dan segala macam rawatan, kami bakal menimang cahaya mata sendiri tahun ini. Alhamdulillah.

3. Ipar- Suami hanya mempunyai seorang adik perempuan yang baru bercerrai dengan 2 orang anak perempuan.

Anak ketiganya diberikan kepada kami untuk dibesarkan sejak dari habis pantang. 2 yang lain dibesarkan mertua dan adik ipar bekerja di bandar lain.

4. Mertua- Mertua merupakan pesara kerajaan dengan selera materi4listik yang besar dan mengharapkan suami sebagai anak sulong untuk menyediakan kehendak mereka.

Saya kongsikan masalah saya & tindakan saya menanganinya. Kecurangan suami yang pertama saya temui ketika usia perkahwinan tidak sampai 3 bulan.

SMS kepada seorang perempuan merancang berkahwin tahun yang sama selepas hari raya.

Saya hantar copy ke email saya dan memaklumkan mertua. Saya message perempuan itu menggunakan telefon suami memaklumkan kami baru berkahwin & menghantar gambar perkahwinan kami.

Mertua & suami menafikan. Saya mula berhati-hati dengan suami dan keluarga mertua. Menjaga jarak dan kepercayaan saya.

Untuk pengetahuan, semenjak awal berkahwin suami melobi untuk memegang kad atm saya. Menyatukan pendapatan kami berdua.

Namun, saya tidak bersetuju kerana lebih banyak buruk dari baiknya. Dipihak saya, saya meminta diberikan nafkah seperti selayaknya seorang isteri memandangkan suami tidak perlu menyediakan rumah untuk saya.

Saya menghantar info-info dan ceramah berkaitan hak&tanggungjawab suami isteri. Akhirnya suami mengalah dan mula memberikan saya nafkah dari bulan pertama pernikahan.

Sekiranya lambat atau dilewatkan, saya akan meminta dan mengingatkannya. Alhamdulillah, sekarang suami sendiri sudah terbiasa malahan telah menambah nafkah saya.

2 tahun lepas, saya kegguran sekali lagi selepas mendapati suami curang ketika saya sibuk menjaga ibu saya yang keuzuran.

Saya gagal mengawal em0si ketika itu dan kehilangan anak saya. Kali ini saya menjumpai gambar mesra suami dengan perempuan di dalam dompetnya.

Gambar tersebut disimpan bersama gambar saya. Saya ambil copy gambar tersebut & hantar kepada mertua saya. Sekali lagi mertua menyebelahi suami.

Memenangkan suami. Mengatakan tiada apa-apa antara mereka sedangkan gambar mesra berpelukan itu nyata dan saya simpan copy di g0ogle drive saya.

Di sini, sedarlah saya bahawa walau apapun terjadi mertua akan memenangkan anaknya. Ibu saya pula telah meninggalkan kami beberapa bulan sebelum insiden itu.

Merasakan keseorangan, saya betul-betul kecewa. Sudahla saya tiada ibu ayah, mertua akan sentiasa menyebelahi suami dan suami pula asyik mencari perempuan lain.

Saya zahirkan kemarahan saya walaupun saya tengah mengandung ketika itu. Saya hempaskan pinggan mangkuk.

Saya gunting pakaian yang dipakai di dalam gambar walaupun mahal dan berjenama di depan suami saya. Saya marahkan suami. Cuma saya bukanlah suka memaki & mencarut. Berhari-hari saya pisahkan tidur dengan suami.

Saya bersusah payah membuat rawatan kesuburan kerana sp3rma suami tidak cukup berkualiti dan usia saya yang semakin lanjut.

Suami dengan senang mencari kegembiraan dengan wanita lain. Mulai dari itu, saya tidak lagi membantu mengurangkan perbelanjaan suami.

Sekiranya dia ada banyak duit untuk dibelanjakan dengan perempuan lain, maka selayaknya dia menanggung segala perbelanjaan rumah.

Saya keraskan hati. Tidak lama selepas saya kegguran, saya dikejutkan dengan berita adik ipar perempuan saya nusyuz dan bakal bercerrai ketika mengandung.

Mertua memujuk kami untuk membela anak tersebut sedangkan saya masih meneruskan rawatan kesuburan. Untuk menjaga nama baik keluarga dan kebajikan anak itu, saya bersetuju.

Keadaan menjadi lebih rumit selepas itu dengan adik ipar yang datang menumpang dan kerap datang hujung minggu melawat anaknya.

Sedangkan mengikut perjanjian, anak itu akan diserahkan kepada kami untuk dijadikan anak angkat. Mertua juga semakin banyak campur tangan di dalam urusan rumahtangga saya.

Panggilan, video call dari mertua 3-4x sehari. Saya, seperti biasa membatukan diri dan mengambil keputusan-keputusan penting mengikut penilaian saya dan suami.

Tidak salah memberi pendapat tetapi tidak perlulah sehingga memaksa kami menuruti. Suami saya juga seperti anak mak yang lain, A-Z akan mengadu kepada mertua.

Berkali saya menegur dan akhirnya saya katakan, siapakah yang saya kahwini? Suami atau mertua? Ya, saya sememangnya agak berterus terang dengan suami.

Bagi saya ia penting untuk suami memahami fikiran dan perasaan saya. Setelah adik ipar dapat peluang bekerja, mertua mendekati saya dan cuba mengusulkan supaya kami mengambil alih penjagaan 2 lagi anak perempuan adik ipar kerana dia bekerja di bandar lain dan mertua sudah tidak berapa sihat.

Saya tidak lagi mampu untuk bersetuju kerana ketika itu saya sudahpun masuk trimester kedua kandungan semasa.

Saya berterus terang dengan mertua dan mengatakan ibunya masih hidup. Biarlah dia yang membesarkan atau serahkan kepada ayahnya. Saya juga bekerjaya, malahan baru dinaikkan pangkat sekali lagi.

Saya bukan suri rumah yang mampu mengambil alih penjagaan anak perempuan yang sudah bersekolah. Agak sukar mendidik anak-anak mengikut acuan kita apabila mereka sudah terbiasa dimanjakan dengan atok nenek.

Cukuplah seorang yang kami ambil dari bayi. Memandangkan adik ipar semakin selesa menumpang kami, saya berterus terang dengan suami,

walaupun dia adik kesayangannya, saya tidak boleh melupakan kesalahannya. Saya bukan malaikat. Saya bukan bidadari.

Saya hanya manusia biasa. Memang benar semua orang layak peluang kedua, tetapi saya benar-benar terkesan dengan kecurangan suami berkali-kali dan insiden adik nusyuz sehingga mengandung anak luar nikah.

Tiadakah makna perkahwinan kepada mereka adik beradik? Saya benar-benar melet0p. Mungkin sebab hormon mengandung dan saya sungguh tidak boleh terima. Apatah lagi adik ipar selalu berkunjung dan mengharapkan bantuan kami.

Pada saya dia dengan mudah melepaskan tanggung jawab terhadap anak-anaknya dengan membiarkan mertua membesarkan mereka dan kemudian berharap kepada kami pula.

Didiklah anak-anakmu mengikut acuan mu. Semakin lama saya berkahwin, semakin saya perasan akan materi4listiknya kedua mertua saya.

Tidak lama sebelum pencen, mertua meminta suami membuat pinjaman rumah kerajaan untuk mereka buat rumah sewa. Rumah ini kemudian akan ditukar kepada nama mertua.

Saya telah memberi pandangan kepada suami, tetapi dia tetap mengikut kehendak mertua. Saya telah di ingatkan berkali-kali, sekiranya apa-apa terjadi kepada suami,

rumah itu perlulah diberikan kepada mertua kerana saya tidak berhak sedikitpun. Kadang saya diamkan, kadang saya ingatkan tentang faraid.

Saya sebenarnya tidak kisah kerana saya memiliki aset saya sendiri. Setelah saya mengandung kandungan kali ini, mertua memujuk suami untuk membuat pinjaman kereta mewah pula.

Dengan ansuran lebih kurang rm2000 sebulan. Kali ini saya tekankan kepada suami yang saya tidak bersetuju. Mertua mahu menggunakan sepenuhnya kelayakan pinjaman suami (60% gaji) untuk kemewahan mereka.

Saya tidak pernah menghalang suami berbuat baik dengan keluarga mertua tetapi bukan dengan pinjaman begini.

Dengan usia mertua menjangkau 70 an, pinjaman begini berisik0 tinggi. Sekiranya apa-apa terjadi, kami yang akan menanggung pinjaman hutang rumah & kereta mewah yang dibuat atas nama suami berjumlah lebih RM4000. Suami yang masih bergred 41 sejak berkahwin hanyalah berpendapatan RM6000.

Sekiranya benar-benar berlaku, apalah yang tinggal untuk keluarga kecil kami? Iya, saya sekarang bergred 52 dengan gaji menjangkau RM10,000.

Adakah ia tiket untuk mertua bermewah-mewah dan ipar-duai yang masih sihat menumpangkan anak-anak? Saya mempunyai perancangan untuk keluarga kecil saya. Untuk anak-anak saya.

Saya sendiri bukanlah seorang yang bermewah-mewah. Suami juga pernah mencadangkan saya membeli rumah lain yang berharga hampir rm1 juta dan menjual rumah saya yang kami duduki.

Sedangkan ketika itu kami hanya berdua. Selain itu, terbaru suami mencadangkan saya menukar kereta tempatan saya kepada kereta mewah dengan ansuran hampir RM2000 sebulan.

Suami agak mendesak seperti mana cara mertua. Berulang-ulang menyuruh saya membuat pinjaman baru. Membeli rumah yang lebih besar.

Membeli kereta yang lebih selesa. Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk kedua benda tersebut. Iya saya mampu tetapi apabila melihat suami yang bertukar ganti kekasih,

saya merasakan adalah perlu bagi saya mengekalkan kebebasan kewangan (financial freedom) saya untuk kebaikan saya dan anak-anak.

Dikala ekonomi terkesan disebabkan kobid, saya merasakan tiada keperluan untuk saya menambah komitmen bulanan dan memeningkan kepala.

Akhirnya saya cadangkan kepada suami, memandangkan rumah yang kami duduki ini saya yang beli dan bayar ansuran, untuk rumah yang lebih besar dan selesa saya minta dia yang sediakan.

Selepas kami pencen pun tidak mengapa. Kerana ia adalah tanggungjawab suami menyediakan rumah untuk saya dan anak-anak. Maka desakan suami berakhir di situ.

Desakan untuk menukar kereta adalah lebih dasyat. Dibelakang saya suami berurusan dengan salesman untuk trade in kereta saya dan membeli kereta baru atas nama pinjaman saya. Saya katakan padanya, kenapa memandai-mandai membuat urusan pinjaman atad nama saya?

Sebelum inipun ada salesman kereta dibawa ke rumah dengan meminta saya mendaftar untuk pembelian kereta. Di depan salesman saya menurut sahaja.

Tetapi saya tidak memberi dokumen-dokumen yang diperlukan untuk meneruskan proses booking kereta. Saya sederhana sahaja. Saya tidak sukakan konfrantasi dan saya selalu mengelakkan diri dari bergduh.

Walau dengan sesiapa pun. Saya membantu keluarga & adik beradik saya yg memerlukan. Tetapi bukan bermewah. Saya sendiri membawa kereta tempatan.

Saya juga sering membelanja keluarga mertua, memberi hadiah & buah tangan. Memberikan duit belanja sekali sekala. Kadang saya diperli kerana berjimat.

Ya, saya bukanlah perempuan yang membeli-belah setiap bulan, membuat koleksi beg tangan berjenama atau kasut berjenama. Kebiasaannya saya akan berbelanja setahun 1 atau 2 kali ketika raya.

Beg berjenama setahun sekali itupun jika sudah rosak. Kasut lebih kerap kerana kerjaya saya memerlukan saya selalu berdiri dan berjalan jauh.

Minat saya membeli emas juga dis1ndir hanya kerana mak mertua dan adik ipar tidak memakai barang kemas emas.

Kesemua perkara yang berlaku di atas menjadikan saya amat berhati-hati dengan suami dan keluarganya. Sudahla saya dicurangi, keluarga suami tidak menyebelahi menantu bila terjadi apa-apa.

Ini saya saksikan sendiri ketika pencerraian adik ipar. Mertua sebolehnya meletakkan kesalahan kepada bekas suami adik ipar sedangkan adik ipar sendiri mengandungkan benih lelaki lain.

Setiap apa yang suami sediakan untuk rumah atau belikan untuk saya, sekiranya diketahui mertua mereka juga mahukan benda yang sama.

Mereka juga tidak segan silu menumpang kesenangan kami untuk kemewahan mereka. Hatta tanah & aset diwarisi dari ayah & ibu saya mertua cadangkan untuk dijual.

Mendidih di dalam hati ini. Saya ambil pendekatan berdiam, hanya bercakap bila ditanya. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Yakinkan diri sendiri bahawa ia hanya cakap-cakap kosong, keputusan adalah milik saya. Saya banyak duduk di bilik dari berbual bersama.

Sesungguhnya banyak yang dibualkan yang saya tidak bersetuju. Bayangkan keputusan anak-anak menghantar anak ke taska mana, pengasuh mana, susu formula apa,

waima pampers apapun mertua mahu masuk campur. Mereka mempersoalkan semua itu tanpa memberikan solusi. Lebih baiklah saya mengelakkan diri dari terlepas cakap pandangan sendiri yang pastinya berlawanan.

Selainnya saya akan bincangkan berdua dengan suami. Perlahan-lahan suami semakin biasa dengan cara pemikiran saya.

Saya juga keluar dari group wasap keluarga mertua kerana tidak tahan di desak dengan pelbagai permintaan dan saranan.

Saya katakan desakan kerana mereka akan mengulang-ngulang idea @ pertanyaan yang sama tanpa segan silu berpuluh kali. Dengan usia menghampiri 40 tahun, saya mempunya pemikiran dan prinsip sendiri.

Saya kurang suka disindiir, diperkotak-katik di dalam group hanya kerana tidak bersetuju dengan mertua. Saya diamkan dan tidak memberi sebarang reaksi.

Pemikiran yang tidak sama, tetapi saya masih boleh bertoleransi dan kekal menghormati mertua. Kini, segala apa berkenaan keluarga mertua adalah melalui suami sahaja.

Lebih mudah & kurang risik0. Saya juga kasihankan suami yang ada masa tersepit antara saya dan mertua.

Saya selalu katakan padanya, saya hanya memberikan pendapat saya terpulanglah kepada suami untuk memutuskan apa yang terbaik baginya dan keluarga kami.

Tidaklah saya mahu suami menjadi derhaka terhadap mertua kerana saya. Saya menggalakkan suami membantu sekadarnya, memberi elaun, berbelanja agar sejuk hati mertua saya.

Cuma cukup-cukuplah berhutang untuk kemewahan. Sudah beberapa kali suami melahirkan rasa ingin berpindah ke negeri mertua.

Saya tekankan yang saya tidak kisah berpindah asalkan suami menyediakan rumah lain untuk keluarga kecil kami.

Melihatkan kerenah dan telatah mertua, meyakinkan saya yang saya tidak mampu serumah dengan mereka. Iya, mertua saya sudah tua.

Anak-anak ramainya di kuala lumpur mencari rezeki. Yang tinggal bersama mertua pun bakal berpindah kerana akan menamatkan zaman bujangnya.

Saya tidak pernah mahu memisahkan mertua dengan anak sulongnya. Saya sendiri bersyukur kerana berpeluang menjaga aruwah ibu dan ayah saya ketika mereka keuzuran sehingga mennggal dunia.

Cuma saya perlu menjaga kewarasan saya dalam menghadapi mertua yang mendesak & suka campur tangan urusan anak menantu.

Adakala desakan jadi terlalu hebat sehingga saya katakan kepada suami, jangan sampai saya tinggalkan suami kerana tidak mampu menghadapi kerenah mertua.

Di dalam keluarga saya, saya merupakan anak bongsu. Aruwah ayah dan ibu saya selepas mengahwinkan anak-anak, tidak akan campur tangan di dalam urusan rumah tangga kakak-kakak saya melainkan diminta.

Mereka lebih banyak mendengar dan mendoakan kebahagian rumahtangga anak-anak. Berkongsi pengalaman dan bercerita sebagai memberi peringatan dan pengajaran kepada anak-anak.

Saya juga tidak lagi mengharapkan kesetiaan suami. Setelah berkali-kali curang dan drama baling-baling pinggan. Suami menyatakan cerrai bukanlah pilihan untuk masalah kami.

Jadi, saya serahkan sebulatnya kepada Allah swt ke mana arah perkahwinan ini. Saya perbaiki ibadat wajib & tingkatkan amalan sunat & sedekah.

Sekiranya jodoh saya dengan suami panjang, selamatkanlah perkahwinan kami. Bergaduh, merajuk, marah2 itu memenatkan. Keengganan suami mencerraikan saya pernah membuat saya merasakan ingin m4ti.

Pernah juga saya luahkan kepada suami supaya dia m4ti sahaja agar saya lepas dari semua ini.

Saya berkali-kali mengusulkan kepada suami untuk berjumpa kaunselor perkahwinan di pejabat agama tetapi suami berkeras tidak mahu. Semenjak kandungan selamat memasuk trimester kedua. Suami lebih bersungguh-sungguh membantu urusan rumah.

Lebih berlemah-lembut dengan saya dan kurang masa di luar. Semoga suami akan semakin berubah menjadi seorang pemimpin rumahtangga yang lebih baik.

Saya tahu, saya sendiri banyak kekurangan sebagai isteri. Lagi-lagi bila berjawatan tinggi, kelembutan itu kurang. Lebih keras dan degil.

Terbawa-bawa peranan di tempat kerja ke rumah. Tetapi saya juga berusaha menjadi isteri yang lebih baik. Menyiapkan segala keperluan suami. Melakukan semua kerja di rumah & menunggu suami pulang.

Memasak makanan kegemaran suami dan menjamu kawan-kawannya. Kadang-kadang saya akan belanja suami, belikan hadiah & membawanya bercuti.

Cumanya, semakin lama semakin saya sendiri berjauh hati. Doakan kami. Doakan saya mampu memujuk hati sendiri dan menjaga perkahwinan ini.

Sekiranya panjang jodoh kami, tidaklah saya mahu menjadi isteri yang derhaka apatah lagi nusyuz terhadap suami saya.

Mungkin ada yang akan mempersoalkan kenapa saya masih di sisi suami sedangkan ada pelbagai cara untuk keluar dari pernikahan ini.

Saya menganggap semua ini ujian untuk pernikahan kami. Sekiranya jodoh masih panjang, akan ada penyelesaiannya. Begitu juga jika sebaliknya.

Kebaikan suami-suami saya seorang yang sabar dan lemah lembut dalam bicara. Alhamdulillah setakat ini saya tidak pernah dipkul, dic4ci atau diherdik. Tidak sekali. Kami mampu berbincang secara aman walau ada masa saya em0si.

Nafkah-suami tidak pernah menculaskan nafkah zahir. Nafkah bulanan saya, barang keperluan rumah, anak, pakaian dan keperluan lain. Semua disediakan mengikut kemampuannya.

Saya akan tambah bila saya mahukan lebih sahaja. Nafkah batin. Adakalanya saya sunyi sendiri. Seminggu sekali pun kadang tidaklah suami mampu. Mungkin faktor umur.

Mungkin kerana saya tidak seperti yang dia mahukan. Saya tidak mencari kepuasan di tempat tidur lagi.

Usaha suami-Semenjak rumahtangga adik ipar berantakan, suami lebih berusaha untuk menjadi lebih baik. Kehadiran anak buah(anak angkat) di rumah juga mengikat suami kerana sekarang saya sarat mengandung.

Semua urusan berkait anak tersebut suami saya yang uruskan. Mungkin juga kerana peringatan saya tentang kemungkinan saya juga akan berbuat seperti adiknya sekiranya saya melalui perkara yang sama.

Adik ipar saya mempunyai masalah sendiri dengan bekas suaminya sehingga dia terjerat dalam nusyuz.

Saya tidak lagi mencari dan mengharapkan cinta lelaki. Sememangnya bila kita kurang berharap kepada manusia, dan lebih memohon dari Allah swt hidup menjadi lebih tenang dan lebih mudah untuk dilalui.

Walau apapun ujian yang tiba, sesungguhnya Allah swt sentiasa ada dan Dia akan membantu kita menanganinya.

Saya berharap pembaca mendokan keluarga kecil saya. Keselamatan kandungan saya dan juga kesabaran saya dalam menangani isu-isu di dalam rumahtangga saya. – Acha (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Zawiyah kaderi – Girl, take care of your weight. Kulit gelap boleh putih dgn cara yg selamat. Tengok je Ning Baizura. Tak mahal pun. Jgn membazir belikan barang2 utk mertua atau bawa suami holidays.

Diri sendiri dulu darling oiii. Pi join gym cari personal trainer yg berkelayakan. Skincare kena tip top. Don’t do it for him, do it for you.

Your husband tu, boleh tukar je kalau menggatal lagi. Dia dah kata you bukan idaman kan?

Ayyooo…please lah, hidup ni walaupun pendek saja, tapi inilah satu2nya hidup yang kita ada. Love yourself. Value yourself. One day your husband will realise your real value.

Nuraz wan – Sy fikir puan sdh lakukn semampunya, utk bertindakbalas dgn semua masalh yg sengaja dicipta pihak kluarga suami..

Tdk syak lg, mereka kahwini puan dgn cita2 besar ingin mmpergunakn puan utk kemewahn yg mereka impikn.. Puan sdh sgt berjaya setakat ini..

Tp sentiasa berhati2, jerat tdk pernh lupakn pelanduk, itu pepatah org2 lama, yg sesuai utk puan ambil ingatan.

Hibahkn harta pd ank2, krn klu sesuatu terjd pd puan, dn klu harta puan jatuh pd suami, sy tdk fikir kluarga mertua ada peduli kebajikn anak puan..dn sy khuatir, suami tdk mampu utk pertahankn kebajikn anak, bila didesak kluarganya.

Sentiasa amalkn doa2 pendinding dn tawaqal alallah, krn bnyk kes mcm ini berakhir dgn isteri dis1hir kluarga suami,bukn mnuduh, cuma beringat itu lbh baik.

Melliah – TT sorg yg matang n tegas dgn kputusn yg d ambil walau kuat desakn dr suami n mentua. Buat apa yg dfikirkn betul n tepat. TT brhak bahgia.

Jaga em0si n serahkn jodoh dgn suami kp Allah. Byk brdoa. Lelaki ni ssh sikit klu ckp psl curang.

Tiada sbb/slh dh mmg dia yg pilih nk curang. Mohon je dgn Allah. Klu tnya pndpt sy stlh smua ikhtiar dlakukn masih nk curangg lantakla situ. Bkn tt rugi apa pun. Janji smua tangjwb d jlnkn. Kredit layansudah.

Sumber iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *